Amin yang seringkali dilafazkan setelah membaca surah al-Fatihah ketika solat mempunyai 4 perbezaan sebutan dan makna seperti yang berikut :
1. Amin , أَمِيْنٌ (a: pendek, min: pendek), ertinya ‘orang yang amanah atau terpercaya’
2. Aamin, أٰمِنْ (a: panjang, min: pendek), ertinya ‘berimanlah’ atau ‘berilah jaminan keamanan’.
Ketika solat, kita tidak boleh membaca Amin dengan dua cara baca di atas.
3. Aamiin, آمِّيْنَ (a: panjang 5 harakat, mim: bertasydid, dan min: panjang), ertinya ‘orang yang bermaksud menuju suatu tempat’.
Menurut Al Wahidi, sebahagian ulama' yang membolehkan membaca Amin dalam solat dengan bentuk bacaan seperti ini. Pun begitu Imam An Nawawi mengatakan bahawa pendapat ini sangat aneh. Manakala kebanyakan ahli bahasa menganggapnya sebagai kesalahan pengucapan orang awam. Beberapa ulama mazhab Asy Syafie mengatakan, ‘Siapa saja yang membaca Amin dengan cara ini dalam solatnya maka solatnya batal.’ (At-Tibyan fi Adab Hamalatil Qur’an, muka surat 134)
4. YANG BETUL ialah Aamiin , أٰمِيْنَ (a: panjang 2 harakat kerana mengikuti mad badal, min: panjang 4–6 harakat kerana mengikut mad ‘aridh lis sukun, dan nun dibaca mati), ertinya ‘kabulkanlah’. Inilah bacaan Amin yang benar.Sumber: Di sini
Jika ditinjau dari segi penulisan, bagaimana pula jika amin ditulis dengan amien?
Sebaik mungkin cuba hindari atau jangan sekali menulis dengan kata amien. Kerana kata amien diucapkan oleh penyembah berhala. Jadi, penulisan yang benar adalah aamiin (ya Allah kabulkanlah doa’ku).
Sumber: Islam Pos.
Aamiin...
No comments:
Post a Comment