Ramai rakan-rakan blogger mencadangkan kepadaku supaya melancarkan kempen anti-Aduka Taruna, kerana kononnya blog Mybabah lebih popular dan ramai pengunjung (?). Semalam aku menerima pula e-mel daripada Adindaku Ustaz Norudin Deraman @ ustazcahaya.blogspot.com di Bumi Kenyalang yang telah menyediakan satu tutorial lengkap cara melaporkan kepada Google blog yang melanggar etika, seperti blog Aduka Taruna. (sekarang tidak teruna lagi kerana dia sudah pun berkahwin). Anda boleh mendapatkan tutorial itu di sini. Menurut ustaz, Google hanya akan bertindak seandainya ramai blogger yang membuat laporan. Jika setakat beberapa orang, laporan itu tidak akan dilayan.
Justifikasi pelancaran kempen itu boleh dibaca di dalam entri Mybabah bertajuk "Aduka Taruna, Lu Memang Celaka Beb!" yang boleh dibaca di sini.
Tetapi...
Selepas menunaikan solat istikharah sebentar tadi, aku terfikir semula adakah tindakan melancarkan kempen memboikot blog Aduka Taruna atau mendesak blog itu ditutup wajar dilaksanakan sekarang? Mengapa kepada Aduka Taruna sahaja ia dikenakan, sedangkan ramai lagi blogger yang seumpama itu di internet? Sekiranya lahir lagi Aduka Teruna yang lain, adakah tindakan yang sama akan terus dibuat? Sampai bila?
Akhirnya...
Aku mengembalikan semua ini kepada kebijaksaan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak blogger semua untuk membuat pertimbangan sendiri. Ikutlah naluri yang bersandarkan iman...