18 January, 2010

Palestin: Tercalarkah Iman Kita?


Pada Jumaat lepas, saya menerima sekeping kalendar yang bertemakan "Selamatkan Al-Quds: Masjid Al-Aqsa Kiblat Pertama".



Yang menarik perhatian saya bukanlah kalendar tersebut, tetapi rajah yang terdapat di belakangnya (sila lihat gambar di bawah).


                              (a)                       (b)                     (c)                     (d)

Huraian Rajah di atas (diambil daripada beberapa sumber):

(a) Kawasan berlorek (gelap) merupakan kawasan milik umat Palestin, manakala kawasan berwarna putih adalah kawasan penempatan orang-orang Yahudi.

(b) Kawasan berlorek semakin mengecil berikutan pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) terhadap pelan pemisahan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab pada tahun 1947, iaitu satu rancangan yang telah ditolak oleh masyarakat Arab.  Kepimpinan Yahudi,diketuai bakal Perdana Menteri mereka ketika itu David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan Israel pada 14 Mei 1947. Kemerdekaan  Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

(c) Perang Enam Hari terus mengubah peta negara Palestin. Perang itu (B.Ibrani: מלחמת ששת הימים Milkhemet Sheshet HaYamim, B. Arab: حرب الأيام الستة ḥarb al-ayyām al-sittaṯ) juga dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1967 yang melibatkan negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan dan Syria.

(d) Sejak tahun 2000 hingga sekarang, tanah jajahan musuh Allah ini (Zionis) semakin meluas sehingga saudara kita, rakyat Palestin menjadi pelarian di negara mereka sendiri.


Teks Asal



Palestin merupakan negara dan tempat lahir beberapa Rasul. Al-Qur’an menceritakan bahawa Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Ya’kub, Yusuf, Daud, Sulaiman, Saleh, Zakaria, Yahya dan Isa tinggal di Palestin. Beberapa Nabi dalam kalangan Bani Israel yang tidak disebut di dalam Al-Quran juga tinggal di tanah suci ini, seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadis sahih.


”Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Al-Isra’:1).


Palestin juga merupakan negara yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan peristiwa perjalanan Nabi Muhamad s.a.w. pada waktu malam (al-Isra’) ke Masjid Al-Aqsa dan dari sana Nabi Muhamad s.a.w diangkat (mikraj) ke langit. Di Masjid al-Aqsalah Allah menghimpunkan kesemua Nabi dan mereka bersama-sama bersolat dengan diimamkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. Ini merupakan tanda kesinambungan tauhid (Percaya kepada Allah Yang Satu) yang dibawa oleh kesemua Nabi dan Rasul, dan penyerahan warisan serta dakwah kepada seluruh umat Islam. Dalam satu hadis sahih menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsa merupakan ”tanah kebangkitan dan kiamat” - Terjemahan Babah.



Pesan Babah:
Kita hanya memerhatikan pembersihan etnik yang dilakukan oleh Zionis terhadap saudara seagama kita di bumi Palestin dan membiarkan mereka dihalau dan dibunuh, sedangkan Rasulullah s.a.w. pernah berkata "Tidak sempurna iman seseorang kamu, sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri". Bukan itu sahaja, kita telah membiarkan musuh Allah itu mencemarkan kiblat kita yang pertama (Masjid al-Aqsa) sebelum Allah memerintah Nabi s.a.w. beralih kiblat Mekah Al-Mukarramah. Oleh itu, bantulah mereka mengikut kemampuan anda sebelum datang bala Allah kepada kita dan sebelum umat yang akan datang menghina kita kerana membiarkan saudara kita sendiri disembelih oleh Zionis.






17 comments:

  1. nk wat camne, yg berkuasa lebih pentingkan dunia.. padahal inilah ujian dr Allah nbguji iman umat Islam sedunia

    yg hampir mesir sendiri pun menutup pintu mrk:(

    ReplyDelete
  2. Perang 1967 sangat memalukan. Untuk menebus kembali semua itu tiada jalan lain selain dari kembali kepada ajaran Islam yang suci.Jihad adalah jalan kami.

    ReplyDelete
  3. meskipun janji Allah begitu, kita kena berusaha walaupun kita tahu kita akan kalah selagi belum sampai janji Allah bahawa kita akan menang. umpama janji Allah pada akhir zaman umat islam bagai buih di lautan telah terbukti, maka janji Allah bahawa orang yahudi akan dibunuh walau di mana pun mereka bersembunyi sebenarnya telah semakin hampir, sebab itu Allah buka pintu hati mereka untuk berkumpul di tanah yang dijanjikan kemudian mereka bina pula tembok supaya mereka sendiri terkepung dan akhirnya janji Allah tiba untuk mereka dimusnahkan.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah.. Kau selamatkanlah saudara2 kami di Palestin sana..aminnn

    ReplyDelete
  5. semoga Allah membukakan hati2 kita untuk menolong rakyat Palestin

    P/s teringat suatu ketika dahulu, pernah dapat tunggakan gaji dlm RM1000 lebih, masa tu suami cabar saya, dia mesej, 'dermakan semuanya ke Tabung Palestin, ada berani?' .

