Sejak awal minggu ini, jiwaku resah gelisah, marah, geram, sedih dan bermacam-macam. Ya Allah, apakah yang patut aku lakukan untuk melegakan perasaan ini? Aku selak buku yang baharu dibeli semalam (belum sempat membacanya), iaitu buku "Quranic Law of Attraction" karangan Rusdin S.Rauf. Aku membeli buku ini kerana ingin membandingkan dengan buku "The Secret" karya Rhonda Byrne dan "The Law of Attraction" karya Esther Hicks yang telah kubaca beberapa tahun lalu.
Hasil...
Aku terjumpa sebutir mutiara pada muka surat 108 buku itu:
Ketika ditimpa masalah besar dan saudara rasakan susah mendapat penyelesaiannya, cuba buka al-Qur'an, berdoalah terlebih dahulu, dan luruskan niat saudara. Saudara boleh berdoa seperti ini, "Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik".
Sesudah berdoa, ambil al-Qur'an dan bukalah secara rambang. Kemudian baca halaman yang saudara buka itu.
Aku melakukan apa yang disarankan oleh pengarang buku.
SUBHANALLAH... Ayat-ayat yang berikut tertera di depan mata:
SUBHANALLAH... Ayat-ayat yang berikut tertera di depan mata:
Surah as-Sajadah: ayat 12-15
Ayat 12: Dan (alangkah ngerinya) jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata:) "Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal solih, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin".
Ayat 13: Dan kalau kami menghendaki nescaya kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk (bagi)nya, akan tetapi telah tetaplah perkataan (ketetapan) daripadaKu; "sesungguhnya akan aku penuhi neraka jahanam itu dengan jin dan manusia bersama-sama".
Ayat 14: Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini (hari kiamat); sesungguhnya kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.
Ayat 15: Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri.
Alhamdulillah...
Jawapan kepada keresahanku terjawab. Allah berjanji kepada kita semua "tinggalkan masalah itu kepada-Ku, nanti Kuselesaikan semuanya..." Kini, hati nuraniku berasa lega kerana Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya..
Nota: Buku "Quranic Law of Attraction" telah memberikan sebutir mutiara kepadaku, mutiara yang tiada ternilai harganya. Belilah buku ini. Harga cuma RM13.90. Hanya tajuk sahaja dalam bahasa Inggeris, kandungannya 100% berbahasa Melayu.
salam..
ReplyDeletebagus ye buku ni. InsyaAllah nanti nak cari. Terima kasih atas post ni. :)
Salam Yus. Al-Qur'an tersimpan khazanah yang tidak ternilai. Buku ini berjaya mengunggap sedikit daripada khazanah itu. Saya pun belum habis membacanya. Hanya cuba mempraktikkan beberapa saranan yang diberikan. Insya-Allah, berbaloi membelinya.
ReplyDeleteSalam Samsudin,
ReplyDeleteSemoga dirahmati Allah.
Terima kasih atas info ini.. InsyaAllah nak cari n beli.. Mudah2an dipermudahkan Allah.
babah, terima kasih berkongsi.. nak cari la nanti :)
ReplyDeleteSalam Bang Samsudin.
ReplyDelete"Sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sauwarahu wa saqqa sam'ahu wa basarahu. Bi haulihi wa quwwatihi. Fatabarakallahu ahsanul khaliqin.."
Kaedah ini pernah diajarkan oleh seorang Ustaz (al-Hafiz) yang mengajar kami dulu.
Mohon izin saya tambah sikit ya Bang. Mudahan ada manfaat untuk kita dan yang lain.
Dari pembacaan, kaedah begini digunakan oleh mereka yang bekerja dalam bidang kreatif. Semasa brainstorming idea, salah satu kaedah mereka gunakan adalah ambik buku atau majalah, selak secara rambang.
Lepas tu, pilih ayat dalam muka surat itu secara rambang. Kemudian mereka akan gunakan ayat itu sebagai kata kunci dalam penjanaan idea. (Rujuk Dr Yee Kam Kew- buku Bebaskan Kreativitimu)
** Bagus juga abang mengingatkan saya tentang ini malam ini. Memang kena masanya kat saya;-)
Salam dan terima kasih Werdah dan Wanita Itu. Buku keluaran PTS banyak yang bermutu. Saya amat mengenali Puan Ainon dan suaminya Prof Abdullah Hasan yang sangat istiqamah dalam berbuat kebajikan. Mereka mempunyai rumah perlindungan anak-anak yatim di Janda Baik. Para muslimah semua,ingatlah, anda mampu menggoncang dunia!
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteTerima kasih atas info ini
Salam anak muda yang tinggi ilmu UstazCahaya. Terima kasih. Orang yang rajin membaca akan tinggi ilmunya dan ilmu adalah harta yang akan bertambah jika diberikan kepada orang. Babah membayangkan betapa ketika anda berusia seperti babah, bertimbun-timbun ilmu di dada dan bertimbun-timbun pula amal jariah yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Ditambah pula dengan kemahiran mengungkap semula ilmu itu dalam bentuk penulisan. Tahniah dan terus berusaha menambah ilmu dan beramal!
ReplyDeleteassalammualaikum mybabah
ReplyDeletealhamdulillah saya sudah memiliki dan membaca buku ini,
memang berbaloi...
salam babah..insyarallah saya akan cari dan dapatkannya..terima kasih..tertarik juga baca yang babah paparkan ini..terutama ayat"Sesudah berdoa, ambil al-Qur'an dan bukalah secara rambang. Kemudian baca halaman yang saudara buka itu"
ReplyDeletesalam babah..
ReplyDeleteinsaallah hamba akan cuba mendapatkan buku ini..mungkin hamba juga akan beroleh sesuatu darinya bagi mengubat penyakit jiwa yang melanda hamba..insaallah..
