Pada Jumaat lepas, saya menerima sekeping kalendar yang bertemakan "Selamatkan Al-Quds: Masjid Al-Aqsa Kiblat Pertama".
Yang menarik perhatian saya bukanlah kalendar tersebut, tetapi rajah yang terdapat di belakangnya (sila lihat gambar di bawah).
(a) (b) (c) (d)
Huraian Rajah di atas (diambil daripada beberapa sumber):
(a) Kawasan berlorek (gelap) merupakan kawasan milik umat Palestin, manakala kawasan berwarna putih adalah kawasan penempatan orang-orang Yahudi.
(b) Kawasan berlorek semakin mengecil berikutan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) terhadap pelan pemisahan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab pada tahun 1947, iaitu satu rancangan yang telah ditolak oleh masyarakat Arab. Kepimpinan Yahudi,diketuai bakal Perdana Menteri mereka ketika itu David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan Israel pada 14 Mei 1947. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.
(c) Perang Enam Hari terus mengubah peta negara Palestin. Perang itu (B.Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, B. Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ) juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967 yang melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria.
(d) Sejak tahun 2000 hingga sekarang, tanah jajahan musuh Allah ini (Zionis) semakin meluas sehingga saudara kita, rakyat Palestin menjadi pelarian di negara mereka sendiri.
Teks Asal
Palestin merupakan negara dan tempat lahir beberapa Rasul. Al-Qur’an menceritakan bahawa Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Daud, Sulaiman, Saleh, Zakaria, Yahya dan Isa tinggal di Palestin. Beberapa Nabi dalam kalangan Bani Israel yang tidak disebut di dalam Al-Quran juga tinggal di tanah suci ini, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis sahih.
”Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Isra’:1).
Palestin juga merupakan negara yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan peristiwa perjalanan Nabi Muhamad s.a.w. pada waktu malam (al-Isra’) ke Masjid Al-Aqsa dan dari sana Nabi Muhamad s.a.w diangkat (mikraj) ke langit. Di Masjid al-Aqsalah Allah menghimpunkan kesemua Nabi dan mereka bersama-sama bersolat dengan diimamkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Ini merupakan tanda kesinambungan tauhid (Percaya kepada Allah Yang Satu) yang dibawa oleh kesemua Nabi dan Rasul, dan penyerahan warisan serta dakwah kepada seluruh umat Islam. Dalam satu hadis sahih menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan ”tanah kebangkitan dan kiamat” - Terjemahan Babah.
Pesan Babah:
Pesan Babah:
Kita hanya memerhatikan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Zionis terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin dan membiarkan mereka dihalau dan dibunuh, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah berkata "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri". Bukan itu sahaja, kita telah membiarkan musuh Allah itu mencemarkan kiblat kita yang pertama (Masjid al-Aqsa) sebelum Allah memerintah Nabi s.a.w. beralih kiblat Mekah Al-Mukarramah. Oleh itu, bantulah mereka mengikut kemampuan anda sebelum datang bala Allah kepada kita dan sebelum umat yang akan datang menghina kita kerana membiarkan saudara kita sendiri disembelih oleh Zionis.