    ReplyDelete
  6. Salam Maiyah. Kadang-kadang tangan kita seperti terikat. Tidak dapat membantu saudara se-Islam kita. Selain daripada berdoa, kita juga boleh menderma wang ringgit jika ada pihak datang memohon bantuan kewangan.

    ReplyDelete
  7. Salam Abu Muaz. Semangat begini yang kita mahu. Semua orang Islam mesti mempunyai semangat juang dan sentiasa bersedia tampil jika tenaga dan harta benda mereka diperlukan.

    ReplyDelete
  8. Salam Cemomoi. Telahan Nabi s.a.w. dalam sebuah hadis yang mengatakan umat Islam akhir zaman seperti buih itu jelas kelihatan pada hari ini. Yang tinggal hanya golongan asing yang sedikit yang dinyatakan dalam sebuah hadis lain. Semoga kita termasuk dalam golongan yang kedua itu.

    ReplyDelete
  9. Salam Nida. Amin ya Rabbal alamin...

    ReplyDelete
  10. Salam Ros, macamana dengan cabaran suami tu? Ros sambut tak cabaran dia?

    ReplyDelete
  11. Salam saudara,
    Dari unsur pembacaan yg berbeza, bumi Philistine (Palestine) ini pernah ditakluk oleh kerajaan Babylon, Rome, Parsi, Islam pasca era NM ( Nabi Muhammad ) oleh Saidina Umar. Ini menunjukkan Muhammadan muslims juga adalah penakluk bumi Palestine yg dihuni oleh arab dan yahudi.
    Kemudian ditakluki oleh tentera Monguls, kemudian oleh muslim di era khalifah Uthmaniah dan akhirnya British. Kemerdekaan berpihak kepada orang yahudi pada tahun 1948 maka terbentuklah kerajaan Israel.
    Soalan saya : Bukankah bumi ini asalnya milik mereka melalui Ibrahim, Isyak , Yaakob ( Israel ), Musa, Daud, Sulaiman ... Isa. Bukankah asalnya milik kerajaan yahudi ( Israel dan Judea) dan akhirnya dikembalikan kepada pemilik asalnya ?
    Di manakah hak islam di dalam konteks ini. Saya keliru, mohon perjelaskan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam saudara,
    Mengikut sumber ini juga, pada waktu peristiwa isra' itu masjidil Al Aqsa belum wujud lagi kerana kuil yahudi di Bukit Moriah itu telah dimusnahkan oleh tentera Rome dan belum diperbaiki.
    Lagi pun, ayat di Surah Al Isra ayat 1 itu tidak mengatakan masjidil Al Aqsa itu di Palestine. Masjidil Al Aqsa = tempat sujud yg jauh. Perkataan Palestine itu diisikan di dalam bracket oleh penterjemah. Begitu juga Masjidil Haram, ianya belum dibina lagi masa itu 2 atau 3 tahun sebelum Hijrah. Kaabah masih dipenuhi berhala.
    Mohon penjelasan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Saudara tak bernama. Saya bersumberkan al-Quran dan apa yang disampaikan oleh pihak yang berpengetahuan dalam agama. Saya yakini mereka dan saya tidak berdosa menyakini perkara itu. Saudara pula bersumberkan sejarah yang mungkin telah diputar belit oleh orang yang berkepentingan. Saya suka menasihati saudara supaya mencari tempat mendalami perkara ini dan menyokong bahawa Yahudi itu berhak menghalau dan membunuh umat Islam kerana kononnya Palestin negara mereka seperti yang saudara katakan. Saudara dipersilakan membaca ribuan artikel di Internet mengenai hal ini. Saya tidak berminat melayani kehendak saudara.

    ReplyDelete
  14. Salam Ziarah, Bang Samsudin..

    Kita akan terus tertindas selagi kita tidak dapat bersatu padu. Mesir saja contohnya. Sedangkan di bumi Mesir la banyak ahli agama, ustaz ustazah di negara kita menuntut ilmu. Boleh mesir buat macam tu, sehingga mengundang fatwa dari Dr Yusuf Qaradawi.

    Saya ingat lagi hujung tahun lepas, ketika Gaza dilanggar. Saya kesal dan sedih membaca sebuah tulisan penulis agama (bukan ustaz..) kolumnis dalam sebuah majalah agama di negara kita. Beliau agak prejudis dengan kempen boikot. Ironinya, dalam majalah sama, juga ada artikel dan fokus tentang boikot.

    ReplyDelete
  15. Saudara,
    Terima kasih di atas maklumbalas yg cepat. Saya akan ikut nasihat saudara. Terima kasih.

    ReplyDelete
  16. salam babah..

    ada dengar cerita dari mulut sorang sahabat yg baru pulang dari mesir bahawa sheikh al-azhar ada mengeuarkan fatwa, harus bagi mesir untuk membina tembok pemisah dengan palestin atas faktor keselamatan.. lebih kurang macam ni la.

    saya sedih bila terdengar berkenaan hal tersebut.

    apa2 pun, semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua, melindungi kita semua, dan memberi kejayaan kepada kita semua. amin..

    ~palestin di hatiku. .

    ReplyDelete
  17. setiap hari jadi pemberritaan media,tapi apa hendak kita buat???

    ReplyDelete