Abu Hurairah meriwayatkan daripada Nabi s.a.w bahawa ada seorang lelaki yang ingin menziarahi sahabatnya yang menetap di sebuah kampung yang lain. Maka Allah s.w.t telah menghantar malaikat ke jalan yang dilaluinya untuk memerhatikan lelaki itu. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggu oleh malaikat itu, malaikat bertanya:"ke mana kamu ingin pergi?" Jawab lelaki itu jujur: "Aku ingin bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya lagi: "Adakah bagi kamu ada apa-apa nikmat yang akan kamu peroleh daripadanya?" Lelaki itu menjawab: "Tidak. Aku menziarahinya hanya kerana aku menyayanginya kerana Allah. Berkata malaikat: "Sesungghnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu kerana-Nya." (Riwayat Muslim)
Orang yang ikhlas bersahabat kerana Allah tidak menaruh apa-apa kepentingan peribadi daripada hubungan persahabatan yang terbina. Bukanlah harta dan pangkat yang dicari walaupun sahabat mampu memberiakan kelebihan seperti itu. Namun mereka yakin hakikat persahabatan yang baik itu hanya Allah yang mampu memberi ganjaran yang terbaik.
Ya Allah, kurniakan aku sahabat-sahabat yang beriman kepada-MU...
No comments:
Post a Comment