Salam Babah,,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat ni..
nak cari jugaklah buku ni...
Salam saudara-saudaraku Syah, Jebat dan Husin. Semoga cepat memperoleh buku tersebut. Cikgu Normah sudah pun memilikinya. Jika Jebat tidak berkesempatan membeli buku itu, tunggu babah habis membacanya dulu, kemudian babah beri kepada Jebat. Sekarang Jebat dan Babah sudah dua kali berjumpa dan selepas ini kami akan selalu berjumpa kerana ada sesuatu yang nak babah berikan padanya...Yang lain (lelaki),jika berada di KL bila lagi nak mengeratkan silatur rahim?
ReplyDeletesalam my babah
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian maklumat ni,
saya memang minat sangat, tak sabar nak beli dan baca
keluaran pts, insyaAllah senang nak cari
menarik le cam nk sambar satu nih
ReplyDeleteSegala puji kembali kepada Allah.
ReplyDeleteBabah. Terima kasih kerana memberi galakan dan mendoakan saya, amin amin amin.
Saya juga mendoakan abang dan keluarga, amin.
"Maka sesungguhnya Maha Tinggi Allah (yang merupakan) Sebaik-baik Pencipta"
salam...
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi info..kena cari la buka yg babah baca ni..buku law of attraction saya dah baca, tgh praktikkan..ada kebenarannya...
Informasi yang bagus nian. Posting abang ini membuka cakrawala saya. Benar saya lagi ditimpa masalah yang teramat teruk.
ReplyDeleteSalam Tinta. Babah sangat-sangat gembira dengan kunjungan Tinta di ruangan komen ini. Sungguh istimewa sekali...
ReplyDeleteSalam Maiyah. Terima kasih kerana istiqamah ke sini.
ReplyDeleteSalam UstazCahaya. Hanya Jauhari mengenal Manikam...
ReplyDeleteSalam Fardahila. Insya-Allah, pelaburan yang dibuat berbaloi...
ReplyDeleteSalam Alris. Apa masalah yang begitu teruk sekali itu? Kalau bisa tahu...
ReplyDeleteAssalamualaikum Babah.
ReplyDeleteterima kasih kerana berkongsi ilmu ini.
ya benar.Al-Quran itu sememangnya diturunkan sebagai panduan hidup manusia.lengkap di dalamnya daripada segala aspek.
silap kita sebenarnya pada hari ini kerana kita tidak mengikut ajaran al-quran dan hadis..
itu sebab kita hati kusut dan sebagainya.tetapi,itu memang tabii manusia untuk lupe.
itu sebab kita kena sentiasa cari dan cari benda-benda macam ni (ilmu agama) .
kalau tak,kita akan kembali kusut jiwa,lemas dalam godaan dunia fana..
Assalamualaikum.
Salam Umar. Salah seorang anak babah bernama Umar Abdul Aziz. Umur 12 tahun. Harap-harap dia bijak dan tegas seperti Umar-Umar yang lain. Terima kasih atas nasihat yang mantap daripada anda.
ReplyDeletesubhanallah...
ReplyDeleteSalam En Din,
ReplyDeleteTersentuh hati membaca N3 encik Din ni, memang kadang2 hati dirundung resah yang kita tidak tahu penghujung.
Akan cuba apa yang En Din catatkan di N3 tu semoga saya juga menemui jawapan yang dicari.
Salam Babah...
ReplyDeleteDisaat sang suami sedang dalam ke'pening'an dan ke'tension'an dalam perjalanan menuntut ilmu ketika ini... Alhamdulillah kerana Nida terbaca ayat ini:
"Ya Allah, sampai saat ini aku masih belum menemui penyelesaian untuk masalah yang aku tanggung ini. Aku memohon dengan penuh harapan kepada-Mu supaya memberikan aku jalan yang terbaik".
Akan ku kongsikan bersama suami tersayang.. Terima kasih Babah kerana berkongsi :)
Salam Mazru. Kadang kala memang berlaku perkara yg luar. Biasa spt ini. Ucapan yg tepat utk respons kpd perkara ini ialah Subhanallah...
ReplyDeleteSalam Kunang2. Selamat mencuba.
ReplyDeleteSalam Nida. Semoga Allah mengurniakan kita lapang jiwa dan fikiran.
ReplyDeleteSalam BABAH,
ReplyDeleteSaya (dan rakan-rakan yang lain)amat memerlukan info sebegini. Inilah mutiara yang perlu didambakan. Mutiara ilmu yang jarang-jarang dimiliki. Terima kasih atas info ini.
Salam En Din,
ReplyDeleteAhad semalam semasa saya merayau di gerai yang ada di Masjid Negeri Shah saya terjumpa buku ni. Terus beli.
Sekarang sedang menghayatinya.
salam saudaraku babah, lama menyepi. rindu nak baca penulisan babah
ReplyDeletesalam. MAHA SUCI ALLAH.
ReplyDeletebabah ada tak buku yang tajuknya lebih kurang mcam ni
'solat dan saintifik'.. kalo tak salah, pengarangnya adalah pensyarah dari ukm atau um. tak pasti. tapi 2 orang melayu, dan seorang lagi cina.
erk.. cuma nak tanya tajuk betul buku tu. nak cari. saja tanya kotkot babah tau.
subhanallah....
ReplyDeletebabah, u're the lucky one....~
Salam Mybabah,
ReplyDeleteKalau free jemput ke blog saya untuk ambik award. Terima kasih.
Salam babah,
ReplyDeleteBanyaknya ilmu kita akan dapat kalau membaca... terima kasih di atas input yg diberikan.. semoga kita semua akan dapat memanfaatkan bersama-sama...insya Allah..