14 January, 2010

Selembar Benang 16: Bahasa yang Mulia?




Berdosakah saya jika saya mengatakan Allah bukan berfirman, tetapi berkata? Perkataan firman berasal daripada bahasa Parsi yang bermaksud amaran atau kata perintah.

Berdosakah saya jika saya mengatakan Nabi s.a.w  bukan bersabda, tetapi berkata? Perkataan sabda dipinjam daripada bahasa Sanskerta (Skankrit) yang bermaksud berkata atau bertitah.

Murkakah raja jika saya katakan mereka bukan bertitah tetapi berkata atau bercakap? Perkataan titah juga berasal daripada bahasa Sanskerta yang bermaksud berkata atau memberi perintah.

Benarkah perkataan firman, sabda dan titah lebih tinggi nilainya daripada perkataan berkata atau bercakap?

Mengapakah perkataan-perkataan itu dimuliakan, sedangkan di dalam al-Qur'an atau al-hadis tidak ada sekali pun perkataan-perkataan tersebut diguna pakai. Di dalam al-Qur'an , perkataan "qaala" digunakan untuk Allah, Nabi Muhammad s.a.w. atau sesiapa sahaja, termasuk musuh Allah, iaitu syaitan?



Sambungan Selembar Benang...

Kesilapan lumrah dalam mengungkap kata ganti diri:
1. Perkataan "beliau" tidak boleh digunakan untuk orang yang tidak dihormati (seperti penjenayah), kanak-kanak dan binatang;
2. Perkataan "dia" atau "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang;
3. Perkataan "kami" bererti saya dengan dia, iaitu orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Perkataan "kita" bererti anda dengan saya, iaitu orang yang diajak bercakap disertakan;
4. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang;
5. Perkataan "mereka" tidak boleh diulang menjadi "mereka-mereka"; dan
6. Perkataan "ia" dan "nya" tidak boleh digabungkan menjadi "ianya".


 Mujur nama Allah tidak diambil daripada bahasa asing!
 


38 comments:

  1. tdk berdosa rasanya.. berkata membawa maksud yg sama dan tdk salah gak utk perkataan berfirman tapi elok kita tnya pd ustaz atau yg warak ttg penggunaan ni..

    bg saya lebih senang dgn perkataan berfirman dan bersabda.. biarpun diambil dr bahasa manapun tapi maknanya tdk mngundang kata yg buruk

    ReplyDelete
  2. Salam. Komen yang menarik daripada Maiyah. Tetapi, maksud entri ini selapis ke bawah daripada itu...

    ReplyDelete
  3. salam babah,.

    biasanya orang ramai menggunakan pkataan2 tersebut sebab darjat yg dirasakan berbeza2 kan,.

    tapi,,
    rasanya,,boleh dgunakan,,selagi x lari maksudnya,.,
    makna yg sama apa salahnya kan,.

    tp masyarakat kita sudah terbiasa guna perkataan-perkataan tersbut

    ReplyDelete
  4. terima kasih babah..sedikit sebanyak sy boleh belajar dari ilmu yg dikongsikan...

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju dengan pendapat Kak Maiyah... Apa2pun lebih baik dirujuk pada yang lebih tahu :)

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Bagi saya pengunaan berfirman itu adalah merupakan adab dan sopan kita kepada Allah Azza wa Jalla Tuhan semesta alam...

    ReplyDelete
  7. bagus jugak pendedahan tu.. apapun laras bahasa dalam bahasa melayu sekadar menunjukkan kekayaan bahasa dan taraf penutur. mungkin disebabkan semangat feudal jiwa melayu yang akhirnya melahirkan perbezaan kata tersebut. wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. bagi saya bahasa ini penggunaanya mengikut tradisi atau kebiasaan. misalnya perkataan ulama dan ustaz dalam bahasa arabnya tidak ada konotasi ugama, berlainan dengan pemahaman kita. saya kira tak usahlah di rombak atau di perbahaskan pemahaman itu kerana ia telah mendarah daging dan tidak pun menimbulkan apa masalah selama ini. apa-apa pun saya tunggu komen dari orang yang lebih arif dan akur dengan pandangan mereka.

    dalam pada itu saya juga musykil kerana bila kita berbahasa dengan Allah kita hanya menggunakan perkataan aku dan engkau sahaja. sedangkan kalau dalam bahasa seharian itu sudah dikira kasar. apa pula komen mybabah.

    ReplyDelete
  9. Salam CikTi. Bukan tujuan saya untuk menukar apa yang ada (selagi tidak menjejaskan akidah). Hanya sekadar untuk mencabar minda kita bahawa selama ini penggunaan perkataan tertentu kita anggap mulia sedangkan sumber perkataan-perkataan tersebut bukannya daripada galur agama.

    ReplyDelete
  10. Salam Mazru. Sekadar untuk mencabar daya fikir kita bahawa kadangkala bahasa juga perlu di"finetune" mengikut agama kerana agama terletak lebih atas daripada bahasa.

    ReplyDelete
  11. Salam Nida. Isu ini mungkin remeh untuk dibincangkan di peringkat ulama. Namun, fikiran orang perlu dilonggarkan sedikit supaya jangan menganggap sesuatu perkataan (yang bukan dari sumber Islam) itu lebih mulia dari yang lain. Ada yang sanggup mengatakan "tak boleh sebut Allah berkata, kena sebut Allah berfirman. Berdosa tau!"

    ReplyDelete
  12. Salam Razak. Jika itu yang umum rasakan, maka perkataan firman sememangnya cocok untuk Allah.

    ReplyDelete
  13. Salam Cemomoi. Ya, kita masih banyak terikat dengan sistem feudal yang kita warisan dari zaman lampau. Cemomoi dapat merasai apa yang saya rasa...

    ReplyDelete
  14. Salam al-lavendari. Isu aku dan kau digunakan apabila berdoa kepada Allah pernah saya komen dalam entri lepas.

    ReplyDelete
  15. thanks for sharing..... yang penting makna dan pentafsiran org tak salah kan...

    Diet untuk 20-an

    KWSP Online

    ReplyDelete
  16. Seronok dapat belajar bahasa... 1 hari 1 perkataan pun jadi lah...

    menambah perbendaharaan kata...

    terimakasih.

    ReplyDelete
  17. Salam sharingonfo. Yang penting, kita tak tassub pada sesuatu pegangan kecuali pegangan agama.

    ReplyDelete
  18. bila tu ? boleh spesifikkan entri ke berapa ? bulan berapa ? senang sikit nak cari. minat juga saya nak membacanya.

    maaf ye.. sebab saya baru sahaja mengikuti blog ini.

    ReplyDelete
  19. salam mybabah, pertama kali jenguk ke sini, tertarik dgn entri ini... setuju dengan mybabah, masalah kita adalah busaya berbahasa...sepertimana kita menggunakan 'aku' dan 'kau' sbg gantinama ketika berdoa pada Allah, tapi kita tak gunakannya bila berckp dgn ibubapa (bagi Melayu kalau Jawa, Banjar dll, mungkin guna 'aku')... dan ketika bercakap dgn cikgu dgn 'aku' dan 'kau'... saya rasa semuanya ada kaitan dgn 'budaya berbahasa'....

    ReplyDelete
  20. salam babah,

    Apa komen babag ttg Pak Asraf pejuang bahasa di Malaysia?

    terdapat beberapa perkara tentang ilmu tatabahasa menurut Pak Asraf yg bertentangan dgn Tatabahsa Dewan.

    ReplyDelete
  21. betul babah. tak salah menongkah arus budaya selagi tak bercanggah dengan akidah.

    ReplyDelete
  22. Salam..
    Tak berapa arif tentang nahu dan lengok bahasa arab...cuma rasanya perkataan tu menunjukkan sifat kebesaran Allah. Tak ada org yg akan kata dia berfirman sbb kalau dia kata dia berfirman, samalah dia dgn firaun yg mengaku tuhan... waulahualam.

    ReplyDelete
  23. Salam Babah,
    Suatu entri yang sebenarnya memerlukan pendapat daripada orang yang selayaknya seperti A.S. Benar, perkataan sabda itu ialah perkataan pinjaman daripada perkataan Parsi (kalau tidak silap saya) dan perkataan sabda itu berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkataan firman ini digunakan oleh orang Islam untuk menunjukkan Allah itu lebih AGUNG daripada manusia biasa. Begitu juga dengan perkataan sabda (jika merujuki Kamus Dewan, perkataan sabda ini dikhususkan untuk orang besar-besar. Tidak salah jika menggunakan Allah berkata... atau Rasulullah berkata..., tetapi dalam konteks ini, kita harus memahami tujuan perkataan itu digunakan (untuk membezakan darjat manusia dengan Tuhan dan Rasul). Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  24. Ralat:
    Firman daripada perkataan Parsi...

    ReplyDelete
  25. Salam al-lavendari. Dalam entri Sehari Selembar Benang 15.

    ReplyDelete
  26. Salam Dina. Saya sependapat dengan Dina. Budaya berbahasa amat tinggi peranannya dalam hidup masyarakat Melayu. Jika kita lihat dalam majlis besar-besar, separuh daripada ucapan merupakan kata alu-aluan, lebih-lebih lagi jika dihadiri golongan raja dengan rafak sembah yang menjela-jela...

    ReplyDelete
  27. Salam Mohamadan. Saya tidak mengetahui tentang perkara ini. Saya sungguh terhutang budi jika tuan bermurah hati memberikan maklumat seperti yang tuan nyatakan. Emel saya samsudin.jidin@yahoo.com

    ReplyDelete
  28. Salam Mohamadan. Saya tidak mengetahui tentang perkara ini. Saya sungguh terhutang budi jika tuan bermurah hati memberikan maklumat seperti yang tuan nyatakan. Emel saya samsudin.jidin@yahoo.com

    ReplyDelete
  29. Salam Greenhall. Hidup "seperti lembu yang dicucuk hidung" tidak ada nikmatnya. Menongkah arus memantapkan jati diri. Mencabar pendapat orang, memperkukuh pendirian menuju kebenaran.

    ReplyDelete
  30. Salam Shaniza. Terima kasih kerana sudi bertandang memberi komen. Allah berfirman dan Allah berkata sama sahaja maknanya. Tetapi jangan sesekali membayangkan Allah berkata sama dengan manusia berkata kerana itu amat berbahaya...

    ReplyDelete
  31. Salam Cikgu Nizar. Saya tak faham maksud A.S. Apa yang saya cuba sampaikan bukan seperti apa yang cikgu fahami. Dalam al-Qur'an, Allah berkata disebut qaala. Begitu juga nabi berkata disebut qaala. Tidak ada bezanya hatta syaitan berkata pun disebut qaala. Tetapi bahasa Melayu ingin menjadi lebih hebat, iaitu membezakan kata qaala dengan firman, sabda dan berkata. Ini suatu persepsi yang belum tentu betul, meskipun tidak bercanggah dengan Al-Qur'an (tiada larangan berbuat sedemikian). Sebenarnya,saya sekadar cuba mencabar pendirian itu. Walau bagaimanapun, saya akan terus menggunakan istilah-istilah tersebut walaupun pada pendapat saya persepsi masyarakat Melayu itu salah.

    ReplyDelete
  32. mungkin juga hanya dari segi bahasa sahaja..maksudnya tetap sama kan..mungkin jika guna Allah "berkata" maka akan ada pula yg persoalkan..kenapa mesti berkata..kenapa x bercakap ke..ataupun menyuruh ke..hmm..saya fikir semua ini masih didalam lingkungan yg sama maksdu dngnnya .dan mungkin jg penggunaannya sehingga hr ini bnyk mempengaruhi kitab2 jawi melayu dahulukala yg banyak menggunakan berfirman,bersabda yg membawa maksud darjat lbh tinggi dari segi bahasa melayu..

    sama juga jika kita menggunakan Allah dengan panggilan Dia..contohnya"sesungguhnya Dia lah yg mencipta kita"

    Mungkin boleh dipersoalkn..berdosakah jika penggunaan dia itu hanyalah huruf kecil shja??conyohnya"sesungguhnya dia lah yg mencipta kita"

    Tapi disebabkan bahasa melayu mempunyai beberapa peraturannya,maka kita mematuhi peraturan ini.yang mana dia melibatkan maha pencipta iaitu Allah maka "Dia" mestilah dalam huruf yang besar pd permulaannya sbgi tanda maha besar.

    namun jika sengaja menggunakan "Dia" dalam huruf yang kecil(dia) atas niat untuk memperkecilkan Allah maka berdosa besarlah berbuat demikian..tapi jika bukan niat untuk memperkecilkan Allah maka tiadalah pula salahnya menulis dalam permulaan huruf kecil(dia)..

