11 January, 2013

Singkirkan Tanda Sujud Di Dahi

Hitam di dahi bekas sujud sebaiknya dihindari dengan tatacara dan posisi sujud yang betul.

Allah berfirman dengan mafhumnya: “Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku’ dan sujud mencari kurnia Allah dan keredaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud” (QS al Fath:29). 

Banyak orang yang salah faham dengan maksud ayat ini. Ada yang menjangka bahawa dahi yang hitam karena sujud itulah yang dimaksudkan dengan ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud’. Padahal bukan demikian yang dimaksudkan.

Tanda hitam bekas sujud 

Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan daripada Ibnu Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan ‘tanda mereka…” adalah perilaku yang baik. Diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang kuat daripada Mujahid bahawa yang dimaksudkan dengan tanda itu adalah kekhusyukan. Juga diriwayatkan oleh Thabari dengan sanad yang hasan daripada Qatadah, beliau berkata, “Ciri mereka adalah salat” (Tafsir Mukhtashar Shahih hal 546). 

Daripada Salim Abu Nadhr, ada seseorang datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, “Siapakah anda?”. “Aku adalah anak asuhanmu”, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, “Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bersahabat dengan Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Usman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku?” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3698).

Dalam lakonan, dahi hitam melambangkan orang alim dan warak

Daripada Ibnu Umar, beliau melihat ada seseorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau burukkan penampilanmu!” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3699).

Daripada Abi Aun, Abu Darda’ melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat ‘kapal’ semisal ‘kapal’ yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, ‘Seandainya bekas itu tidak ada pada dirimu tentu lebih baik” (Riwayat Bahaqi dalam Sunan Kubro no 3700). 

Daripada Humaid bin Abdirrahman, aku berada berhampiran as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, “Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah salat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).

Daripada Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud firman Allah, ‘tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka daripada bekas sujud’ apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah? Jawaban beliau, “Bukan, bahkan ada orang yang ‘kapal’ yang ada di antara kedua matanya itu bagaikan ‘kapal’ yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang liar (bejat). Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan” (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3702). 

Tanda hitam di dahi juga disangka tanda kebenaran...

Bahkan Ahmad Ash-showi menyatakan, “Bukanlah yang dimaksudkan oleh ayat adalah sebagaimana perbuatan orang-orang bodoh dan tukang ria’ , iaitu tanda hitam yang ada pada dahi karena hal itu adalah ciri khas khawarij (baca: ahli bid’ah)” (Hasyiah ash Shawi 4/134, Dar al Fikr).

Daripada al Azroq bin Qois, Syarik bin Syihab berkata, “Aku berharap jika bertemu dengan salah seorang sahabat Muhammad yang boleh menceritakan hadis tentang Khawarij kepadaku. Suatu hari aku berjumpa dengan Abu Barzah yang berada bersama satu rombongan para sahabat. Aku berkata kepadanya, “Ceritakanlah kepadaku hadis yang kau dengar daripada Rasulullah tentang Khawarij!”. Beliau berkata, “Akan kuceritakan kepada kalian suatu hadis yang didengar sendiri oleh kedua telingaku dan dilihat oleh kedua mataku. Sejumlah wang dinar diserahkan kepada Rasulullah lalu beliau mengagihnya. Ada seorang yang botak kepalanya dan ada hitam bekas sujud di antara kedua matanya. Dia mengenakan dua lembar kain berwarna putih. Dia mendatangi Nabi dari arah sebelah kanan dengan harapan agar Nabi memberikan dinar kepadanya namun itu tidak berlaku. Dia lantas berkata, “Hai Muhammad, hari ini engkau tidak membahagikan harta dengan adil”. Mendengar ucapannya, Nabi marah besar. Baginda bersabda, “Demi Allah, setelah aku meninggal dunia kalian tidak akan menemukan orang yang lebih adil dibandingkan diriku”. Demikian baginda ulangi sebanyak tiga kali. Kemudian baginda bersabda, “Akan keluar dari arah timur orang-orang yang seperti itu penampilan mereka. Dia adalah bagian daripada mereka. Mereka membaca al Qur’an namun al Qur’an tidaklah melepasi tenggorok mereka. Mereka lari daripada agama sebagaimana anak panah terlepas daripada binatang sasarannya setelah menembusinya kemudian mereka tidak akan kembali kepada agama. Ciri khas mereka adalah botak kepala. Mereka akan selalu muncul” (HR Ahmad no 19798, dinilai sahih li gharihi oleh Syeikh Syu’aib al Arnauth).

Oleh itu, sujud hendaklah dilakukan dengan betul - jangan terlalu berlebih-lebihan sehingga hampir seperti orang yang telungkup. Tindakan inilah yang sering menjadi sebab timbulnya bekas hitam di dahi.

 



Mybabah juga sedang dalam usaha menyingkirkan tanda itu pada dahi Mybabah...

8 comments:

  1. Tak penah pulak aku dengar tanda hitam di dahi tu org sujud konon kuat solat. Kalau terhantuk tu camna pulak? Takkanlah solat smpi bertanda pulak dahi.Org kafir pun boleh buat. Nak tahu org tu benar2 beriman kena tengok ada "Nur" tak kt mukanya. Bkn letak pd dahi!!!

    ReplyDelete
  2. Tanda sampah.,

    islam ccd .l.

    ReplyDelete
  3. Tanda hitam itu bukan sebab sujud tetapi sebab amal ibadah yang bersifat ujud diri. cara menghilangkannya hanyalah bertaubat dan perbanyakkan ibadah pada waktu tahjud. wallahuaqlam.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...terima kasih atas infonya..kebanyakkan kita dengar ceritanya begitulahkan, dan sekarang sama2 kita fahami..maksud sebenar

    ReplyDelete
  5. Kalau sejadah...surau tu kasar yg memmang kalau sujud...berbekas dkt dahi

    ReplyDelete
  6. Hindarilah hindarilah hindarilah

    ReplyDelete
  7. Sy jadi malu dgn bekas di dahi.. Krn kulit sy mmg sensitif... Terpaksa sorok dr dipandang org... Tiada lg doa di sujud akhir utk elak dahi lebam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati hati sahabat..meninggalkan sebahagian amalan baik hanya untuk menghindari kata-kata manusia pun termasuk riya'..sekadar pandangan..

      Delete