Sememangnya saya meminati iklan. Iklan mencetus kreativiti. Iklan terkini yang menarik perhatian saya ialah iklan tentang pembaziran yang menyebut perkataan "mottainai" yang menurut pengiklan berkenaan ia bermaksud "alahai membazirnya". Iklan ini saya dengar saban hari di radio Hot FM. Makna yang diberikan pada perkataan "mottainai" itu mungkin tidak tepat atas alasan ungkapan "tiada lagi mottainai" pada akhir iklan. Jika diterjemahkan ayat itu, ia akan berbunyi "tiada lagi alahai membazirnya".
Mottainai (もったいない, 勿体無い) is a Japanese term meaning "a sense of regret concerning waste when the intrinsic value of an object or resource is not properly utilized." The expression "Mottainai!" can be uttered alone as an exclamation when something useful, such as food or time, is wasted. In addition to its primary sense of "wasteful," the word is also used to mean "impious; irreverent" or "more than one deserves."
Terjemahan Wikipedia
Bercakap soal pembaziran, sebenarnya bukan orang Jepun sahaja yang membenci pembaziran. Bangsa-bangsa lain di dunia juga membenci sikap buruk ini. Dalam peribahasa Melayu “beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis” jelas membawa maksud peri pentingnya sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam kehidupan supaya tidak susah pada kemudian hari.
Jika diamat-amati, perkataan "mottainai" lebih berbentuk rayuan supaya orang ramai tidak melakukan pembaziran. Dalam perbendaharaan kata Melayu pula, pembaziran digambarkan sebagai berboros, membuang-buang, mubazirkan,membelanjakan berlebih-lebihan, berroyal-royal, berporah-porah, cabar dan buar. Jelasnya, perkataan Melayu lebih tegas dalam membenci sikap pembaziran ini.
Pandangan Islam tentang pembaziran malah lebih tegas lagi.
Allah berfirman yang mafhumnya berbunyi, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra, ayat 27). Ini suatu gambaran yang agak keras kerana syaitan itu maklhluk yang amat ingkar terhadap perintah Allah.Berhubung dengan larangan pembaziran ini juga, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iatu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.
Ibnu Qaiyyim al-Jauziah, seorang ulama dan tokoh dakwah Islamiah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia, iaitu:
1. Ilmu pengetahuan: Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan: Membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas.
3. Kekayaan: Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4. Hati: Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan: Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta: Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau mendahului cinta kepada-Nya.
7. Masa: Membazir jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.
8. Akal: Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna pada agama.
9. Zikir: Membazir jika tidak memberi kesan pada hati.
Contoh Pembaziran
Gambaran "rumah saudara syaitan" mengikut Surah al-Isra, ayat 27
Kesimpulan:
Mottainai...
Nota Bahasa Melayu:
Cabar = 1. kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros;
Buar = Boros, tidak hemat.
Mafhum = 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;
Mafhum = 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;
salam babah..terima kasih atas ilmu ini..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteAmatlah mulia sifat seseorang yang dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, namun dia tidak sombong, tidak boros berbelanja, dan selalu infakkan hartanya ke jalan Allah s.w.t.
assalammualaikum
ReplyDeletesaya paling sakit hati bila di sekolah, baik anak murid atau guru2 yang tidak pandai menjimatkan elektrik....
membazir memang amatlah negatif,.
ReplyDeleteorg membazir saudara syaitan laknatullah,.
tp,,kdg2 kita x sedar apabila melakukan pembaziran,.,
Assalamu'alaikum wrb, Bang Samsudin. Artikel baik baik, sebagai tazkirah di hari Jumaat ini.
ReplyDeletePS: Entry yang baik, membazir jika tidak dibaca;-)
salam babah
ReplyDeleteanak2 selalu sebut, "membazir amalan syaitan kan ibu? tak lah jd kawan syaitan"
tp tu lah budak2 kalau tak diingatkan mesti lupa. Ingatkan budak2 jer yg cepat luper rupa2nya orang dewasa lg teruk
Salam eiza. Terima kasih kerana sudi bertandang. Insya-Allah, babah akan menjenguk anda nanti.
ReplyDeleteSalam Abd Razak. Ingat tak cerita Abu Zarr yang juga diriwayatkan dalam hadis Nabi s.a.w. Beliau adalah antara umat Islam yang ektrim sifatnya dalam menginfak harta, sehingga atas sebab itu Rasulullah tidak memberikan apa-apa jawatan pentadbiran (gabenor) kepada beliau. Di sisi Allah ada tempatnya untuk orang yang sebegini. Pada pendapat saya, Abu Zarr adalah seorang yang sangat "boros" dalam menginfak sehingga tiada apa yang tinggal untuk diri dan keluarga beliau. Analisis yang mendalam boleh dibuat tentang perkara ini untuk menjadi suri teladan kepada umat.
ReplyDeleteSalam Cikgu Normah. Bukan sahaja di sekolah berlaku pembaziran sumber, malah di pejabat dan di rumah-rumah kediaman. Semua ini disebabkan penghuni tempat-tempat tersebut tidak rasa perlu untuk berjimat kerana berjimat atau tidak, tidak memberi kesan apa-apa pada mereka. Jika pembayaran bil-bil utiliti dikongsi bersama-sama penghuni, mungkin keadaan ini akan berubah. Wallahualam.
ReplyDeleteAssalamulaikum Ustaz. Hasil penulisan ustaz jauh lebih hebat. Jika dibuat perbandingan, saya ini baharu mula merangkak, sedang ustaz sudah mahir berlari. Namun, saya yakin bahawa jika belakang parang kalau selalu diasah, suatu hari akan tajam juga. Wallahualam.
ReplyDeleteSalam CikTi. Orang muda seperti anda mempunyai peranan yang besar dalam memberi kesedaran (awareness) dan menjadi contoh kepada golongan sebaya. Masukkan elemen kesedaran tentang perkara seumpama ini supaya pembaca mendapat manfaat dan anda pula mendapat imbuhan daripada Allah. Anakku, teruskan menyisip takzirah dan pastikan ia tetap ada dalam setiap entri.
ReplyDeleteSalam Ros. Anak-anak selalu berkata dan bertindak jujur mengikut kefahaman mereka. Mereka belajar daripada pendengaran dan pemerhatian. Justeru, apabila menasihati biarlah berfakta dan tunjukkan bukti melalui perbuatan kita yang betul. Jika tidak mereka akan "pulang paku buah keras" (back-fired). Pendapat saya ini adalah berdasarkan pengalaman mendidik anak yang ramai. Wallahualam.
ReplyDeletekerana xnak membazir la enjin jet tu kena jual babah... hehehhe
ReplyDeletesalam babah....satu info yang menarik, telus dan juga berani. seronok membaca kt sini, cuma terkedu utk mengomen.
ReplyDeleteKita mmg banyak membazir pun..
ReplyDeleteKemewahan yg Tuhan beri menjadikan kita lalai..membazir tanpa sedar ..maybe kita kurang berfikir atau mernung bertapa ramai lagi orang yg susah dan merempat demi setitik rezeki ..
Salam Bujang. Saya masih teringat-teringat pada alasan YB Terengganu yang mengatakan projek-projek yang rosak dan roboh sana-sini merupakan rahmat kepada Terengganu kerana projek membaik pulih akan berterusan dan menjadi sumber pendapatan kepada orang Terengganu. Yang ini, bukan sahaja projek yang membazir, tetapi "pendapat" yang diberikan juga satu pendapat yang membazir didengar. Buang masa aku aje...
ReplyDeleteSalam eelobor. Apabila wujud "antara dua darjat" inilah padahnya. Rakyat jelata disuruh berjimat, pemimpin berlumba-lumba menghabiskan duit rakyat hasil penjimatan itu. Dari membina mahligai sehingga membeli kapal/jet perang. Hasilnya mahligai terbengkalai dan enjin jet hilang entah ke mana? Ah..tak masuk akal.
ReplyDeleteSalam Lana. Selain banyak membuat pembaziran, banyak juga keadaan orang Melayu (Islam) berjimat tidak bertempat. Jimat dalam hal membeli makanan - beli makanan tak berkhasiat. Berjimat dalam pendidikan - Hantar anak ke tempat tuisyen yang tak cemerlang dan malas beli buku. Berjimat dalam memberi wang kepada ayah ibu - Ini kedekut tahap gaban. Berjimat beli tayar kereta, dengan membeli tayar "secondhand"- akibatnya kereta dan isinya bersepai dalam kemalangan. Banyak lagi...Insya-Allah saya akan bukan satu entri mengenai perkara ini.
ReplyDeleteassalamulaikum tuan!
ReplyDeletememang luas sekali pengalaman dan pemerhatian tuan yang sewajarnya dikongsi bersama.
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) ke jalan Allah dan janganlah kamu menjatuhkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik."
(Al-Baqarah: 195)
azam nak banyak2 belanja di jalan Allah
ReplyDeleteSalam tuan Amalhaj. "sampaikanlah walaupun satu ayat" merupakan pegangan hamba...Terima kasih tuan.
ReplyDeleteSalam Ziarah76. Semoga azam anda dimaklumkan Allah. Jom ikut saya. Klik PENGUMUMAN PENTING.
ReplyDeletesalam babah...
ReplyDeletemembazir amalan syaitan...tapi ramai lagi rakyat kita yg suka membazir...kenapa ye?
Salam..
ReplyDeleteMembazir amalan Syaitan... Masyarakat kita sudah terbiasa dengan amalan membazir ni, contohnya, lampu akan sentiasa ter 'on' biarpun tiada penghuni di dalam bilik tersebut (cthnya rumah saya ni ler, selalu terlupa nak switch off..)
Salam Babah.....
ReplyDeletePembaziran itu adalah sifat syaitan. Kita wajib bersyukur dgn setiap pemberian Allah.
Bayangkan jika tiada air utk seberapa lama.....
;)
http://zymasaad.blogspot.com/
Salam babah..ehm bagus selain tazkirah dapat jga menambah perbendaharaan kata.. :)
ReplyDeleteSalam Cikgu Jang. Jika katakan ramai orang kita sudah "dirasuk" syaitan mereka marah. Tetapi itulah hakikatnya.
ReplyDeleteSalam Nida. Setelah beberapa tahun tinggal di NZ, Nida mungkin dapat menceritakan sikap/perangai orang-orang NZ yang saya dimaklumkan sangat berdisplin dalam banyak segi. Begitu juga dalam kalngan Ausie. Bolehlah masuk dalam entri akan datang ok...
ReplyDeleteSalam Zyma. Satu sifat buruk manusia ialah sifat suka membazir apabila ada dan mengeluh apabila tiada.
ReplyDeleteSalam Mizaranum. Terima kasih.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Umar. Insya-Allah. Azam tahun baru 2010. Saya juga akan memperbaiki apa-apa yang masih kurang.
ReplyDeleteuntuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com
ReplyDeleteharga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
terima kasih
Salam goldman. Iklan anda difahami.
ReplyDeleteketika kita miskin, kita sering mengeluh kenapa orang kaya tak nak tolong. tapi bila Allah buka pintu rezeki menjadikan kita kaya, kita akan berkata : orang miskin kena ikut usaha gigih aku supaya jadi kaya dan tidak hidup meminta-minta sambil tangan terus disorok ke belakang dan jalan mendongak langit... membazir betul hidup cenggitu.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMenarik entri kali ini. Boleh tak saya petik beberapa perktaan yang menarik tentang membazir ini? Untuk digunakan dalam penulisan sajak.
Salam Saudaraku Cemomoi. Begitulah lumrah manusia - Paradoks dalam kehidupan.
ReplyDeleteSalam Cikgu Shapiai. Silalah...
ReplyDeletesalam...tuan babah,
ReplyDeleteIslam itu mudah dan indah.kita perlu banyak bersyukur, dan elakkan daripada membazir..
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: 'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi ni'matKu kepada kamu dan jika kamu kufur engkar sesungguhnya azab siksaKu amatlah keras".
orang yg membazir orang yg tidak bersyukur atas nikmat allah..
tq atas perkongsian ini..moga allah swt memberi rahmat pada tuan dan keluarga..amin.
Salam Anak Laut. Terima kasih atas komen anda yang amat menyenangkan hati...
ReplyDelete