SESUNGGUHNYA mayat di dalam kubur, akan melalui beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa mulai pada malam pertama masuk ke alam kubur sehingga 25 tahun setelahnya.
Malam pertama di kubur tubuh badan mula membusuk dan ia dimulai daripada perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang dijagai oleh anak cucu Adam di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kubur. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah pelbagai solekan, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, rupa-rupanya tubuh manusia hanya akan memiliki satu warna saja.
Malam kedua di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh lain membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan rusuk.
Malam ketiga di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk yang melampau.
Seminggu selepas itu, wajah mulai tampak membengkak, begitu juga dua mata, kedua bibir dan pipi.
Selepas 2 minggu, rambut mulai gugur.
Selepas 15 hari, lalat hijau mulai dapat mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuh.
Selepas 6 bulan yang tinggal hanya rangka tulang saja.
Selepas 25 tahun, rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil yang disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Daripada tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah. Oleh sebab itulah, jangan gunakan jasad ini secara sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.
(AR/Dr.Zuhair Rabih (Anggota Haiah I’jazul Ilmi, Makkah al-Mukarromah)/
Sumber: Majalah Qiblati Edisi 06, Tahun V, 03-1431H/03-2010M, Hal.46-47]

Masya-Allah!
Ya Allah, Ya Rahman,
ReplyDeleteAmpunkan Kami, Ampun Kami, Ampunkan Kami,
Ampunkan Ibu-Bapa Kami, Ampunkan Anak cucu Kami, Ampunkan Adik-beradik kami, Ampunkan Rakan-rakan dan musuh kami,
Sesungguhnya kami dilupakan oleh kenikmatan dunia, oleh pekerjaan kami yang tak habis2, oleh komputer-Internet kami, oleh isu politik2, oleh TV dan radio, oleh suratkhabar, oleh bermain2 dgn anak2 dan isteri kami.
Ya Allah yang menerima taubat. Kami jarang bertaubat kepadaMu. Boleh kira dengan jari Ya Allah.
Tidak guna bercucuran air mata darah kami kiranya taubat kami engkau tidak terima. Tidak layak kami memakan rezekiMu Ya Allah, kiranya taubat kami engkau tidak terima.
Lembutkan hati kami supaya nafsu amarah kami terkawal, buangkanlah nafsu dengki-mendengki antara kami agar hati kami mudah menerima ilmuMu.
Ya Allah Ya Muntaqim, Kau hancurkanlah tentera sekutu Basyar Al-Assad dan musuh-musuh Kau di dunia ini. Kau lindungilah orang-orang Islam yang memohon perlindunganMu dari musuh2mu baik musuh yang nyata mahupun musuh dari Syaitan dan Jin.
Ya Allah Ya 'Alim. Kau tahu Syaitan dan Iblis telah menjanjikan permusuhan di kalangan manusia, maka kau bantulah kami Ya Allah, agar kami tidak bermusuh antara kami orang-orang mukmin lagi.
La hau la wala quwata ila billah.
Selawat, Salam dan Keselamatan ke atas Rasulullah S.A.W. dan keluarga beliau sehinggalah ke anak-cucu dan keturunan Rasulullah S.A.W.
Amin Ya Rabbal A'lamin.