Bolehkah kita membaca al-Fatihah di dalam hati ketika solat, iaitu tanpa menggerakkan bibir?
Jawaban:
Oleh: Ust. Badrul Tamam
Alhamdulillah, segala puji milik Allah dan salawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga dan para sahabatnya.
Salah satu rukun solat adalah membaca surat al-Fatihah. Ia dibaca pada setiap rakaat solat sama ada pada solat fardu atau solat sunat, solat jahar dan solat sirr. Kewajiban ini difardukan kepada imam, makmum, ataupun yang solat sendirian - sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab as-Solah- berbeza dengan pendapat para fuqaha yang terdahulu maupun sekarang yang tidak mewajibkannya atas makmum. Alasan mereka, bahawa bacaan imam adalah bacaan makmum. Dan pendapat yang paling benar –wallahu a'lam- adalah pendapat imam al Syafi'e, Imam al-Bukhari, jama'ah ahli hadis, dan selainnya, iaitu imam dan makmum wajib membaca surat al-Fatihah baik dalam solat jahriyah maupun shalat sirriyah.
Kesimpulan di atas adalah berdasarkan pada hadis Ubadah bin Shamit, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca surah al-Fatihah.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah)
Juga hadis daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلَاةً لَمْ يَقْرَأْ فِيهَا بِأُمِّ الْقُرْآنِ فَهِيَ خِدَاجٌ ثَلَاثًا غَيْرُ تَمَامٍ فَقِيلَ لِأَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّا نَكُونُ وَرَاءَ الْإِمَامِ فَقَالَ اقْرَأْ بِهَا فِي نَفْسِكَ “Barangsiapa yang mengerjakan solat dan tidak membaca Ummul Qur’an (al-Fatihah) di dalamnya, maka solat mereka terputus – baginda mengucapkannya tiga kali- dan tidak sempurna.
Ubadah bin Shamit r.a. berkata, “Kami solat Subuh di belakang Rasulullah s.a.w. lalu baginda membaca ayat dan kelihatannya beliau mendapat kesulitan dalam membacanya. Setelah selesai beliau bertanya, “barangkali kalian ikut membaca di belakang imam kalian?” Kami menjawab, “benar, dengan suara lembut wahai Rasulullah.” Baginda bersabda:
لَا تَفْعَلُوا إِلَّا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ فَإِنَّهُ لَا صَلَاةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِهَا
Janganlah lakukan, kecuali membaca al-Fatihah, karena tidak sah solat bagi orang yang tidak membacanya.” (HR. Abu Dawud, hadis ini dicantumkan imam al Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: IV/123) dan hadis-hadis lain yang semakna dengannya. Perlu dicatat di sini, sesiapa yang mengambil pendapat ini tidak boleh menyalah-nyalahkan dan mencela orang yang berbeza pendapatnya. Kerana masalah ini adalah majal khilaf. Tidak boleh menjadikan khilaf ulama dalam masalah ini sebagai alat untuk mengobarkan kebencian, perpecahan, dan permusuhan sesama muslim.
Hakikat membaca tidaklah disebut membaca kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir sehingga keluar suara walau hanya terdengar oleh orang yang membaca sahaja. Sedangkan orang yang membaca dalam hatinya, tidak lah disebut qari' (orang yang membaca). [Baca: Membaca Al-Quran Tanpa Gerakkan Lisan, Apa Ditulis Pahala Membaca?]
Jadi, haruslah ada suara yang keluar untuk disebut membaca. Dan itu tidak akan muncul kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir. Kecuali orang bisu. Ia beruzur untuk melakukan itu.Cukup baginya beramal sesuai kemampuannya dan berusaha keras sehingga ia tahu telah sampai pada yang dimaksudnya. Yang diperintahkan dalam solat adalah membaca. Tidaklah disebut membaca kecuali dengan melafazkannya. Ini tidak boleh kecuali dengan menggerakkan lisan dan kedua bibir. Yang diperintahkan dalam solat adalah membaca, “Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi, Nasai dan Ibnu Majah). Tidaklah disebut membaca kecuali dengan melafazkannya. Sehingga tidak boleh seseorang mencukupkan dengan hatinya saat membaca Al-Fatihah dalam solatnya. Bererti ia tidak mengerjakan rukun daripada rukun shalat. Wallahu ta'ala a'lam. [PurWD/voa-islam.com]

Sumber artikel di sini.
Bacalah dengan nama Tuhanmu...
salam tuan, moga sihat dan ceria selalu =)
ReplyDeleteterima kasih perkongsian ilmu yang bermanfaat. Penting untuk kewajipan kita sehari2 =)
assalamualaikum.. nak tanye... sy menunaikan solat zuhur berjemaah di masjid.. tp imam membaca alfatihah di dalam hati bukannye suara lantang seperti selalu imam di masjid lain yang makmumnye menjawab amin... apakah solat itu batal? wassalam..
ReplyDelete