01 February, 2013

Kisah Benar: Hidayah melalui pakaian dalam

Masuk Islam kerana pakaian dalam atau seluar dalam? Betul ke..

Fakta ini diceritakan oleh seorang doktor bernama Sholeh, tenaga pengajar sebuah perguruan tinggi Islam di Saudi, ketika ditugaskan di England. Ada seorang perempuan tua yang kerjanya mencuci pakaian mahasiswa di sana, termasuk pakaian dalam mereka.



Suatu hari, wanita tua ini menceritakan tentang kemusykilannya selama bertugas dengan doktor Sholeh, perihal adanya pakaian dalam yang ‘aneh’. Ada beberapa pakaian dalam yang tidak berbau seperti mahasiswa umumnya, apa sebabnya?

Maka ustaz ini menceritakan,. "...kerana pemiliknya adalah Muslim. Agama kami mengajar kami bersuci setiap selesai buang air kecil mahupun buang air besar, tidak seperti mereka yang tidak mengambil berat dalam masalah seperti ini."

Betapa terkesan ibu tua itu dan tidak lama kemudian beliau mengikrarkan syahadah, masuk Islam dengan perantaraan pakaian dalam!

Subhanallah!

Diambil daripada blog Ibnu Hashim yang dikutip cerita itu daripada : Majalah Al-Qawwam edisi 15, dzul qa’dah 1427 H Badiah, Riyadh. (IH).






Tiada yang mustahil di dunia ini...

Islamofobia di Negara Bekas Soviet: Kyrgysztan

REPUBLIKA.CO.ID, BISHKEK -- Wakil Perdana Menteri Kirgistan, Kamila Taliyeva meminta umat Islam di negara itu tidak melanjutkan pelajaran dalam bidang agama Islam di luar negeri. Beliau memberi alasan bahawa sarana dan prasarana pendidikan di Kyrgysztan lebih daripa mencukupi. "Ada fakta terdapat jumlah yang cukup besar pemergian anak-anak Muslim berusia 9-14 tahun ke luar negeri secara haram. Katanya, pengetahuan anak-anak itu tidak memenuhi piawaian minimum pendidikan umum". Hal ini dibincangkan dalam persidangan nasional bertajuk 'Negara dan Agama' yang digelar Komite Negara Urusan Agama, di Bishkek, Rabu (30 January 2013).

Menurut Taliyeva, pendidikan yang minimum itu memberi kesan langsung pada keamanan negara, penyebaran idea-idea ekstrimis keagamaan dan kurangnya sikap toleransi dalam budaya masyarakat. "Kebanyakan daripada mereka yang lulus justeru menganggotai kumpulan yang bertindak atas nama dogma agama,"tambahnya lagi.

Muslim Kyrgysztan beberapa tahun belakangan ini menghadapi tekanan keras daripada pemerintah melalui pengenaan larangan berjilbab dan pengawasan aktiviti keagamaan. Apa yang terjadi Kyrgysztan juga serupa dengan negeri tetangga, Tajikistan, Kazakstan dan Azerbaijan.

Maklumat tambahan:
Kyrgysztan ialah sebuah negara yang berbatasan dengan China, dan Kazakhstan, Tajikistan, serta Uzbekistan. Kyrgysztan adalah sebuah negara bekas gabungan Soviet Union yang merdeka pada tahun 1991. Negara ini memiliki pemandangan pergunungan indah yang layak dikunjungi. Kyrgysztan terkenal karena memiliki hutan walnut terbesar di dunia. hutan ini berada di bagian barat Jalalabad yang meluas ke bagian timur negara ini. Negara ini juga memiliki sebuah menara yang memiliki nilai sejarah tinggi, yaitu Menara Burana. menara setinggi 25 meter ini dibangun pada abad ke-10 untuk mengawasi pergerakan prajurit Mongol dari kota Balasagyn, sebuah kota abad pertengahan terbesar di Lembah Chui. Selain itu, Kyrgysztan juga memiliki tasik alpine kedua terbesar di dunia, DanauIssyk Kul. Tasik ini sekelilingnya dihiasi topografi tundra, dan gurun serta didiami pelbagai haiwan seperti leopard salju, juga biri-biri. Anda dibenarkan berenang di tasik ini, untuk menyegarkan diri pada iklim musim panas Kyrgysztan yang cukup terik, sekitar 32 darjah celcius. Gunung Ala-too di Kyrgysztan adalah salah satu gunung yang unik, karena puncak gunung ini ditutupi salju. Gunung ini membentang hingga ke dataran China. Di kaki gunung inilah warga Kyrgysztan kerap melakukan sukan unik, iaitu kok boru atau yang bererti polo kambing





Insya-Allah, satu hari Mybabah akan sampai di sana...

Bolehkah Muslimah Azan?

Diterjemah daripada artikel yang disiarkan REPUBLIKA.CO.ID, oleh: Nashih Nashrullah

Satu riwayat daripada Bukhari dan Muslim mengisahkan bagaimanakah azan disyariatkan. Ketika rombongan para sahabat yang berhijrah dari Mekah tiba di Madinah bersama Rasulullah s.a.w telah masuk waktu solat. Pada ketika itu, belum terdapat media yang dipergunakan untuk memanggil khalayak untuk berkumpul solat berjamaah. Mereka akhirnya bermusyawarah. Ada usul supaya menggunakan lonceng ala Nasrani atau torempet seperti umat Yahudi. Lantas, Umar bin Khatab mengusulkan cukup dengan panggilan yang diserukan oleh seorang sahabat. Rasulullah akhirnya menunjuk bilal untuk memenuhi tugas tersebut. Bilal, adalah muazin pertama. Dan, beliau adalah seorang lelaki. 
 
 
 
Namun kemudiannya muncul dalam kajian fikih Islam pertanyaan tentang boleh atau tidaknya seorang wanita mengumandangkan azan. Bila dikategorikan, ada dua persoalan utama, iaitu Muslimah azan khusus untuk golongan wanita dan permasalahan lainnya ialah azannya wanita untuk orang ramai, terutama lelaki. Daripada hadis di atas, Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari-nya mengemukakan pendapat azan hanya ditujukan untuk golongan lelaki. Karena itu, majoriti ulama sepakat bahawa seorang wanita tidak boleh azan ataupun ikamat untuk jamaah lelaki. Pendapat ini masyhur dipakai oleh empat mazhab fikih terkemuka, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali. Dengan demikian, seseorang wanita tidak diperbolehkan azan untuk jamaah lelaki. Sebuah riwayat daripada Abdullah bin Umar yang dinukil oleh Baihaqi juga menyebutkan bahwa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, tidak ada azan dan ikamat bagi kaum wanita. Berdasarkan pada hadis ini, para penganut Mazhab Hanbali dan Maliki berpendapat bahwa tidak ada azan dan ikamat bagi kaum wanita. Adapun menurut Mazhab Syafi’i, tidak ada larangan pengumandangan azan oleh dan untuk jamaah wanita. Namun demikian, Ahmad bin Hanbal berpendapat tidak ada larangan wanita azan. Mereka juga boleh dengan keinginan sendiri meninggalkan azan.
 
Kini timbul pula persoalan, bolehkah wanita mengimami solat berjamaah? Jumhur ulama mengatakan solat yang diimami oleh wanita adalah tidak sah. Namun pejuang emansipasi wanita (kononnya) menganggap ini suatu diskriminasi!

 


Macam-macam...

Bertaubat Sebelum Terlambat



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah s.a.w. membuka tangan (rahmatNya) selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat pada waktu malam, membuka tangan (rahmatNya) selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan maksiat pada waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat" (Hadis riwayat Muslim).





Ya Allah, terimalah taubatku...

1 Februari Hari Jilbab Sedunia

REPUBLIKA.CO.ID, NEW YORK -- Puluhan wanita non-muslim di seluruh dunia merancang mengenakan jilbab, pada hari Jumaat (1 Februari 2013). Rancangan itu merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Jilbab Sedunia yang pertama.

Hari Jibab Dunia ini dicetuskan oleh Muslimah New York, Nazma Khan. Ia melihat jilbab boleh menjadi simbol toleransi dan kerukunan antara umat beragama. Selain itu, peringatan ini diharapkan dapat mendorong pemahaman yang lebih baik orang non-muslim terhadap Islam. "Saya membesar di Bronx dan mengalami diskriminasi karena jilbab. Waktu itukami sering dianggap seperti batman atau ninja," kata beliau. Dari masa lalunya itu, ia tergerak untuk membuat satu kegiatan bagi mempromosikan jilbab. Beruntung, gagasanya ini disambut baik wanita di seluruh dunia. Beliau juga dihubungi sejumlah organisasi wanita di England, Australia, India, Pakistan, Prancis dan Jerman.

