30 January, 2013

Lebih dari 100 Jenazah Syuhada Ditemui di Sungai Quwaiq, Aleppo...

Hidayatullah.com: 30 Januari 2013
Kelmarin, lebih 100 jenazah syuhada Syria dijumpai di Sungai Quwaiq, Aleppo (Halab), di utara Syria. Sebahagian besar mayat adalah dalam keadaan tangan terikat dan dengan kepala berlubang karena tembakan peluru. Dalam kalangan syuhada itu termasuk dua anak berusia sekitar 11 tahun dan 15 tahun.

Anggaran jumlah korban berbeza-beza. Para aktivis menyatakan jumlah korban adalah 106, sementara BBC melaporkan jumlah korban hanya 71 orang. Beberapa video amatur yang dimuat naik ke YouTube memperlihatkan pemandangan yang mengerikan. Mayat yang bergelimpangan basah berlumpur dan masih berdarah-darah terlihat di sekitar pinggiran Sungai Quwaiq.

Kebanyakan menunjukkan tanda-tanda bahawa para syuhada itu baru sahaja dibunuh, namun ada juga mayat yang mulai membusuk. Wartawan The Daily Telegraph, Ruth Sherlock, menggambarkan bahawa terjadi kesibukan yang luar biasa. Sejumlah truk pickup disediakan tidak jauh daripada para jenazah, sementara begitu banyak orang menjerit dan menangisi jenazah-jenazah yang hendak diangkut untuk disemadikan itu.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat pengenalan diri pada tubuh para syuhada itu. Seorang penduduk Bustan al-Qasr bernama Muhammad Abdul Aziz menyatakan bahawa saudaranya hilang ketika melalui kawasan yang dikuasai rejim Bashar al-Assad dan hingga kini belum diketahui nasibnya. Masih banyak lagi penduduk Aleppo yang datang ke tepian sungai itu untuk mencari kalau-kalau ada anggota keluarga mereka yang sudah menjadi mayat itu.



Menurut sukarelawan di sana, para syuhada itu adalah mereka yang diculik dan dibunuh oleh tentara rejim Bashar al-Assad. Sungai Quwaiq berhulukan Turki, namun mengalir ke Aleppo melalui daerah-daerah yang dikuasai oleh rejim Bashar al-Assad.

Revolusi Syria sudah berlangsung 23 bulan lamanya dengan meragut nyawa 70,000 syuhada.




Ya Allah, selamatkan saudara-saudaraku di bumi Syria...

No comments:

Post a Comment