03 April, 2013

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia?

Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali ath-Thusi asy-Syafi'i (lahir pada hari Khamis; 1058 / 450 H – meninggal di Thus; 1111 / 14 Jamadil Akhir 505 H; umur 52–53 tahun) adalah seorang seorang ahli falsafah dan teologi muslim Persia, yang dikenal sebagai Al-Gazel di dunia Barat pada abad Pertengahan.



Imam Al-Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli falsafah Islam yang terkemuka yang memberi sumbangan sangat besar bagi perkembangan kemajuan manusia. Ia pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor di Madrasah Nizhamiyah, pusat pengajian tinggi di Baghdad. Imam Al-Ghazali meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir tahun 505 Hijriah bersamaan dengan tahun 1111 Masehi di Thus.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh daripada kita di dunia ini ?”
Murid 1 = "Negeri Cina"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"
Iman Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = "Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka.”

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua itu benar. Tetapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah sw.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = "Kapas”
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun” Imam Ghazali = "Semua jawapan kamu itu benar. Tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali didunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang"
Imam Ghazali = "Itu benar. Tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".


 

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada kita semua...

No comments:

Post a Comment