Salah seorang peserta, Esther Dale (28), warga California, Amerika Syarikat, berkata masih ada yang salah faham tentang jilbab. Padahal, jilbab itu mencerminkan kesopanan. Tetapi masih ada yang menganggap pemakaiannya adalah terpaksa. "Itu sama sekali tidak benar," kata beliau seperti yang dipaparkan onislam.net, Jumaat (1 Februari). Dale merupakan wanita non-muslim yang mengambil bahagian dalam acara itu. Dale yang merupakan penganut Mormon, memahami pentingnya agama dalam kehidupan harian. Untuk itu, ia merasa stigma yang mengelilingi jilbab tidak perlu berlaku. "Ini kesempatan yang baik. Anda seharusnya tahu membuat penilaian yang tepat tentang apa yang dikenakan seseorang," katanya.



Seorang lagi peserta, iaitu Jess Rhodes, wanita asal Inggeris, yang mengambil bahagian dalam acara tersebut memutuskan untuk ikut serta dalam acara tersebut setelah mengetahui tentang program tersebut melalui internet. "Jujur, saya tidak begitu tahu bagaimana mengenakannya, tapi ini merupakan suatu yang menarik, kerana ia berkaitan dengan pilihan hidup seorang muslimah," kata Jess yang merupakan seorang mahasiswi. Jess mengatakan ibu bapanya sempat terkejut dengan apa yang dilakukannya. Namun, beliau cuba menjelaskan apa tujuannya. "Reaksi ibu bapanya sedikit terkejut. Memang wajar mereka terkejut, tapi semuanya telah saya jelaskan dan akhirnya mereka mengerti," kata beliau. Menurut Jess, reaksi ibu bapanya mencerminkan keadaan sebenar tentang pandangan masyarakat Inggeris terhadap jilbab. Kerana itulah, beliau semakin terdorong untuk mengambil bahagian. Beliau percaya, kempen ini akan membantu menjelaskan kepada masyarakat salah faham tentang Islam. "Saya akan sampaikan pengalaman ini kepada dunia," ujar beliau.

Widyan Al Ubudy, wanita yang berasal Australia merupakan antara individu yang mempromosi program tersebut kepada Jess. Bagi beliau, program seperti ini sangat penting perlu disertai wanita non-muslim kerana melalui mereka, salah faham tentang Islam dapat diperbetulkan.




Mybabah baru tahu adanya Hari Jilbab Sedunia. Hmmm...menarik...

Anak cucu Rasulullah s.a.w. yang dilupakan dan dipinggirkan...

Penyebaran dakyah dan propoganda Syiah dan Yahudi dengan cerita-cerita Israiliat dalam dunia Islam bukan baharu. Ia berlaku sejak zaman Khulafa al-Rashidin lagi, meskipun ada pihak mengatakan ia telah bermula sejak Nabi s.a.w masih hidup, dengan jarum halus yang dipelopor oleh kaum Yahudi yang sejak awal sudah membenci Islam.


Halusnya propoganda mereka, sehingga ramai ulama dalam kalangan ahli sunnah wal jamaah terlepas pandang dan menerima propoganda itu sebagai fakta yang benar daripada Rasulullah s.a.w.  Kini banyak pihak mula sedar akan hakikat ini dan timbul usaha untuk menilai semula sejarah Islam yang telah dianggap benar oleh masyarakat umum ahli sunnah wal jamaah supaya dapat diperbetulkan daripada penyelewengan.

Usaha pemurnian sejarah Islam kini terdapat di sisipan kanan blog Mybabah.com di sini. Cerita-cerita sejarah yang terkandung di dalam Koleksi Pemurnian Sejarah Islam ini, Mybabah ambil daripada blog Darulkausar.net di sini. Koleksi ini akan bertambah dari semasa ke semasa jika diperoleh fakta baharu daripada pelbagai sumber.

Sebagai permulaan, sila saksikan video ceramah oleh Maulana Muhammad 'Asri Yusuf tentang fakta mengapa hanya seorang dua sahaja anak dan cucu Rasulullah s.a.w. dipopularkan dalam sejarah Islam, sedangkan yang lain dilupakan dan dipinggirkan...




Terus pembacaan anda di sini.

 

Mari ikhlaskan doa untuk orang lain....

Antara amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ialah berdoa untuk saudara seagama yang lain tanpa pengetahuannya. Amalam ini menyebabkan para malaikat berdoa agar kebaikan yang dipohon itu juga menjadi miliknya. Doa seperti ini juga adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).


Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu)” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).



Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berdoa untuk kebaikan saudara muslim kita. Jangan doa kita hanya semata-mata untuk diri kita sahaja. Begitu indah dan cantiknya ajaran Islam. Islam mendidik kita agar tidak tidak mementingkan diri sendiri. Apatah lagi janji Rasulullah s.a.w. bahawa doa yang dipanjatkan untuk orang lain tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan diaminkan oleh para malaikat,makhluk Allah s.w.t yang terpelihara daripada dosa.





Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada seluruh umat Islam di dunia...