21 December, 2009

Antara Dua Darjat...


Dari Kemegahan Hingga Ke Kuburan

Sepanjang hidup kita, kita banyak menyaksikan keadaan, kejadian atau peristiwa yang kita rasakan berlaku secara tidak adil.  Salah satu punca ketidakadilan ini ialah amalan pihak tertentu (biasanya, pihak berkuasa) yang salah meletakkan sesuatu pada tempatnya (salah meletakkan keutamaan) dan bersikap lebih cenderung pada sesuatu perkara atas kepentingan peribadi.  Walhasil, wujudlah ungkapan "antara dua darjat" yang dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Semasa bercuti di Pulau Pangkor bersama keluarga dua minggu lepas, saya melihat satu fenomena "antara dua darjat" berlaku di sana, seperti dalam gambar di bawah:


Pelaburan besar untuk duniawi, surau dibiarkan sehingga hilang seri...

Nota:
Pembangunan hebat telah berlaku di Pulau Pangkor selepas Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir, anak watan Pulau itu ditabalkan sebagai Menteri Besar Perak. Anda akan dapat merasakan kelainan Pulau itu sebaik sahaja feri yang membawa anda berlabuh di pangkalan. Tidak ada yang salah mengenai perkara ini. Apa yang mungkin Dr. Zambry terlepas pandang adalah keadaan surau yang terletak di lokasi strategik Pulau Pangkor, iaitu di Teluk Nipah yang begitu daif. Dr. Zambry sepatutnya peka tentang hal ini kerana pembangunan surau dan masjid merupakan pelaburan jangka panjang hingga ke akhirat, di samping dapat mengawal persepsi masyarakat terhadap beliau. Saya mengenali Dr. Zambry kerana kami pernah berbual beberapa kali secara empat mata. Meskipun kami berlainan "kapal", saya secara peribadi memandang tinggi pada beliau yang saya anggap cukup berkarisma, tidak seperti apa yang digambarkan oleh sebahagian media alternatif. Namun, aku tetap memilih "bulan mengambang".

Sebelum ini, saya merasakan perkara yang sama berlaku pada bahasa Melayu yang kucintai:


Bahasa Melayu yang patut dijunjung, tetapi bahasa Inggeris juga yang terus disanjung

Nota:
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.


Sebelum itu, hal ini terungkap dalam pembinaan Menara Kembar (bukan Berkembar) yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur sekarang ini. Gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya.


Menara KLCC semenangnya hebat, tetapi masih ramai lagi rakyat yang hidup melarat...

Sebenarnya, hal yang sedemikian bukanlah suatu perkara yang luar biasa kerana selepas meninggalkan dunia yang fana ini pun manusia tetap memikirkan darjat, sedangkan di sisi Allah ketinggian darjat seseorang bergantung pada nilai takwanya.



Darjat dibawa ke kubur dengan harapan dapat berlibur...

Nota:
Berdasarkan Sunnah Nabi s.a.w, kubur yang tinggi harus dirobohkan dan diratakan. Berdasarkan hadis Ali bin Abi Thalib r.a. bahwa ia berkata, "Ketahuilah, aku akan mengutusmu untuk sebuah tugas yang dahulu pernah Rasulullah s.a.w. tugaskan kepadaku, iaitu janganlah biarkan patung kecuali engkau menghancurkan dan janganlah biarkan kuburan yang tinggi kecuali engkau ratakan!" (HR Muslim (969).


Akhirul kalam,
Hakikat ini perlu diterima kerana itulah sebenarnya sikap manusia.  Al-Qur'an yang diperintahkan oleh Allah untuk diikuti, manusia tetap mencari atau mengambil alternatif lain sebagai pedoman dan panduan.


Al-Quran diturunkan darjat (di bawah undang-undang dunia) menjadi bahan sedekah untuk Si Mati dan doa semasa kenduri, bukan untuk diikuti dan dipatuhi...

Nota:
Firman Allah s.w.t:

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ
Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah s.w.t (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan hari kemudian.. (QS. An-Nisaa`:59)



Firman Allah s.w.t:

وَأَنزَلْنَآإِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ الْكِتَابِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ بِمَآأَنزَلَ اللهُ وَلاَتَتَّبِعْ أَهْوَآءَهُمْ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ الْحَقِّ
Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah SWT turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. (QS. Al-Maidah:48)


Pesanan Babah:
Sebagai insan yang lemah, kita sering alpa sehingga anak-anak sendiri pun kadang kala kita bezakan, inikan pula hal-hal lain. Bagi mengelakkan berlaku kealpaan yang berlanjutan, kita dinasihati Nabi s.a.w. untuk selalu bermuhasabah diri dan terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan sekadar yang termampu oleh kita. Selainnya, kita serahkan kembali kepada Allah untuk menentukannya.

Firman Allah:
Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir. QS. Al-Kahfi: 29


"Mangsa antara dua darjat"



Nota bahasa:
1. Kata antara merupakan kata sendi nama, manakala kata di antara berfungsi sebagai penanda arah.
Contoh di antara:
Di antara Johor dengan Singapura terentang jambatan yang lebar.
Daud duduk di antara emak dengan bapanya.
Contoh antara:
Antara majalah yang diminati ialah Mangga dan Mastika.
Hubungan diplomatik antara China dengan Taiwan tidak pernah wujud.

2. Pangkalan bermaksud tempat perahu, feri atau kapal berlabuh. Perkataan ini sering disalah eja dengan pengkalan.

40 comments:

  1. salam babah,.
    yg paling menarik perhatian,
    nombor 5.,
    yang ini sangatlah ketara,.,,
    seolah-olah quran hanyalah dibaca pada waktu-waktu yg tertentu sahaja

    ReplyDelete
  2. Salam Cikti. Betul tu. Tetapi bukan hanya dibaca, seharusnya cuba juga mempraktikkan. Sebaiknya, bermula daripada keluarga (rumah).

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing..:)

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Terima kasih atas peringatan yang sangat berguna utk saya fikirkan...

    ReplyDelete
  5. mantaplah posting mybabah kali ni,teruskan posting2 yang macam tu ye..

    ReplyDelete
  6. antara dua darjat...ada insan yang hidup melarat.

    ReplyDelete
  7. Salam Fadh. Satu golongan martabat dan satu golongan merempat dan melarat. Kasta ciptaan para kapitalis.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, ingatan yg sangat berguna bagi diri saya yg sering alpa dan leka.

    ReplyDelete
  9. Salam Nida. Ketika ini saya di depan laptop. Tiba-tiba terpapar "1 visitor from NZ" pada kotak visitor. Wow, seronok betul sebab Nida datang ziarah. Tambah seronok, 1 komen lagi bertambah. Sahlah Nida. TQ3X.

    ReplyDelete
  10. Tuan Samsudin,
    Maaflah tuan... Secara peribadi bermula Februari 2009 sehingga kini saya tidak berapa suka dengan Si Zambry ini kerana beliau bukan 'lelaki budiman' (gentlemen) dalam konteks ketua yang memimpin kerana memegang kuasa 'secara begitu...', saya rasa beliau antara pemimpin budiman dan punyai karisma dalam berkata-kata @ berhujah sebelum ini tetapi kerana beliau pegang tampuk 'secara begitu' maka hilang rasa yakin kepadanya.
    Maaf tuan, sekadar pandangan umum sahaja.

    ReplyDelete
  11. Salam Cikgu Rusdi. Itulah kata orang, jika nak mencuci kawasan yang dipenuhi najis, pancut air dari luar sahaja. Cuba elakkan mencuci dari dalam, seperti kes DSAI. Artikel ini hanya pandangan peribadi saya tentang Zambry lama sebelum beliau menjadi MB. Kira-kira 10 tahun lepas.

    ReplyDelete
  12. Akta Pelajaran 1961 - Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan. Sekarang lahir pula Bahasa Malaysia. Kemanakah ghaibnya Bahasa Melayu?

    ReplyDelete
  13. Salam Amalhaj. Melayu hanya tinggal baju Melayu dan Keretapi Tanah Melayu, yang lain semua sudah pupus, hingga bahasa Melayu pun hilang Melayunya jadi Malaysia.

    ReplyDelete
  14. Takkan Melayu Hilang di Dunia.... kata Hang Tuah...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Azieazah. Sekarang semangat Hang Tuah/ Hang Jebat sudah tidak ada. Yang tinggal hanya Hang Buah/ Hang Sebat atau di utara, Hang Pi Mana!

    ReplyDelete
  16. salam ziarah..
    Terima kasih, n3 yg sangat menarik..banyak ilmu,yg saya dpt di sini, semoga anda sekeluarga dirahmati Allah sentiasa...

    Temui saya disini juga..http://thanks-to-allah.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Kenapa Jang? Dia ok beb! Baru-baru ni dengar cerita orang, dia memang malu sandang jawatan MB tu, tapi apakan daya "menurut perintah" pihak atasan. Masa saya hantar bisnes proposal kepada dia suatu masa dulu, dia tanya "kau ni mesti pembangkang". Saya tanya balik "Apasal Dato' cakap macam tu". Dia jawab "budak-budak pembangkang je yang ada otak". Saya gelak dalam hati...

    ReplyDelete
  18. cerita-cerita allahyarham p.ramlee tetap hidup sepanjang zaman.Ali Baba dan 40 penyamun tak sempat nak menyamun enjin jet. Kalau wakktu tuuu enjin F5E ada sudah tentu gerombolan ini menyamunnya .

    ReplyDelete
  19. Salam Abu Muaz. "Nang bu tinang, kui butikui" kalau tanya Cina, P.Ramlee sebut ada makna, bukan saje-saje buat kelakar. Semoga Allah cucuri rahmat kepada ruhnya, walaupun kita selalu memandang serong pada golongan artis...

    ReplyDelete
  20. kubur...kubur yang haram ..yang dihias2 macam tu

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum babah..
    babah bley khairine tau nape
    babah hairan org muda masih skong bn??
    bley babah bgtau khairine lebeh detail?

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum babah..
    babah bley khairine tau nape
    babah hairan org muda masih skong bn??
    bley babah bgtau khairine lebeh detail?

    ReplyDelete
  23. Dear Khairine. Jawapan pada pertanyaan tu perlu komitmen. Komitmen untuk berfikiran terbuka yang menjurus pada agama. Jawapan terdapat di situ. Keadaan kita ketika ini sama seperti sewaktu Rasulullah mula menyampaikan dakwah. Golongan muda yang berfikiran terbuka berbondong-bondong menyokong Nabi s.a.w. sedangkan yang tua, atas kepentingan masing-masing, mempertahankan pucuk pimpinan yang ada. Dalam hal ini, pembacaan perlu diperluaskan kepada penulisan dan mendengar wacana yang lebih intelektual bukan hanya bergantung pada akhbar picisan. Penjelasan ini sebagai permulaan...

    ReplyDelete
  24. salam,
    pasal surau tu kan sy pun pernah alami sekali disatu tempat peranginan di cherating,lg teruk surau cam stor..didalamnye berterabur smpai arah kiblat pun sy tak tau dimana..kecewa sgt dgn pihak pengurusan hotel tu,yg lain bukan main mewah tp surau sgt menyedihkan..patutnye perkara begini tak sepatutnye berlaku.

    n3 yg meletup ni..tahniah babah!

    ReplyDelete
  25. Salam Mazru. Di pusat-pusat membeli belah dan hotel-hotel, kebanyakan surau terletak di tempat letak kereta. Walau bagaimana pun, alhamdulillah, masih ada ruang untuk beribadat. Maka tak ada alasan nak ponteng solat lagi.

    ReplyDelete
  26. Salam Babah..

    kakcik dah baca catatan babah dan kakcik baca juga semua catatan komen sampai kakcik pun dah tak tahu nak komen apa! :)

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum en samsudin

    *maaf, terkeluar dari tajuk entri: tentang cadangan program celik wang di kalangan guru,... sangat menarik. nanti saya cuba cadangkan pada pihak atasan di sekolah. saya hanya orang bawahan. saya sudah memiliki buku wang saku tersebut dari BNM tetapi praktikalnya tidak tercapai lagi.

    tentang antara dua darjat ini, memang betul sekali tanggapan serta pemerhatian. jelas dan ketara sekali. sayang sekali.

    ReplyDelete
  28. Salam Kakcik. Terima kasih kerana sudi membaca apa-apa yang terbuku di dalam hati saya selama ini.

    ReplyDelete
  29. Salam Cikgu Normah. Nanti hubungi saya (sms je) di talian 013-3150250 atau e-mel samsudin.jidin@yahoo.com jika sekolah minat mengadakan Hari Ceria Kewangan.

    ReplyDelete
  30. Kadang2 peranan orang ramai pun penting, untuk memberi tahu hal2 seperti ini kepada pihak berkuasa....(kisah surau)...

    pasal bahasa ingeris nih babah, saya suka pendapat Tun Mahathir lagi, sebab orang seperti saya sekarang,segala pembelajaran saya( engineering) , buku rujukannya semua dalam bahasa ingeris, teramat susah untuk saya merujuk pelbagai buku2 rujukan berbahasa inggeris kerana bahasanya,....kadang2 terfikir, alangkah bagusnya kalau dari sekolah rendah saya dah pakar dalam bahasa inggeris...

    seperti pengajian agama, mereka wajib mempelajari arab, kerana semua kitab dari bahasa Arab...
    memang kita sayangkan bahasa, tetapi untuk maju,..kita kena ambil kesempatan terhadap bahasa mereka...

    sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  31. insyaALLAH babah...insyaALLAH khairine cuba muhasabah balik..
    kalu bley babah beritahu khairime tentang msalah tu
    lagi ye...:)

    ReplyDelete
  32. salam babah
    tks kerana memperingatkan

    selagi di hati tidak dipenuhi iman, dua darjat itu tetap akan terbit jurang

    ReplyDelete
  33. Salam Daud. Saya tidak cukup ruang untuk mengulas panjang komen anda. Tetapi secara ringkas, anda boleh mengetahui isu bahasa ini melalui penulisan pakar-pakar bahasa spt Prof Asmah Haji Omar, Prof Abdullah sekadar beberapa contoh. Pendeknya, jika ada kemusykilan sesuatu perkara rujuklah kepada pakarnya, spt juga bab agama,kita kena rujuk pada ulama. Menggunakan buku bahasa Inggeris atau arab bukanlah isunya. Tetapi statistik (laporan) menunjukkan bahawa tindakan Mahathir telah memporak puranda sistem yang telah diasaskan sekian lama. Anak2luar bandar sgt terjejas dgn tindakan itu. Tanyalah guru-guru untuk mendapat kepastian. Laporan ini dipendam dan keputusan peperiksaan ditunjukkan hebat bagi mengaburi mata orang ramai. Ini bukan retorik. Dapatkan maklumat yang tetap daripada sumber yang sah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  34. Salam Khairine. Insya-Allah kita akan terus bertukar-tukar fikiran dalam hal ini. Tetapi ia bersyarat, kita harus berfikiran terbuka menerima pendapat masing-masing. Pendapat pula hendaklah berdasarkan fakta. Wallahualam.

    ReplyDelete
  35. ok babah...khairine akan cuba memahami...
    trima kasih babah...:)

    ReplyDelete