    cuma pendapat peribadi sy shja.wallahua'lam

    ReplyDelete
  33. Salam Babah,
    A.S itu singkatan Munsyi kita, Azhar Salleh yang masih menyepikan diri nampaknya. Benar, dalam Al-Quran, kitab suci kita Allah berfirman atau Nabi bersabda disebut "Qaala (berkata)". Benar juga, tidak ada bahasa yang boleh menandingi keindahan bahasa Al-Quran. Dalam konteks ini, saya berpendapat bahasa Melayu mempunyai kosa kata yang lebih luas bagi sesuatu perkataan yang sama maksudnya. Contohnya perkataan "sembuh" yang sama maknanya dengan "kebah" atau "baik". Begitu juga perkataan "saya" yang sama maksudnya dengan "aku", "hamba" dan "beta". Tetapi dalam soal ini, pengguna bahasa Melayu sejak dahulu lagi telah meletakkan kata ganti nama ini mengikut kesesuaian (taraf dan kedudukan). Contohnya "Beta" hanya diguna pakai oleh Raja atau Sultan dan keturunannya, manakala untuk orang kebanyakan ialah "saya", "aku" atau "hamba". Malah, perkataan "aku" itu sendiri mempunyai tafsiran yang tersendiri dalam bahasa Melayu. Inilah keistimewaan bahasa Melayu yang saya fikir lebih hebat daripada bahasa Inggeris. Malah, penggunaan perkataan "beliau" dan "dia" sendiri sudah menunjukkan perbezaan penggunaannya. Saya menganggap, penggunaan firman dan sabda telah digunakan dengan meluas dan difikirkan lebih sesuai oleh masyarakat Melayu Islam di Nusantara ini. Wallahua'lam...

    ReplyDelete
  34. Salam Syah dan Cikgu Nizar. Saya tidak mempunyai masalah jika tanggapan masyarakat adalah seperti itu. Seperti saya juga. Kekayaan kosa kata Melayu patut dibanggakan. Tetapi, apabila ia menyinggung soal lain pula, ia patut diawasi. Analogi saya, sebatang pokok besar ditakuti masyarakat Melayu kerana ada "penunggu", lantas apabila melalui tempat itu, mereka berkata "maaf datuk, anak cucu tumpang lalu". Lebih dahsyat lagi, ada yang meletakkan makanan. Tanggapan yang betul ialah tempat-tempat sedemikian mungkin dihuni oleh makhluk-makkluk Allah yang lain. Kita kena menghormati makhluk Allah dengan tidak mencemari tempat itu, seperti membuang najis di sana. Tanggapan yang berbeza boleh memberi implikasi berbeza sehingga boleh jauh menyimpang daripada pegangan betul dalam akidah. Saya tegaskan saya akan terus menggunakan perkataan firman dan sabda, tetapi dengan tanggapan seperti tanggapan anda berdua, bukan mengikut tanggapan yang menyongsang. Wallahualam.

    ReplyDelete
  35. betul babah. kita sebagai lelaki mesti berani menyuarakan apa yang kita rasa; selagi kita yakin bahawa kita di tempat yang benar..

    perlu dicabar, baru semangat berkobar-kobar! hehe

    *insyaAllah kalau ada rezki, kita jumpa bila saya turun kl nanti. babah pun kalau datang sini, roger2 la ya.

    *pasal entry 'geek in a pink' tu, saya gurau2 je ya. hehe.. bukan apa, just nak kawan2 sama2 ceria. =)

    ReplyDelete
  36. salam,
    pndapat saya pula, sememangnya tiada salah jika kita menggunakan perkataan berkata mnggantikan Firman, sebab bila kita translate pn memang maksudnya berkata kan?

    kdg2 perlu ada pembaharuan dalam hidup kita asalkan tidak menyalahi undang2 dunia dan akhirat

    persoalan babah mengingatkan saya semasa saya si sekolah menengah dulu. Sy dan seorg rakan bertikam lidah semata2 kerana 'sabar itu sebahagian dari iman' atau 'sabar itu separuh dari iman'

    saya ckp ianya 'sebahagian' dari iman manakala kwn kata separuh dari iman. So sy keluarkan beberapa alasan seperti, pelbagai perkara yang menjadikan seseorg tu beriman, mana logiknya sabar sahaja dh berikan separuh bahagian, dn ada bbrp lg hujah, yang mana hampir kesemuanya berdasarkan bahasa sahaja, tp kwn ttp pertahankan hujahnya. Hingga akhirnya dia rasa dh kalah, dia keluarkan statement lain, "tau la kau tu alim" sambil brlalu. Masa tu sy hanya menggeleng kepala sebab tiada kaitan antara 'alim' dgn bahasa.
    entah ler... zaman budak2 dulu

    ReplyDelete
  37. Salam Greenhall. Insya-Allah, babah bawa makan di tempat yang spesial. Jarang orang luar dapat makan di sana. Kalau boleh ajak Cikti sekali. He..he..

    ReplyDelete
  38. Salam Ros. Pengalaman yang cukup hebat. Pengalaman mengajar kita menjadi matang dan ia tidak boleh dibeli di mana-mana gedung di dunia ini. Simpanlah pengalaman itu untuk diceritakan kepada anak cucu kemudian hari.

    ReplyDelete