01 February, 2013

Bolehkah Muslimah Azan?

Diterjemah daripada artikel yang disiarkan REPUBLIKA.CO.ID, oleh: Nashih Nashrullah

Satu riwayat daripada Bukhari dan Muslim mengisahkan bagaimanakah azan disyariatkan. Ketika rombongan para sahabat yang berhijrah dari Mekah tiba di Madinah bersama Rasulullah s.a.w telah masuk waktu solat. Pada ketika itu, belum terdapat media yang dipergunakan untuk memanggil khalayak untuk berkumpul solat berjamaah. Mereka akhirnya bermusyawarah. Ada usul supaya menggunakan lonceng ala Nasrani atau torempet seperti umat Yahudi. Lantas, Umar bin Khatab mengusulkan cukup dengan panggilan yang diserukan oleh seorang sahabat. Rasulullah akhirnya menunjuk bilal untuk memenuhi tugas tersebut. Bilal, adalah muazin pertama. Dan, beliau adalah seorang lelaki. 
 
 
 
Namun kemudiannya muncul dalam kajian fikih Islam pertanyaan tentang boleh atau tidaknya seorang wanita mengumandangkan azan. Bila dikategorikan, ada dua persoalan utama, iaitu Muslimah azan khusus untuk golongan wanita dan permasalahan lainnya ialah azannya wanita untuk orang ramai, terutama lelaki. Daripada hadis di atas, Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari-nya mengemukakan pendapat azan hanya ditujukan untuk golongan lelaki. Karena itu, majoriti ulama sepakat bahawa seorang wanita tidak boleh azan ataupun ikamat untuk jamaah lelaki. Pendapat ini masyhur dipakai oleh empat mazhab fikih terkemuka, iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali. Dengan demikian, seseorang wanita tidak diperbolehkan azan untuk jamaah lelaki. Sebuah riwayat daripada Abdullah bin Umar yang dinukil oleh Baihaqi juga menyebutkan bahwa sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w, tidak ada azan dan ikamat bagi kaum wanita. Berdasarkan pada hadis ini, para penganut Mazhab Hanbali dan Maliki berpendapat bahwa tidak ada azan dan ikamat bagi kaum wanita. Adapun menurut Mazhab Syafi’i, tidak ada larangan pengumandangan azan oleh dan untuk jamaah wanita. Namun demikian, Ahmad bin Hanbal berpendapat tidak ada larangan wanita azan. Mereka juga boleh dengan keinginan sendiri meninggalkan azan.
 
Kini timbul pula persoalan, bolehkah wanita mengimami solat berjamaah? Jumhur ulama mengatakan solat yang diimami oleh wanita adalah tidak sah. Namun pejuang emansipasi wanita (kononnya) menganggap ini suatu diskriminasi!

 


Macam-macam...

No comments:

Post a Comment