11 February, 2010

Kempen Anti-Aduka Taruna!


Ramai rakan-rakan blogger mencadangkan kepadaku supaya melancarkan kempen anti-Aduka Taruna, kerana kononnya blog Mybabah lebih popular dan ramai pengunjung (?). Semalam aku menerima pula e-mel daripada Adindaku Ustaz Norudin Deraman @ ustazcahaya.blogspot.com di Bumi Kenyalang yang telah menyediakan satu tutorial lengkap cara melaporkan kepada Google blog yang melanggar etika, seperti blog Aduka Taruna. (sekarang tidak teruna  lagi kerana dia sudah pun berkahwin). Anda boleh mendapatkan tutorial itu di sini. Menurut ustaz, Google hanya akan bertindak seandainya ramai  blogger yang membuat laporan. Jika setakat beberapa orang,  laporan itu tidak akan dilayan.


Justifikasi pelancaran kempen itu boleh dibaca di dalam entri Mybabah bertajuk  "Aduka Taruna, Lu Memang Celaka Beb!" yang boleh dibaca di sini.


Tetapi...
Selepas menunaikan solat istikharah sebentar tadi, aku terfikir semula adakah tindakan melancarkan kempen memboikot blog Aduka Taruna atau mendesak blog itu ditutup wajar dilaksanakan sekarang? Mengapa kepada Aduka Taruna sahaja ia dikenakan, sedangkan ramai lagi blogger yang seumpama itu di internet? Sekiranya lahir lagi Aduka Teruna yang lain, adakah tindakan yang sama akan terus dibuat? Sampai bila?

Akhirnya...
Aku mengembalikan semua ini kepada kebijaksaan adik-adik, abang-abang dan kakak-kakak blogger semua untuk membuat pertimbangan sendiri. Ikutlah naluri yang bersandarkan iman...
 




 

38 comments:

  1. salam ziarah.
    kakchik masuk sekali je utk lihat secara rawak blognya lepas tu terus report abuse dan tak masuk lagi dah. orang yg menghina keluarga Nabi Muhammad tak layak dikunjungi melainkan dia bertaubat.

    ReplyDelete
  2. ya babah..mmg betul tu..masih bnyk lagi penulis blog yg spt si aduka taruna ni..cuma tidak lah sepopular aduka taruna..golongan ini suka berpendapat tentang agama menggunakan akalnya semata-mata..risau memikirkannya apabila bnyk perkara ttng islam dipersoalkan dan diselesaikan mengikut kepala akalnya semata-mata..

    mungkin pihak agama harus pantau fahaman2 yang amat sesat dan menyesatkan ini..

    mungkin jgk pd masa yg sama kita patut beri respon bantahan kpd blog2 biadap spt si aduka taruna ini..sekurang2nya orang2 yang sepertinya akan sedikit risau untuk berfahaman sesuka hati tentang Islam.

    ReplyDelete
  3. Salam mybabah,aduka cuma minta maaf atas kesalahannya menghina Almarhum sultan johor saja,dia tak pernah meminta maaf kepada semua orang Islam kepada semua orang Islam kerana menghina Isteri dan Sahabat Rasulullah.
    Aduka buat kesalahan secara terbuka maka dia juga patut mengisytiharkan secara terbuka jika dia benar2 sudah bertaubat.

    ReplyDelete
  4. salam

    tapi ramai yg xambil iktibar kan?

    ReplyDelete
  5. salam babah..nk tmbh sket..sy difahamkan aduka taruna diambil tindakan undang2 sebab menghina sultan johor shja..bukanlah sbb dia menghina sahabat rasulullah dan iman2 besar..malah dulu si aduka taruna ini amat ramai pengikutnya..rmi yg menjadi celaka sptnya dan menyokong pendpatnya..

    namun bila dia hina sultan johor baru orng nk melenting..dan kerajaan mula pandang serius..bkn pndng serius sbb dia hina sahabat atau ulama mazhab besar tapi pandang serius sbb dia hina sultan johor shja..

    bagi sy sebenarnya orang kita meletakkan agama tersangat rendah berbanding perkara2 lain

    ReplyDelete
  6. Salam sahabat...

    tiada sempat nak mengulas sesuatu tentang hal ini (maklum sajalah). tapi blog 'Aduka Taruna' yang dah tak teruna sewajibnya ditutup walaupun mungkin dia terlepas dari penjara dunia. Siapa dia (Aduka Taruna) tuk meluah kata bahawa Aisyah r.anha dan Muawiyah r.a sebagai 'Bangang'? sudah jelas dia terkeluar daripada pegangan agama. Nauzubillah.

    Insya Allah nanti kita bualkan.tapi memang cukup menghairankan juga apabila melihat ada 400 orang pengikut yang mengikuti perkembangannya. manusia seperti ini langsung tidak boleh dipakai. sekali lagi ingin kunyatakan. 'Aduka Taruna' belum tentu dijamin syurga (kita semua sebenarnya), andai dia atau sesiapa pun yang bertindak menghina Baginda Nabi beserta ahli keluarganya, maka segala ucapan yang diluahkannya tertolak sama sekali! dia dikira terkeluar daripada jalan dan semoga dia berjaya kembali ke pangkal sebelum Izrail menjemputnya turun ke liang lahad!


    Wassalam...

    ReplyDelete
  7. Salam babah, telah selamat di "report abuse". itu antara sumbangan kecil yg boleh eelobor berikan. semoga para bloggers semua boiket jer blog AT

    ReplyDelete
  8. salam tuan,

    sy nak petik sikit kata2 MSK..

    Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan…biarlah Tuhan yang membalasnya. Salah dia kepada manusia…biarlah manusia yang membalasnya. Tetapi apakah tanggungjawab kita untuk membantu beliau…kalau dikatakan Aduka itu kurang ajar, sesat, dan apa saja tuduhan yang hendak dilemparkan? Apakah kita mahu membiarkan beliau terus dalam kesesatan? Apakah kita mahu membiarkan Aduka terus dengan kurang ajarnya? Dan kita menjadi musuhnya?"

    Kalau nak ikutkan lagi ramai yg dok hina Nabi Muhammas s.a.w,hina sultan mmg ramai..pi la baca, pi google..cukup ramai..kat Facebook pun dah ramai..tapi kalau AT dah nak berubah kenapa takde orang ke nak tolong dia? adakah kita manusia semuanya nak asyik kondem je? fikir2 kan

    ReplyDelete
  9. sentiasalah merasakan kita ni lebih salah daripada orang lain...

    ReplyDelete
  10. salam babah

    mmg patut boikot blog teruk macam tu.saya setuju dgn boikot ini

    ReplyDelete
  11. Salam Mr Kamikaze. Mulakan dengan Flag blog AT.

    ReplyDelete
  12. Salam Kakcik. Betul Kakcik. Membaca di blog dia macam membaca bahan lucah. Ramai yang datang untuk membaca bahan lucah. Keistimewaan orang Melayu ialah hal-hal begini mereka memang sukan...

    ReplyDelete
  13. Salam Syah. Kita mulakan dengan Flag blog itu.

    ReplyDelete
  14. Salam Ijok. Memang, saya pun hairan. Pihak berkuasa tahan dia kerana hina Sultan, sedangkan dia juga menghina ulama dan keluarga Nabi s.a.w. Sebenarnya ada kes untuk tahan dia di mahkamah Syariah...

    ReplyDelete
  15. Salam Naman. Orang yang selalu mengambil pengajaran daripada sesuatu peristiwa ialah orang yang bijak. Tetapi orang yang bijak ini sedikit jumlahnya...

    ReplyDelete
  16. Salam Anonymous. Babah juga berperasaan begitu...

    ReplyDelete
  17. Salam Awang. Penyokong AT juga akan menerima kifarah seperti dia. Wallahualam.

    ReplyDelete
  18. Salam saudaraky eelobor. Cepatnya enta buat report! Orang yang prihatin sahaja yang bertindak cepat jika perkara-perkara seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  19. Salam thatguy. Dalam perspektif lain, thatguy betul juga. Nasihat babah, buatlah yang termampu dan niatkan kerana Allah...

    ReplyDelete
  20. salam... saya akan turut memboikot blog seperti itu (ada banyak lagi di luar sana yang saya tak tahu - kalau tahu saya akan boikot juga)

    ReplyDelete
  21. Salam "aku yang buruk". Yang pasti babah tidak akan berasa lebih salah daripada Aduka Taruna...

    "Aku yang buruk" didominasi perasaan inferiority complex yang chronic...

    Minta tukar panggilan. Makna "aku yang buruk" juga boleh membawa penghinaan kepada Pencipta...

    ReplyDelete
  22. Salam Mohamad. Semangat begini memang perlu ada dalam jiwa orang muda seperti Mohamad. Jika tidak, agama akan sentiasa dipijak-pijak...

    ReplyDelete
  23. Salam Babah:

    Iya bener. Blog babah ni popular;-)

    Alhamdulillah. Semoga kempen ini berjaya. Semasa berkempen untuk hapuskan blog 'Murtadin Indonesia' dulu, tidak sampai satu bulan masa diambil. Sebabnya ramai dari Indon, Malaysia, Brunei, Singapura sampai ke Thailand yang buat kempen.

    Tentang soalan yang terakhir itu; saya harap kita sebagai blogger muslim perlu lebih peka terhadap blog yang mengganggu gugat agama kita.

    Tutorial saya itu kira buat permulaan sahaja. Lepas ni, jika ada blog yang perlu dikempen, kita sudah tahu apa yang hendak dilakukan dan kita akan pakat kempen sama-sama lagi, Insya Allah.

    Samping itu, saya juga berharap Babah boleh menegur kiranya di blog saya juga ada perkara yang perlu ditegur.

    PS: Hehe, lucu juga- "(sekarang tidak teruna lagi kerana dia sudah pun berkahwin)"

    ReplyDelete
  24. Ada juga manusia yang bodoh macam AT ni ye.. tak tahukah yg tulisannya akan dibaca oleh semua manusia di bumi.. dah sah2 ler ramai yg akan mengutuk.. sia2 dapat musuh yg ramai.

    p/s:ramai juga yg tak terpelajar yg menjadi bloggers, tapi mereka bijak menilai

    ReplyDelete
  25. Salam Ustaz Norudin. Banyak perkara saya cemburu dengan ustaz. Tetapi yang paling besar ialah kepandaian ustaz menulis. Santai dan bersahaja. Tentang kempen Anti-Aduka Taruna, para blogger sememangnya dapat manfaat daripada tutorial ustaz. Buat masa ini, kita pantau dahulu apa reaksi AT. Jika memaksa, kita boleh buat Laporan Polis pula...

    ReplyDelete
  26. Salam Nida. Antara punca yang babah boleh rumus tentang AT ialah dia merasakan dirinya cukup pandai dan yang keduanya, dia dibuai pengikut yang ramai (pengikut dia seumpama syaitan2 yang mendorong dia menjadi semakin sombong). Wallahualam.

    ReplyDelete
  27. kalu ramai-ramai tak lawat blog dia.. mesti dia pon boring... tak yah layan le orang cenggitu

    ReplyDelete
  28. saya sokong babah... jgn peduli org cam dia.. kalo dh melampau sgt.. buat laporan..biar pihak berkuasa jek yg amik tindakan..

    ReplyDelete
  29. Salam Cemomoi. Boikot blog dia salah satu cara yang berkesan. Saya rasalah. Masalahnya dia ramai peminat. Yang tak berminat kita je...

    ReplyDelete
  30. Salam Nafiraa. Nanti Nafiraa buat laporan polis. Biar babah temankan. Berani tak?

    ReplyDelete
  31. Salam Maiyah. Hee...hee..Haprak..

    ReplyDelete
  32. saya setuju jangan buat apa-apa .. biarkan. sebab tak fasal2 blog dia dapat hit tinggi. lagi pun perangai orang kita, makin di larang masuk makin teringin nak masuk.

    ReplyDelete
  33. Salam Bang Hamzah. Kita ada dua pilihan sama ada boikot blog dia atau buat laporan di Google atau balai polis...

    ReplyDelete
  34. salam Mybabah... yang hak dan yang bathil sememangnya telah jelas... ayuh kita laungkan...!!!

    ReplyDelete
  35. Salam yohteh. Semangat yang macam ini yang kita mahu!

    ReplyDelete