02 March, 2013

Pra-PRU13: Bagaimana tokoh Islam menyantuni agama lain...

Sewaktu menerima penyerahan Kota Yerusselam daripada pengusaha Romawi ke tangan umat Islam, Khalifah Umar al-Khattab bersama-sama panglima perangnya berkunjung ke dataran Bukit Zion dan tibalah waktunya melaksanakan solat Zuhur di sana. Uskup Agong Sophronius menawarkan gereja yang dianggap suci oleh dunia Kristian itu untuk tempat Khalifah Umar bersama para pengiringnya menunaikan solat Zuhur. Tawaran yang ramah itu disambut dengan sangat baik oleh Khalifah Umar.



 "Sungguh gembira sekali hati saya menerima tawaran tuan, tetapi jika saya solat di situ, saya khuatir bahawa suatu hari kelak orang Islam akan merampas gereja tuan untuk dijadikan sebagai masjid. Kerana itu, izinkanlah saya solat di sisi gereja tuan sahaja".

Setelah mengucapkan kata-kata itu, Khalifah Umar membentangkan serbannya dan menunaikan solat Zuhur di sisi gereja yang terkenal itu, sambil tidak lupa meminta izin daripada Uskup Agong. Khalifah Umar lalu menggariskan telapak tangan di bekas tempat solatnya itu agar dibangunkan sebuah masjid yang kemudiannya dikenali sebagai Masjid Umar, berdampingan dengan Gereja suci umat Kristian yang didirikan pada masa Kaisar Heraklius (610-641M) dari Romawi.

TETAPI... Di Malaysia, di sebuah negara yang dicanangkan sebagai sebuah negara Islam, pemimpinnya menimbulkan pelbagai retorik keagamaan demi memastikan kuasa kekal di tangan mereka sedangkan penganut agama lain yang juga warganegara Malaysia sering dianggap warga kelas kedua. Isu-isu agama tidak cuba ditangani secara santun dan berhemah malah pertikaian tentang isu-isu agama dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama dijadikan alat untuk tujuan politik. Isu penggunaan nama Allah merupakan satu daripadanya.



 

Pemimpin seperti di atas akan pupus dari bumi ini pada suatu hari nanti, insya-Allah...

No comments:

Post a Comment