31 January, 2013

Sinis: Islam Bermula Di Tanah Arab, Disebarkan Di Barat dan Mati Di Tanah Melayu

Pandangan sinis Ustaz Emran Ahmad terhadap Melayu dalam artikel ini, walaupun sedikit agak keterlaluan tetapi ada mutiara di dalamnya. Sila teruskan pembacaan.

Apabila Islam diturunkan ke dalam masyarakat Arab, ia disebarkan oleh pendakwah Arab ke hampir 1/3 pelusuk dunia. Tidak perlu ustaz dan ulama' untuk melakukan perkara itu, cukup pedagang-pedagang Arab yang membawa dakwah Islam ke China, India dan Tanah Melayu. Seterusnya Islam tersebar ke Eropah dan kitab-kitab, termasuk al-Quran dicetak serta diedarkan sehingga masyarakat barat berebut-rebut membacanya dan menyebarkan isinya. Sehingga kini di Amerika Syarikat sahaja dianggarkan lebih 2.6 juta rakyatnya memeluk Islam dan jumlah itu berkembang dengan pesat. Itu belum mengambil kira perkembangan Islam di United Kingdom, Perancis, Kanada, Australia dan negara-negara lain.

Melayu suka menjadikan al-Qur'an sebagai hantaran perkahwinan

Hanya satu kawasan sahaja di dunia ini yang berjaya menyekat kemaraan dakwah Islam dan berhasil membuatkan orang yang sudah Islam menjadi murtad, iaitu di Malaysia. Di tangan orang Melayu, Al-Quran 'diperam' menjadi hak milik bangsa Melayu sehingga tidak boleh dipegang oleh orang bukan Islam, tidak boleh dibaca oleh orang bukan Islam dan Islam dijadikan agama khusus hanya untuk orang Melayu.


Melayu suka membaca al-Qur'an di atas kuburan

Ingatlah, Islam itu seperti air yang mengalir, ia memberi manfaat dan menyucikan. Namun jika disekat dan dikepong, air itu akan bertakung menjadi kotor kerana tidak mengalir, sampah akan berkumpul dan mengeluarkan bau yang busuk dan menjelekkan

...PECAHKAN kepungan!

...PECAHKAN takungan!

...Biarkan ISLAM itu mengalir barulah airnya akan jernih dan kembali suci!



Saudara saya Firdaus Wong Wai Hung dan mereka yang menyeru dakwah kepada non-Muslim selalu tertekan dengan sikap Melayu yang cuba mahu mengongkong Islam dan mengepungnya sehingga ia menjadi air yang busuk dan memualkan!

p/s Ustaz Emran Ahmad adalah Muslim berbangsa Melayu....



Sumber: Di sini





Wallahualam...

No comments:

Post a Comment