Bemula malam ini dan sepanjang hari esok kita disunatkan memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari. Mungkin antara kita atau kebanyakan kita memandang perkara ini remeh sedangkan ia merupakan sunnah dan menghidupkan sunnah dijanjikan Allah suatu ganjaran pahala yang besar.
Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Siapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid”. (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani daripada Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.
Dalam aspek memotong kuku, umpamanya ramai daripada kita membuatnya sambil lewa— mulai daripada tangan kiri atau kanan, langsung tidak berperaturan dan memandang kecil perkara itu.

Walhal, dalam beberapa perkara hukum Islam, kuku tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Misalnya ketika seseorang dalam keadaan ihram haji atau umrah, mereka akan dikenakan denda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sahnya wudu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku. Beberapa permasalahan lainnya, yang berhubungan dengan kuku dari segi hukum, hikmah memotong kuku, memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan dalam artikel yang akan datang.
1. Hukum dan Hikmah Memotong Kuku: Memotong kuku adalah amalan sunnah. Sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat ‘Aisyah r.a.: “Sepuluh perkara yang termasuk fitrah (sunnah): memotong misai, memelihara janggot, bersikat, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: “berkata Mus’ab: “Aku lupa yang kesepuluh kecuali berkumur-kumur.” Sekali lagi ini adalah bentuk menghilangkan segala kotoran yang melekat di celah-celah kuku, apa lagi jika kuku dibiarkan panjang.
2. Cara dan Benda Untuk Memotong Kuku: Menurut Imam an-Nawawi, sunnah memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya dan dimulai daripada jari kelingking lalu sampai pada ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelingking ke ibu jari. Sementara alat untuk memotong kuku hendaklah menggunakan gunting, pisau atau benda khas yang tidak menyebabkan mudarat pada kuku atau jari seperti alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku, sebaiknya segera membasuh tangan dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru anggota badan, dikhuatirkan akan menyebabkan penyakit kusta. Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan menggunakan gigi juga akan menyebabkan penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku: Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin Malik: “Telah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.” “Adapun menurut Imam asy-Syafi’e dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunnah memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersikat, memakai wangi-wangian, berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Juma’at,” (Hadis riwayat Muslim)
4. Menanam Potongan Kuku: Sebagaimana disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa Ibnu ‘Umar r.a. menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas dan Junub: Menurut kitab Al-Ihya’, jika seseorang dalam keadaan junub atau berhadas besar, janganlah dia memotong rambut, kuku atau memotong sesuatu yang jelas daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku dan Mewarnainya ( Cutex): Tabiat memanjangkan kuku dan membiarkannya tanpa dipotong adalah perbuatan yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau menggalakkan supaya kita memotong kuku. Jika dibiarkan kuku itu panjang, niscaya banyak perkara-perkara yang membabitkan hukum seperti wudu, mandi wajib dan sebagainya. Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex), perempuan yang bersuami adalah haram mewarnai kuku jika suaminya tidak mengizinkan. Sementara perempuan yang tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai kuku. Demikian juga jika pewarna itu diperbuat daripada benda najis kerana akan menghalang daripada masuknya air ketika berwudu.
Sumber: Indahislam
Diterjemah dan disunting oleh Mybabah.

Mari kita hidupkan sunnah yang terabai...
No comments:
Post a Comment