08 February, 2013

Juruterbang Jet Tempur Rejim Syria Belot...

ISTANBUL, TURKI (voa-islam.com) - Seorang juruterbang pesawat tempur rejim Syria menggunakan jet tempurnya untuk menggempur para anggota tentera bersenjata propemerintah di pusat kota Hama setelah membelot daripada pasukan pemerintah, pejuang Syria dan pejabat berita Turki melaporkan kelmarin (6 Februari 2013).


 "Sebuah jet tempur Syria menyerang tempat tentera bersenjata Syi'ah shabiha berkumpul di Al Safsafeyeh dan Salhab, mengakibatkan banyak kematian di kedua-dua desa," kata Dewan Komando Revolusionir Hama, bahagian daripada kedudukan bersenjata Syria, tentang serangan udara tersebut, yang dilaporkan terjadi pada hari Isnin (4 Februari 2013), yang dilaporkan melalui Twitter kelmarin.

Pejabat berita Turki yang dikendalikan oleh negara Anadolu kelmarin mengutip seorang komandan pejuang Syria di Hama bernama Ahmed Abu Mustafa mengatakan juruterbang tersebut telah membelot daripada angkatan udara rejim Bashar Al-Assad dengan pesawatnya. Komandan itu mengatakan jet tempur tersebut menyerang kedudukan tentera Syi'ah shabiha di Al Safsafeyeh dan "puluhan orang" mati dan atau terluka, Anadolu melaporkan. Al Safsafeyeh digambarkan sebagai sebuah desa di mana kebanyakan warganya merupakan anggota suku minoriti Alawit, tempat asal kelahiran Bashar Al-Assad dan banyak anggota pimpinan Syria.



Tidak ada yang mengetahui tentang dari mana jet itu datang dan ke mana pesawat tempur tersebut terbang setelah serangan dilaporkan. Tidak ada pengesahan untuk laporan tersebut. Jika benar, itu merupakan yang pertama sejak pemberontakan di Syria bermula hampir dua tahun yang lalu. Kekuatan udara rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad dikatakan hebat ketika mereka memerangi penentangan pemberontak di beberapa bahagian negara. Menurut Veysel Ayhan, Pengarah International Middle East Peace Research Center (IMPR), beberapa juruterbang angkatan udara Syria telah membelot ke negara lain sejak pemberontakan bermula pada bulan Mac 2011, namun belum ada kes yang diketahui tentang serangan udara seperti ini. "Saya rasa ini yang pertama kalinya," kata Ayhan.



 
Semoga Allah segera memerdekakan Syria daripada rejim zalim...

1 comment: