Salah satu aktiviti riadah keluarga yang popular ialah permainan boling. Selain daripada selamat, boling dimainkan dalam keadaan santai dan selesa. Istilah boling diambil daripada perkataan Inggeris “bowling”. Secara kebetulan, kata nama itu seakan-akan terhasil daripada kata gabungan antara perkataan bola dan guling. Dalam bahasa Melayu, permainan ini juga digelar bola golek.
Keseronokan bermain boling terserlah apabila kesemua barisan “pin” dapat dijatuhkan sekali gus dalam satu golekan bola. Ini dinamakan “strike”.
Satu keadaan lain yang menggeletek hati ialah apabila bola yang dilontar bergolek masuk ke dalam longkang di sisi “track” boling.
Namun...
Semua itu hanya tanggapan lampau. Kini, tanggapan itu telah berubah setelah melihat gambar di bawah:
Kamus bahasa Melayu:
1. Riadah bermaksud: 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain, dsb), rekreasi.
2. Tanggapan: apa yang diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dalam hati, cerapan.