Selembar Benang kali ini masih berkaitan dengan isu nombor, seperti dalam Selembar Benang 8 dan Selembar Benang 9. Terdapat beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh orang ramai dari segi penulisan nombor, antaranya ialah:
1. Kesilapan menulis nombor bilangan ke berapa.
Dalam sistem penulisan bahasa Melayu yang betul, ke dan sesuatu angka hendaklah dipisahkan oleh tanda sempang (-), iaitu berbentuk ke-50 (k mestilah berhuruf kecil kecuali pada tajuk yang dieja dengan semua huruf besar). Bagi angka berbentuk roman, angka itu boleh berdiri sendiri tanpa ke yang telah membawa maksud yang dikehendaki.
Contoh:
Salah: ke 4
Betul: ke-4
Salah: ke-IV/ke IV
Betul: IV
2. Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
Contoh:
Salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
Betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
Contoh:
Salah: Para-para penduduk perlu bekerjasama
Betul: Para penduduk perlu bekerjasama
4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua dan tiga tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan, seperti suku dan setengah.
Contoh:
Salah: dua setengah meter
Betul: dua meter setengah
Salah: dua suku jam
Betul:dua jam suku
Salah:tiga setengah ringgit
Betul: tiga ringgit setengah
Sambungan Selembar Benang
Landskap vs lanskap
Ejaan yang betul bagi landskap ialah landskap bukan lanskap. Walau bagaimanapun, sebutan bagi perkataan itu hendaklah mengikut ejaan lanskap.
Faksimili vs faksimile
Ejaan bahasa Melayu bagi facsimile ialah faksimile bukan faksimili. Ejaan bagi fax pula ialah faks.
Trend vs tren
Perkataan bahasa Inggeris trend (arah aliran) dieja trend dalam bahasa Melayu bukan tren kerana tren bermaksud kereta api.
Perkongsian menarik. Syabas.
ReplyDeletesalam ziarah sambil memperkenalkan blog kami berkenaan petua dan ramuan herba http://morhabshi.blogspot.com
Terima kasih.
tahniah dengan semangat beriltizam membantu memartabatkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeletealahai, bila ke sini, mesti terasa sedikit malu, kerana bahasa Melayu saya lintang pukang...
Salam kunjungan. Blog yang menarik. Teruskan usaha cikgu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Cuma nak tegur sikit, harap cikgu tidak berkecil hati. .....membantu memartabatkan bahasa Melayu semula, bukan memartabatkan semula. Kata kerja mesti diikuti dengan objek.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu Md Nizar. Saya akan tukar kesilapan tersebut. Saya bukan cikgu. Saya kakitangan bank. Ilmu masih cetek. Kakciks jangan risau dan malu. Saya sendiri pun masih lagi terima teguran dan terus memperbaiki diri. Terima kasih semua.
ReplyDeleteSalam hormat dan rahayu.
ReplyDeletesyabas, penulisan saudara amat bermakna dan banyak membantu orang lain.
salam bicara.
Bicarawahyu.
Salam Tuan,
ReplyDeleteWalaupun saya merupakan guru yang mengajarkan bahasa Melayu, namun saya masih berasakan bahawa diri ini masih terlalu banyak kekurangannya. Sekurang-kurangnya, saya akan mendapat informasi yang berguna apabila mengunjungi blog ini. Teruskan usaha tuan.