05 January, 2010

Bola Golek...


Salah satu aktiviti riadah keluarga yang popular ialah permainan boling. Selain daripada selamat, boling dimainkan dalam keadaan santai dan selesa. Istilah boling diambil daripada perkataan Inggeris  “bowling”.  Secara kebetulan, kata nama itu seakan-akan terhasil daripada kata gabungan antara perkataan bola dan guling. Dalam bahasa Melayu, permainan ini juga digelar bola golek.



Keseronokan bermain boling terserlah apabila kesemua barisan “pin” dapat dijatuhkan sekali gus dalam satu golekan bola.  Ini dinamakan “strike”.

Satu keadaan lain yang menggeletek hati ialah apabila bola yang dilontar bergolek masuk ke dalam longkang di sisi “track” boling.



Namun...
Semua itu hanya tanggapan lampau. Kini, tanggapan itu telah berubah setelah melihat gambar di bawah:




Tak sanggup tengok...



Kamus bahasa Melayu:
1. Riadah bermaksud: 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pada waktu lapang untuk menyihatkan badan dan fikiran (seperti bersenam, bermain, dsb), rekreasi.
2. Tanggapan: apa yang diterima oleh pancaindera, gambaran (bayangan) dalam hati, cerapan.

26 comments:

  1. Tuan Samsudin,
    Pengalaman bermain boling: pernah bersekali bermain dengan mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM atas undangan pihak SPRM Johor di JB pada bulan November 2009 yang lalu.
    Namun setelah melihat foto-foto 'jari berdarah' itu rasanya takut pula ingin bermain... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. salam singgah....rasanya dah pernah tengok gambar itu.... dengar cerita insiden tu jadi sebab orang yang main boling tu pakai cincin dan cincin dia tersangkut kat lubang bola tu....jadi lepas nie jangan pakai cincin kalau main boling....huhu

    ReplyDelete
  3. nasib baik le, duduk kat ceruk ni yg tiada pusat bowling yg menyebabkan kecenderungan menjadikan hobi bermain permainan tersebut tidak menjadi...

    bahaya juga main benda tu ye...

    ReplyDelete
  4. salam babah,

    o,sebab cincin, sy pun dok fikir tadi kenapa main sampai dahsyat macamtu.huhu. ok babah, teruskan rekreasi yang dapat mnyihatkan badan, teruskan latihan utk konsisten mengutip jatuhan pin :)

    ReplyDelete
  5. Salam Rusdi. Ewah bermain boling dengan orang "besar" SPRM. Mungkin bulan November musim hujan. Maka terpaksa beriadah "indoor". Jika tidak,pastilah ke padang golf. He..he..

    ReplyDelete
  6. Benar Rhazes.Cincin tersangkut di lubang bola golek. Tak sangka pula, boling bahaya seperti itu. Apabila tunjuk pada anak-anak,semuanya rasa ngeri. Mungkin kami bercuti bermain boling dalam masa yang terdekat ini.

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Jang. Di ceruk sana boleh main boling kelapa. Pin guna botol kicap cap kipas udang. Pasti hebat!

    ReplyDelete
  8. Salam Mohamad. Babah main hanya untuk suka-suka je. Kadang-kadang "strike", kadang-kadang langsung tak kena. Lepas tu jari terseliuh. He..he..

    ReplyDelete
  9. Saya jarang main bowling kerana tidak pandai...

    tapi rasanya apa games sekalipun ada risiko dan bahayanya jika peraturan dan undang-undang tidak diketahui dan dipatuhi...

    jika main tanpa tahu apa yang dipegang or bakal dimainkan, risiko kecederaan amat besar sekali... kan?

    Jom kita buat Bowling Tournament, nak? :D

    ReplyDelete
  10. Salam...:)

    Dulu masa belajar di luar negara pernah juga main game ni dan pilih waktunya jam 2.00 pagi di hujung minggu :)- pelik tapi benar :) Balik solat subuh & lepas tu baru tidur. Sekarang ni dah tak nak...:)

    ReplyDelete
  11. tak sanggup tengok tuan. baik saya main takraw lagi baik.

    ReplyDelete
  12. salam samsudin.

    tak lalu nak tengok lama-lama gambar tu.. kak copy utk emel kepada anak2 sebagai langkah keselamatan..

    ReplyDelete
  13. emmm teknik baru meruncingkan cari yang tembam.. kensel la niat nak main lepas ni

    ReplyDelete
  14. Salam Aziezah. Cadangan buat "Bowling Tournament" itu bagus. Ajak kawan-kawan blog. Kita buat di Alamanda, Putrajaya. Saya ok je.

    ReplyDelete
  15. Salam Razak. Main pukul 2 pagi boleh nampak ke pin. Masa tu mata tentu dah berpinar...

    ReplyDelete
  16. Salam Abu Muaz. Nanti saya cari gambar orang "injured" masa main takraw pula. Rasanya, takraw lebih berisiko. Nanti Abu Muaz mesti tukar ke "game" lain. Saya agak-agak dam kot. Langsung tak berbahaya...

    ReplyDelete
  17. Salam Werdah. Ok je kalau bagi anak-anak tengok. Kuranglah sikit mereka mendesak kita bawa pergi main boling. Jalan-jalan tepi tasik lagi bagus. Free. Udara bersih. Tapi budak-budak tak suka.

    ReplyDelete
  18. Salam Cemomoi. Macam pengasah pensel (sharpener) pula ye.. Jari ke asah. Gerun beb!

    ReplyDelete
  19. salam mybabah..

    errrrrrrrrrrrr...
    ewwwwwwwwww takutnya,
    sebabkan boling ke nih?
    huwaaaaaaaa
    seram seram

    tq for sharing..

    ReplyDelete
  20. Salam Sis Blue. Apa-apapun yang dilakukan dalam dunia ni ada risikonya. Kadang-kadang kita tak jangka. Oleh itu, kena berhati-hatilah selalu...

    ReplyDelete
  21. tengok ada..
    tonton pernah..
    lihat tu ye lah..
    main ..tak pernah.. bukan tak nak tapi..takdan! (alasan lah ni..hee)

    ReplyDelete
  22. Salam Lana. Hmmm...Ulasan berupa pantun enam kerat yang menarik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. saya x faham perkaitan boling dngn gmbr jari tu..adakah bermain boling blh jadi camtu..adakah krna jari boleh tersekat dilubang tersebut?baru tahu sbb x prnbh lg dngr kes2 seumpama ini.huhu

    ReplyDelete
  24. Salam Shah. Boling adalah antara permainan yang dianggap selamat berbanding permainan2 lain. Walaupun selamat, risiko tetap ada. Kecederaan (dalam gambar) berlaku apabila pemain memasukkan jari yang bercincin ke dalam lubang bola boling. Cincin tersekat dan mencederakan jari dia. Begitulah kisahnya.

    ReplyDelete
  25. salam, permainan boling antara permainan yang menyeronokkan, apatah lagi jika kita bermain dgn kwn2 yg sama title - 'kaklongkang' pastu main dalam keadaan gelak ketawa, tiada stress walau asyik ke longkang... memang ceria

    ReplyDelete
  26. Salam Ros. Permainan boling juga boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan. Tetapi masih kena berhati-hati. Saya juga pernah dengar pemain cedera tergelincir di tempat lontaran yang licin. Puan Aziezah ada beritahu nak atur permainan boling,mungkin dalam kalangan blogger. Saya memang berminat...

    ReplyDelete