HEBAT: Selepas Daftar 2 Hari Dapat Kontrak 7 Tahun
TEMERLOH: Syarikat YP Maintenance Sdn Bhd yang dimiliki Johari Harun dan Syufina Yaakob mencipta sejarah apabila mendapat kelulusan kontrak untuk menyelenggara jalan seluruh negeri Pahang selama tujuh tahun hanya selepas 2 hari ditubuhkan. Mengikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, syarikat YP Maintenance didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan nombor pendaftaran 1033787. (Surat kelulusan kontrak tujuh tahun dari kerajaan negeri Pahang kepada YP yang diluluskan pada 6 Februari 2013) “Ini bermakna syarikat itu dianugerahi projek sebegitu besar pada usia 2 hari. Ini jelas satu salah guna kuasa dan cara merompak duit rakyat sinomim dengan budaya kerajaan Umno-BN yang diketahui umum,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut carian SSM, terdapat dua ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Johari Harun (No KP: 700120-06-5739) yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob (No KP 800912-02-5514) yang beralamat di Batu Caves. (SSM3.jpg) Tidak dapat dipastikan samada mereka khasnya Syufina Yaakob mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Semakan Harakahdaily dengan laman web SPR mendapati, Johari Harun mengundi di Janda Baik, Ketari di bawah parlimen Bentong, kawasan datuk Adnan Yaakub. Namun begitu semakan terhadap nama Syufina berdasarkan no kad pengenalannya mendapati tidak ada sebarang rekod dinyatakan. Sebelum ini, Harakahdaily mendedahkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang bersidang pada 6 Februari 2013 telah menganugerahkan kontrak berkenaan kepada YP Maintenance. Kontrak 7 tahun itu diketahui umum dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang Datuk Ir Haji Rosman Haji Yahya bertarikh 27 Februari 2013. (lihat SSM4.jpg).
Teruskan pembacaan di sini.
Jika tidak takut laknat Allah, undilah UMNO @ BN...
Padan muka orang melayu...undilah lagi UMPORNO laknat ni...dah tahu UMPORNO menyeleweng, pilih kasih, rasuah dll yg sama waktu dng nya...duk pilih UMPORNO lagi...!!Aduhai bangsaku..bila lah kita nak berubah menjadi bangsa yg berpemikiran tinggi dan matang!!??
ReplyDelete