07 February, 2013

Jilbab dipermainkan oleh kafir anti-Islam di Amerika Syarikat...

REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON -- Chris Coleman, Datuk Bandar Minnesota, Amerika Syarikat, meminta polis St Paul bertindak ke atas seorang anggota polis yang mempermainkan umat Islam. Kontroversi ini bermula daripada tweet yang dikirim oleh Mukhtar Ibrahim,  seorang jurnalis dari Washington DC.


Beliau menyerahkan sebuah gambar kepada pihak polis St Paul. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki memakai jilbab berwarna merah jambu. Digambarkan ia sedang menggunakan telefon bimbit. Namun, ia tidak menggenggam telefon itu dengan tangan, tetapi dengan jilbabnya. Di dada lelaki tersebut terlekat tag yang bertulis sasaran operasi yang berasal dari Somalia.

"Saya sendiri akan menangani masalah ini," komen Coleman seperti yng diambil oleh Star Tribune, Rabu (6 Februari 2013). Secara berasingan komuniti Muslim menganggap kes ini sebagai mengancam hidup beragama yang terbina dengan baik di St Paul. "Saya benar-benar tidak sanggup melihat gambar itu. Identiti kami bukanlah untuk dipermainkan dan hal itu bukan menjadi masalah jika ia berbentuk karikatur," kata Bile Ramla, warga Muslim Minneapolis. Pengarah Dewan Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota, Lori Soraya, menyatakan insiden ini bukanlah yang pertama kali terjadi. Pihak polis perlu bertindak tegas. "Kita semua sedang menghadapi masalah serupa yang berulang. Hal yang seumpama ini akan terus berlanjutan jika tidak ditangani dengan cepat," kata beliau. Di dunia maya, pemilik akaun Twitter mengecam kes itu dengan menggunakan hashtag #CultureNOTCostume. "Tidak lucu, mengejek identiti budaya seseorang," kata salah seorang pemilik akaun.

 
Orang-orang kafir akan terus membenci umat Islam. Itu suatu hakikat...

1 comment: