24 December, 2009

Amanat 2010


Amanat Buat Diriku


Memperkasa jiwa, memantapkan raga


Memperkuat jati diri, membentuk peribadi



Meningkatkan cinta kasih di hati kepada sang isteri


Photobucket
Mengurangkan racun perosak, mengelak nafas sesak



Memperkukuh "ukhwah" yang dituntut Allah


Menambah kebaikan, mengurangkan kebejatan


Photobucket
Berani menghadapi sebarang situasi...
Demi mencapai hajat di hati....



Dunia akhirat, jangan dikerat



Biar sampai tak larat, biar sampai berkarat...




Kamus Bahasa Melayu
Amanat: Pesanan, wasiat, nasihat
Raga: Badan
Kebejatan: Kerosakan, keburukan.
Konfrontasi: Persemukaan (keadaan saling berhadapan) antara dua orang (pihak, negeri, dll) yang bertentangan (berselisihan, bermusuhan);
Larat: Terdaya, mampu (untuk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan

48 comments:

  1. Salam Babah...

    semoga tercapai segala azam dan harapan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam Kakcik. Bukan azam, tetapi meneruskan amanat lampau. Rasanya azam itu lebih khusus (specific), boleh dihitung (measurable) dan boleh dicapai (achieveable). Amanat lebih umum. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Thank you Monica. Good luck to you too...

    ReplyDelete
  4. errr.... dh nak tahun baru eii..

    errr.... aku pakai azam tahun lepas jelahhh... tahun lepas, tahun lepas, tahun2 lepas..... :)

    ReplyDelete
  5. wah byk tu, agak2 yg mna takkan trcapai hehe:D

    ReplyDelete
  6. Salam Shifu67. Itu memperbaharui azam namanya.

    ReplyDelete
  7. Salam Maiyah. Semua boleh, insya-Allah.

    ReplyDelete
  8. Good luck to you too, Jan. Best wishes.

    ReplyDelete
  9. Salam Abu Muaz. Jazakaullahu khairan kathira.

    ReplyDelete
  10. Salam Eelobor. Renew tak apa, jangan recycle...

    ReplyDelete
  11. salam babah... gabus amanat yang ingin diteruskan tu...

    * saya pun kena teruskan yang lalu juga sebab masih belum terlaksana apa yang ingin dikota... Insyaallah...

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Moga Allah permudahkan segala urusan dan mendapat kebaikan yang banyak

    ReplyDelete
  13. Salam Babah..

    Ingatkan gambar Awie yang first tu... quite similar..

    Insya Allah semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini...

    ReplyDelete
  14. Salam Umi_e. Jangan pandang belakang lagi. Teruskan perjuangan...

    ReplyDelete
  15. Salam Razak. Terima kasih. Doa adalah senjata paling ampuh untuk merealisasikan apa yang dihajati.

    ReplyDelete
  16. Salam Nida. Orang kata "sepusat sepusing, mak lain-lain, bapa asing-asing". Ha..ha..Kalau seiras Awie tentulah "macho" gitu...

    ReplyDelete
  17. Saja-saja ke letak pic tak pakai proper dress tu? Nak tayang body ek? Anyway body u mang mantop lg, jgn risau.Selamat tahun baru. Hina besi kerana karat, hina manusia kerana....

    ReplyDelete
  18. Salam Izazin. Selamat datang ke blog saya lagi. Apa khabar Bujang Susah? Kesian dia kerana u selalu bagi susah dan menyakat Bujang Susah. Saya sengaja nak tunjuk "body" orang tua, biar orang muda yang tak jaga badan terbeliak mata. Tetapi itu tak penting. Yang penting ialah tutup aurat. Anda boleh dapat pahala "kering" dengan mengingatkan orang perempuan supaya tutup rambut. U tutup aurat ke? Selamat tahun baharu dan maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum tuan!
    "mengapa bila masuk sahaja tahun baru kita mesti ada azam?"

    ReplyDelete
  20. Salam Samsudin,

    Apabila berazam, bertawakkallah, semoga Allah memberikan kejayaan atas usaha kerasmu...

    ReplyDelete
  21. Salam Amalhaj. Azam = matlamat. Peletakan matlamat memerlukan jangka masa untuk dicapai, biasanya pada awal tahun masihi kerana banyak perkara menggunakan kalendar masihi, seperti gaji. Dalam entri ini, babah tidak menggunakan istilah azam, sebaliknya mengguna istilah amanat...

    ReplyDelete
  22. Salam Werdah. Berazam dan tawakal tidak cukup sifatnya tanpa usaha. Justeru, komen werdah amat relevan sekali. Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Salam Babah.....

    Encemnyer Babah pakai topi koboi tu. Mama sihat ke, Babah?

    **Selamat Tahun Baru utk Babah & family ye. ;)

    ReplyDelete
  24. Salam Zyma. Mama tengah buat "alteration" seluar sekolah anak. Terbeli besar sedikit. Kejap2 babah jeling kat dia. He..he..

    ReplyDelete
  25. Good luck to you too Mr Mohamadazan...

    ReplyDelete
  26. salam babah,.
    wahh..,
    sungguh bersemangat.,
    bagus!

    ReplyDelete
  27. Salam CikTi. Harap tidak menjadi seperti "hangat-hangat tahi ayam". CikTi bila balik U semula?

    ReplyDelete
  28. Salam babah, seksi nyer, hehehe..

    babah, saya rasa tahun ni saya berazam nak jadi orang kaya yang beriman dan beramal soleh... amin... hehehe... boleh ker gitu, setakat keje mkn gaji ni bila boleh kaya kan babah, tak per lah, tak kaya harta, anak ada ramai pn ok kan? Tp rasanya tak mampu nak lawan babah, & anak

    ReplyDelete
  29. Kepada e-Patriot SSS,

    Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.

    Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.

    Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.

    Salam Sejahtera,

    “SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
    Admin SSS

    ReplyDelete
  30. Salam Ros. Boleh tahu tak, apa bisnes Ros buat sehingga berani meletakkan azam untuk menjadi kaya pada tahun 2010. Sungguh teruja saya nak tahu. Kalau boleh kongsi maklumat, emel saya di samsudin.jidin@yahoo.com. Selamat Tahun Baharu 2010.

    ReplyDelete
  31. Salam Tuan SSS Admin. Saya sudah pun menandatangani petisyen itu. Semoga hasrat tuan dan penyokong kempen ini berjaya hendaknya.

    ReplyDelete
  32. salam babah,

    amin!!!
    semoga aku juga sepertimu..
    ingin
    ingin
    ingin
    jadi lebih baik
    lebih baik
    lebih baik
    dari semalam dan hari ini

    insyaAllah...

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum...
    babah..smemoga tercapai segal
    keinginan ye...
    nnti nabila kirimkan salam dri babah pd parents..
    kirimkan salam nabila juga untuk seisi keluarga..:)

    ReplyDelete
  34. Salam Khairine. Selamat masuk ke sekolah semula. Tumpukan pada pelajaran dan buat jadual untuk berblog (blogging).

    ReplyDelete
  35. salam babah, dah email, nanti babah baca yek

    ReplyDelete
  36. Salam Ros. Dah tengok e-mel, tetapi tak sempat mentelaah secara mendalam. Insya-Allah, sehari dua ini akan tengok. Terima kasih.

    ReplyDelete
  37. babah..tak tahu lagi la..
    umm macam takde masa nak blogging lagi...
    laptop khairine ni pon tepakse bg abg pinjam tuk stu tahun ni...
    assalamualaikum babah..
    klau ada masa...kita blogging lagi..huhu...

    ReplyDelete
  38. Salam Babah,
    Suka tengok foto babah sambil memegang kamera dan gambar siput itu. Saya mendoakan semoga keazaman Babah akan merealisaikan amanat-amanat itu. Selamat Tahun Baharu 2010. Wassalam.

    ReplyDelete
  39. Salam Khairine. Apa-apa pun pelajaran lebih utama. Emak dan Ayah Khairine mestilah mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran. Jangan sia-siakan harapan mereka. Nanti jika ada waktu senggang, datang-datanglah lawat blog babah lagi ok...

    ReplyDelete
  40. Salam Cikgu Nizar. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aksi pegang kamera tu. Hanya nak tunjukkan kejayaan saya menarik nafas supaya tak nampak perut boroi. Gambar siput tu agak susah nak buat kerana baharu belajar guna photobucket. Lama kelamaan mahirlah agaknya. Selamat Tahun Baharu 2010.

    ReplyDelete
  41. Salam mybabah,
    saya dah berhenti menyakat Bujang Susah kerana dah dapat tempat menyakat yang baru.Maaf zahir batin juga kerana pernah menyakat anda sampai ke ulu ati.

    ReplyDelete
  42. Salam Izazin. Blog mana pula yang disakat. Saya tengok dan tumpang sekaki.Kalau patut sokong saya sokong...

    ReplyDelete