10 March, 2013

Azerbaijan pula dilanda fitnah...

Fitnah adalah halangan dalam usaha melaksanakan Islamisasi dan dakwah...
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)


BAKU (Arrahmah.com) – Larangan memakai jilbab kini diperluas ke universiti-universiti di Azerbaijan. “Bagaimana boleh para pejabat membenarkan larangan baru yang diberikan kepada para mahasiswa, guru, dan lain-lain?” Kata ulama Zolfaqar Mikaeilzadeh kepada Press TV pada Sabtu (9/3/2013).
 
Dia kesal dengan pelarangan jilbab di sekolah menengah yang sekarang juga diperluas ke maktab-maktab perguruan. Mahasiswa di Azerbaijan State Oil Academy (ASOA) telah dilarang memasuki kampus dengan memakai jilbab. Mais Gul Aliev, pemimpin Parti Hijau Azerbaijan, menggambarkan larangan jilbab di universiti dengan kata “illegal”. Beliau menyeru supaya tindakan yang tidak mengikut perlembagaan ini dihentikan. Islam memandang jilbab sebagai kewajiban dalam berpakaian, bukan simbol agama semata-mata. Seperti banyak bekas negara  Soviet lainnya, Azerbaijan telah menyaksikan kebangkitan agama yang terhad sejak kemerdekaan pada tahun 1991. Pemerintah sekular Ilham Aliyev melakukan kawalan dan pengetatan pada agama Islam di negeri ini. Pada pertengahan Februari 2010, pemerintah memerintahkan semua pegawai negeri untuk menghapus simbol-simbol yang berhubungan dengan Islam — seperti ayat-ayat Al-Qur’an — di pejabat mereka. Pada bulan Desember 2010, pemerintah sekular memperkenalkan pakaian seragam sekolah rasmi yang melarang pemakaian jilbab. Langkah ini telah mencetus kemarahan di negara itu. (banan/arrahmah.com).
 


 

Dugaan yang melanda umat Islam adalah fenomena sejagat...

No comments:

Post a Comment