23 January, 2013

Sebarkan: Kebimbangan Dr Hamid Arshat...

Kebimbangan seorang pakar sakit puan tempatan, Dr Hamid Arshat tentang gejala penyakit kanser dalam kalangan kaum wanita di negara ini jelas tergambar dalam postingnya di FB.  Mybabah rasa bermanfaat untuk kita bersama-sama menyebarkan maklumat ini.

Dr Hamid berasa bimbang akan kejadian penyakit kanser yang semakin berleluasa, khususnya kanser payu dara.  "Mungkin estrogen yang berlebihan menjadi salah satu penyebab angka pesakit kanser semakin meningkat" katanya.

Dr Hamid menyarankan agar wanita jangan memakan atau mengguna terlalu banyak bahan yang mengandungi estrogen, lebih-lebih lagi tanpa pengawasan doktor.   


Wanita yang tidak berkahwin, atau yang berkahwin tetapi tidak hamil, atau yang beranak tetapi tidak menyusukan anak mereka dan wanita yang gemuk mempunyai risiko yang lebih tinggi dihinggapi kanser.

Dr Hamid menasihati wanita supaya selalu menuam payu dara mereka dengan tuala suam dan mengurutnya daripada garis luar ke arah puting untuk mencegah kilang susu daripada tersumbat. Amalkan memakan sayur-sayuran seperti salad, tomato, karot, brokoli, timun dan lain-lain. Amalkan juga memakan buah beri dan anggor berserta bijinya, delima dengan bijinya juga, air lemon dan madu. Sering periksa payu dara ketika mandi sarannya lagi.


Nota:
Estrogen ialah satu kumpulan hormon yang memainkan peranan penting dalam pembangunan seksual normal dan reproduktif pada wanita. Hormon ini juga dipanggil hormon-hormon seks. Ovari wanita menghasilkan kebanyakan hormon estrogen, walaupun kelenjar-kelenjar adrenal turut mengeluarkan sejumlah kecil hormon.

Sebagai tambahan kepada mengatur kitaran haid, estrogen menjejaskan saluran reproduktif, saluran kencing, hati dan urat darah, tulang-tulang, buah dada, kulit, rambut, membran berlendir, otot-otot pelvik dan otak. Ciri-ciri seksual yang sekunder, seperti pubis dan bulu ketiak juga mula membiak apabila tahap-tahap estrogen meningkat. Banyak sistem organ, termasuk sistem musculoskeletal dan kardiovaskular, dan otak terjejas oleh estrogen.


 

Sebarkan...

1 comment: