03 April, 2013

Sebab Cristiano Ronaldo tolak tukar jersi dengan pemain Israel...

SPANYOL (voa-islam.com) – Rabu (03/04/13) bintang bola sepak bola pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo, mengatakan kepada surat khabar harian Azerbaijan bahawa beliau tidak menyukai masyaarakat Israel.


Pejabat berita Rum mengutip daripada surat khabar harian Azerbaijan mengenai kenyataan Ronaldo, penyumbat gol terbanyak Real Madrid, tentang sebab beliau menolak bertukar jersi dengan pemain Israel pada akhir pertandingan yang berkesudahan seri dengan bertukar pakaian antara kedua-dua belah pihak.

Beliau berkata, “Saya tidak mau bertukar pakaian dengan pembunuh” ujar Ronaldo. Kenyataan Ronaldo ini datang setelah bertemu dengan pemain pasukan kebangsaan Israel itu pada babak kelima pertandingan dalam Kumpulan F daripada kelayakaan Eropah untuk Piala Dunia tahun 2014 di Brazil.

Masyarakat Israel menyambut Ronaldo dalam pertandingan itu dengan cara yang provokatif yang diadakan pada 22 Mac 2013 lalu di Tel Aviv dan mengangkat poster saingannya Lionel Messi, bintang Barcelona serta berteriak-teriak dalam usaha menggugat konsentrasi beliau.[usamah/imo].



 
Hairan, kerana ramai orang Islam masih tidak sensitif tentang kezaliman Zionis laknatullah...

4,500 tahanan mogok lapar susulan kewafatan Abu Hamdiyeh...

HEBRON (Arrahmah.com) – Pada hari Rabu (3/4/2013), sekitar 4,500 tahanan Palestin di penjara-penjara “Israel” menolak sarapan pagi mereka sebagai sebahagian daripada tindakan protes yang menyusul daripada kewafatan rakan sesama tahanan mereka, Abu Hamdiyeh, yang menderita barah.



Ribuan tahanan Palestin tersebut melakukan aksi mogok makan selama tiga hari berikutan berita meninggalnya Abu Hamdiyeh, yang menderita barah dan menjalani hukuman seumur hidup di penjara “Israel”. Autopsi terhadap jenazah Abu Hamdiyeh yang dijadualkan pada hari Rabu (3/4) berlangsung di Institut Kedokteran Forensik di Abu Kabir di Tel Aviv di hadapan seorang pengamat Palestin. Jenazahnya kemudian akan dipulangkan ke Pihak Berkuasa Palestin untuk dimakamkan. Pemakaman Abu Hamdiyeh dijadualkan berlangsung pada hari Khamis (4/4) esok di kampung halamannya di Hebron. Aksi protes segera meletus di Tebing Barat, Al-Quds timur dan di penjara-penjara “Israel” pada hari Selasa setelah tersiar berita kematiannya.

Protes lebih ditujukan untuk dapat keluar menghadiri pemakamannya di Hebron. Penunjuk perasaan dan Pihak Berkuasa Palestin menyalahkan “Israel” atas kelalaian perubatan dan pemerintah “Israel” bertanggung jawab penuh atas kematian Abu Hamdiyeh itu. (banan/arrahmah.com).



 

Ya Allah, hancurkan zionis dan sekutu-kutunya di muka bumi ini...

Akhirnya, umat Islam di Thessaloniki dibenarkan solat di Masjid...

THESSALONIKI (Arrahmah.com) – Selama berabad-abad lama umat Islam dilarang melaksanakan solat di masjid, umat Islam Yunani akhirnya diizinkan berbuat demikian secara berjamaah di sebuah masjid tua di kota Thessaloniki, kota terbesar kedua di Yunani.



Awal minggu ini, kaum Muslimin untuk pertama kalinya sejak 90 tahun yang lalu melaksanakan solat zuhur berjamaah pertama di masjid di kota itu. “Satu langkah positif telah diambil dengan arah yang tepat,” kata Kerim Uras, duta besar Turki untuk Yunani, kepada Hurriyet Daily News, sebagaimana dilapor oleh Islam Online. “Kami berharap selebihnya akan menyusul. Saya harap Athen juga akan menjadi tempat di mana umat Islam boleh bersolat,” tambahnya. Solat berjamaah pertama di masjid tersebut dilakukan pada saat kunjungan sekelompok mahasiswa Muslim ke masjid tersebut atas usaha daripada Datuk Bandar Yiannis Buotaris. “Saya sangat gembira akan perkembangan bersejarah ini,” kata wakil Turki Tugrul Biltekin. “Saya berharap masjid-masjid di Thessaloniki dan lokasi lainnya di wilayah ini akan dibuka untuk Muslim pada hari-hari raya,” katanya. Masjid tersebut telah dibangunkan di Thessaloniki pada tahun 1902. Tetapi masjid itu ditutup untuk solat pada 1923 dan kemudian diubah menjadi ruang pameran. Umat Islam dianggarkan sebanyak 1.3% daripada jumlah populasi Yunani yang berjumlah 10.7 juta orang. (siraaj/arrahmah.com).



 
Alhamdulillah...

Peperangan sebenar bermula...

Bangunlah rakyat yang tertindas - Bangunlah rakyat yang diperas;
Nyalakan api perjuangan - Menjulang kebenaran - Hancurkan segala penindasan;
Ayuh kita bangun, Dunia Baru kita dirikan - Insya-Allah jadi kenyataan;
Perjuangan yang penghabisan, Bersatulah untuk melawan, Insya-Allah kita tempuh kejayaan;
Tiada Raja atau Penguasa, Peluru atau Penjara - Yang dapat menghalangi kita - Menjadi rakyat merdeka
Selagi nyawa dalam diri - Perjuangan tidak akan terhenti;
Biar darah membasahi bumi - Menyerah jauh sekali...

Sumber di sini dengan sedikit suntingan oleh Mybabah


Design by : Mohd Yusof Hadhari

KUALA LUMPUR- Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengajak para pendukung perjuangan Islam supaya berjuang bagi memenangkan Islam. Ini semboyan jihad pilihan raya sudah ditiup ekoran Parlimen telah dibubarkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi tadi.


“Marilah kita melakukan ‘Ribat Mujahidin dalam Pilihanraya’ untuk memenangkan Islam di persada kuasa dengan mewakafkan semaksimum masa, tenaga dan harta yang ada,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau meminta para penyokong PAS bermula pada saat ini supaya melakukan beberapa perkara dalam menghadapi PRU13 nanti. Beliau menasihatkan mereka agar jangan meninggalkan solat malam walaupun 2 rakaat, begitu juga dengan solat dhuha walaupun 2 rakaat serta melazimi solat berjamaah.

Di samping itu, beliau turut mengingatkan mereka supaya membaca al-Quran minimum 1 muka sehari, memperbanyakkan bersedekah dengan minimum RM10 setiap hari.Selain itu, katanya pendudung perjuangan Islam agar berdoa untuk kemenangan Islam setiap kali selepas solat 5 waktu dan sentiasa dalam keadaan berwuduk.

-Harakahdaily

 
 
Takbir (3X)...

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia?

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir pada hari Khamis; 1058 / 450 H – meninggal di Thus; 1111 / 14 Jamadil Akhir 505 H; umur 52–53 tahun) adalah seorang seorang ahli falsafah dan teologi muslim Persia, yang dikenal sebagai Al-Gazel di dunia Barat pada abad Pertengahan.



Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang memberi sumbangan sangat besar bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini ?”
Murid 1 = "Negeri Cina"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"
Iman Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.”

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua itu benar. Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah sw.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = "Kapas”
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun” Imam Ghazali = "Semua jawapan kamu itu benar. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
Imam Ghazali = "Itu benar. Tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".


 

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua...