29 January, 2013

Rahmat Allah mengatasi kemurkaan-Nya...



Ingatlah;

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Allah s.w.t berfirman, “Wahai anak adam! Seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa hampir sepenuh isi bumi lalu kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku pun akan mendatangimu dengan keampunan sebesar itu pula.” (Hadis Riwayat Tirmidzi).

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Tatkala Allah menciptakan seluruh makhluk, Allah menulis di dalam kitab-Nya, yang kitab itu berada di sisi-Nya di atas Arsy, yang isinya adalah: Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan kemurkaan-Ku.” (HR. Bukhari [3194] dan Muslim [2751])

Puisi Sheikh Yusuf al-Qardhawi


Demi Allah!
Kezaliman tidak mungkin mengalahkan dakwah walaupun sehari
Sejarah membuktikan benarnya sumpahku ini
Ikatlah tanganku dengan besi berduri
Pukullah tulangku dengan tongkat dan tali
Tetaklah tengkukku dengan pisau belati
Tidak mungkin mereka berjaya membelenggu fikrahku walaupun sedetik
Atau mencabut imanku dan memadam cahaya keyakinanku
Cahaya itu berada di dalam qalbuku
Dan qalbuku berada di dalam genggaman Tuhanku
Tuhanku penolongku dan pembantuku
Aku akan terus hidup bergantung pada tali imanku
Dan mati dengan senyuman
Demi agamaku nan hidup dan berkembang

 

Gempar: Dr. Said Ramadhan Al-Buthi Berpihak Kepada Rejim Bashar Al-Assad?

Jangan hairan, jika ada "ulama" yang terus menerus menyokong sesuatu pemerintahan yang zalim kerana ulama terkenal Dr. Said Ramadhan juga dikatakan terus menyokong Bashar al-Assad.

JAKARTA (voa-islam.com) - Siapa yang tidak kenal kepada Dr. Said Ramadhan Al-Buthi, ulama yang telah menyelesaikan pengajian di peringkat PhD di Universitas Al-Azhar Kairo ini. Dia juga telah menulis puluhan kitab ilmiah. Antaranya yang paling dikenal adalah Fiqhus Sirah yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia menjadi Sirah Nabawiyah. Namun, amat dikesalkan beberapa waktu lalu kita mendengar kabar bahwa Dr. Said Ramadhan Al-Buthi secara terang-terangan menyokong diktator zalim Bashar Al-Assad.



Benarkah demikian? Ternyata berita tersebut benar adanya, hal itu disampaikan oleh Syaikh Khatib As-Suri, ketika menjadi salah seorang pemidato dalam pemungutan dana yang digelar #ITJ Chapter Jakarta, di Masjid Al-Furqon, DDII Jakarta Pusat.

Berkaitan dengan Syaikh Dr. Said Ramadhan Al-Buthi, beliau sememangnya seorang yang alim dalam bidang ilmu fiqih, Ushul Fiqih dan Tafsir. Walau bagaimanapun, Dr. Said Ramadhan Al-Buthi hingga kini pada kenyataannya masih jelas menyokong rejim Bashar Al-Assad,” kata Syaikh Khatib As-Suri di hadapan kaum muslimin yang hadir, pada hari Ahad (27/1/2013).

Namun demikian, Syaikh Khatib menerangkan bahwa teladan umat Islam adalah Rasulullah s.a.w bukan Dr. Said Ramadhan Al-Buthi. “Qudwah (teladan) kita adalah Rasulullah s.a.w bukan Al-Buthi, Syafi’i, Hanafi, Hambali. Allah berfirman: لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (Q.S. Al-Ahzab: 33).

Seorang ‘alim, tidak dikatakan ‘alim kecuali dia berjalan sesuai yang dituliskan dalam As-Sunnah. Meskipun Dr. Said Ramadhan Al-Buthi seorang ‘alim, akan tetapi hanya Allah yang memberikan petunjuk dan kesesatan kepada siapa yang dikehendakiNya,” jelas beliau.

Meskipun seorang Dr. Said Ramadhan Al-Buthi menyokong Bashar Al-Assad, namun masih banyak ulama kelas dunia lainnya yang menentang Bashar Al-Assad. “Mungkin hanya Buthi seorang, atau ada mufti Suriah yang menyokong Assad, tetapi ribuan ulama Syam, seperti Dr. Wahbah Zuhaili, Dr. Musthafa Dieb Al Bugha, para qari dan hafizhul Qur’an saat ini Sembilan puluh sembilan peratus semuanya tidak ada yang berpihak kepada Bashar Al-Assad bahkan menentangnya,” kata Syaikh Khatib.

Beliau juga tidak menafikan, jika dukungan Dr. Said Ramadhan Al-Buthi disebabkan oleh tekanan rejim Bashar Al-Assad. “Barangkali, Dr. Al-Buthi takut, atau mungkin rejim Bashar Al-Assad menjadikan keluarga atau anak Dr Said Al-Buthi sebagai tebusan, atau mengancamnya sehingga jika ia menentang maka akan dibunuh. Hal ini sebagaimana terjadi terhadap mufti suriah yang dibunuh anaknya.

Sungguh, hal ini sangat menyakitkan,” ungkapnya. Saat ini kekafiran Bashar Al-Assad amat jelas sejelas matahari di siang hari, dia telah membunuh ribuan kaum muslimin Namun, sekali lagi ia menegaskan bahawa teladan kaum Muslimin adalah Rasulullah s.a.w, bukan Dr. Said Ramadhan Al-Buthi. Dan faktanya jelas, bahwa rejim Bashar Al-Assad tidak patut disokong karena kekafirannya dan telah membunuh ribuan kaum muslimin. Sebab darah seorang muslim lebih berharga di sisi Allah meskipun ka’bah itu hancur,” sambunhnya [Ahmed Widad].



Masya-Allah...

Nyaris tertipu oleh pegawai "BNM"...

Petaling Jaya: Seorang kerani wanita di Medan Maju Jaya, di sini, nyaris menjadi mangsa penipuan sindiket penyamaran pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur apabila diperdaya membuat pindahan wang dari akaun bank mangsa kononnya simpanannya itu akan dibekukan untuk siasatan satu kes mahkamah.


Menurut sumber, mangsa berusia 46 tahun mendakwa menerima panggilan dari pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi memaklumkan dia mempunyai surat dari mahkamah yang tidak dituntut dan memintanya menunggu panggilan dari IPK Kuala Lumpur, 21 Januari lalu. “Mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Johnson Tan sebelum pegawai polis itu memberitahu mangsa tidak menghadirkan diri dalam satu kes mahkamah.

“Pegawai polis itu memaklumkan mangsa terbabit kes berkaitan sindiket wang palsu dan diminta menunggu panggilan pihak BNM untuk arahan selanjutnya,” katanya. Katanya, tidak lama kemudian mangsa dihubungi seorang lelaki dari BNM yang memperkenalkan diri sebagai Encik Tan dan memberitahu akaun bank mangsa sudah disekat serta tidak boleh melakukan urusan keluar dan masuk duit.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit menawarkan bantuan bagi mengelak akaun atau wang mangsa daripada dibekukan atau dirampas dan memperdaya mangsa membuat pindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank yang dibekalkan sindiket. “Lelaki terbabit meminta mangsa pergi ke bank berhampiran untuk melakukan pemindahan wang selain memberikan satu akaun atas nama seorang lelaki tidak dikenali,” katanya. Namun, mangsa mengesyaki ia perbuatan sindiket penipuan dalam talian sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya.

AWAS dengan sindiket penipuan seperti ini!

Sumber berita: MyMetro


 
Hubungi pihak berwajib seperti Bank Negara Malaysia LINK (+60(3) 2698 8044 sambungan 8950 / 8958) atau pihak polis jika perkara seperti ini berlaku kepada diri anda...

Anak Khulafah ar-Rashidin tidak sama dengan anak menteri UMNO...

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari, anak Khalifah Umar Al-Khattab pulang dari sekolah sambil menangis. Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: "Teman-temanku di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku. Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal-tampal seperti ini".



Mendengar pengaduan anaknya itu menimbulkan rasa kasihan dalam hati Umar terhadap anaknya. Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang empat dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.
Maka Bendahari negara itu mengirimkan surat jawapan yang berbunyi:

"Wahai Umar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan? Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu? Apa yang akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah S.W.T ?"

Membaca surat itu maka Umar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya:

"Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi".

Bersedih hati itu tidak mendatangkan manfaat, justeru itu ia dilarang dalam agama sebagaimana telah ditegaskan dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu)." (Surah Ali Imran: 139).

Tetapi, lain pula ceritanya dengan anak Menteri Malaysia...





 
Ish-ish-ish...

Pengantin Baru bertempur di barisan hadapan Syria...

Aleppo, Syria - Mahmoud al-Halabi pernah menjadi pemandu kepada salah seorang isteri menteri di Syria. Nour al-Hassan pula pernah menjadi pendandan rambut gaya baharu. Semasa meningkatnya penentangan di Syria, mereka dipertemukan apabila kedua-duanya menjadi pejuang di medan pertempuran Aleppo dengan tentera Presiden Bashar al-Assad.

Mahmoud al-Halabi dan Nour al-Hassan berkahwin selepas setahun mereke berkenalan [Basma Atassi/Al Jazeera]

Mahmoud, 28 tahun, pemberontak yang berada di barisan hadapan di sempadan Sheikh Saeed, tiga tahun lalu dipecat sebagai pemandu. Beliau dipenjara dan disiksa oleh regim Bashar selama setahun dan memaksanya meninggalkan Syria. Kesalahan yang dilakukannya hanyalah kerana jatuh cinta dengan anak perempuan seorang menteri. Beliau berhijrah ke Lybia, di mana beliau meneruskan minatnya dalam bidang seni ukir.  Tetapi apabila revolusi Libya berlaku pada bulan Februari 2011, beliau menyertai kawan-kawannya menentang tentera Muammar Gaddafi. "Di sinilah mulanya saya mempelajari kemahiran berperang yang sekarang saya gunakan menentang Assad," kata Mahmoud kepada Al Jazeera di Sheikh Saeed.

Nour, 22, pula seorang penggaya rambut di sebuah salon di tengah-tengah Aleppo. Beliau merupaka anak kepada seorang pegawai kanan Kerajaan dalam pemerintahan Parti Baath.

Teruskan pembacaan di sini





Jodoh pertemuan di Tangan Allah....