03 March, 2013

Kematian 7 anggota polis bukan satu khabar angin...

Dua anggota polis mati semasa tragedi di Lahad Datu, dan semalam 5 lima lagi kecundang di Semporna seperti yang dilaporkan oleh Bernama.

Sebelum ini apa kata Menteri yang menerajui KDN?

"Semua itu adalah khabar angin...Jangan percaya..." kata Menteri 

Kita harap mereka yang terbabit mulai sedar daripada tidur dan jika rasa diri tidak mampu menjaga nyawa dan harta benda rakyat maka berundurlah.  Terimalah hakikat bahawa anda tidak mempunyai kompetensi untuk memimpin negara.  Ingatlah pesan Nabi s.a.w.:

إِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ
قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ إِذَا أُسْنِدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ
فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

"Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu." (BUKHARI – 6015).

 

PM dan Menteri KDN juga perlu mengiystiharkan kenaikan pangkat lima mangsa terkini ini...

2 comments:

  1. Adakah kejadian ini satu perancangan pihak tertentu untuk melambatkan pilihanraya kerana mereka belum bersedia,?hanya Allah yang mengetahui..

    ReplyDelete
  2. Ya, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebagai rakyat marhaen hanya boleh mengambil iktibar (jika mahu) dan memohon Allah memelihara kita dan keluarga daripada terlibat dalam apa jua bentuk tindakan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah...

    ReplyDelete