Semua orang marah apabila dia dikatakan "bodoh". Tidak kurang juga yang marah apabila dia dikatakan "kurang cerdik". Tetapi apabila seseorang itu dikatakan jahil, seperti "kau ni jahil betullah", ramai pula yang akur. Malah, ada yang memberi reaksi "aku memang jahil dalam hal ini".
Hakikatnya, jahil sama sahaja dengan bodoh atau "stupid". Jahil ialah perkataan Arab yang bermaksud bodoh atau tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dan lain-lain). Contoh: Dolah jahil dalam hal agama; cetek pengetahuannya; Jahil basit (orang yang) jahil tetapi sedar akan kejahilannya; jahil murakab (orang yang) jahil dan tidak pula menyedari kejahilan dirinya; jahil teropong: bodoh dan tidak mahu menerima ajaran-ajaran orang; jahil tukil: terlalu jahil.
Sebenarnya, jahil juga bermaksud buta huruf, buta hati, tidak berpendidikan, tidak berpengetahuan dan tidak bertamadun. Dalam kata yang kurang enak didengar, jahil bermakna bebal, benak, bangang, bengap, bongok, tongong, tolol, dongok, baghal, bahlul, bingung, pandik, sementung, otak udang, otak tumpul, ngong, palui, pusung, ahmak, hamik, piras hangit, goblok, pongah, bongak, congong dan songor.
Apahal ni Babah? Nak tuduh-tuduh orang jahil pula?
Bukan, bukan dan bukan...
Tetapi... Dalam beberapa entri yang akan datang, Babah akan cuba menyenaraikan perkara-perkara jahil yang biasa dilakukan orang supaya dapat menjadi iktibar kepada anda yang masih jahil . Oleh itu, anda boleh mengaku akan kejahilan anda dan dapat mengelakkan sakit hati daripada dituduh jahil.
Sebagai mukadimah, elakkan daripada menyebut "amin" (bermaksud: perkenankanlah ya Allah doa kami) apabila pembaca doa (contoh: imam) baharu memulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah dan salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana anda boleh dianggap jahil jika terus berbuat demikian. Pujian-pujian kepada Allah dan Salawat ke atas Nabi ialah permulaan doa yang belum boleh dianggap doa dan tidak perlu diaminkan. Cuba perhatikan contoh di bawah:
Imam: Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Salawat dan Salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang mulia... sekalian rasul dan segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam...
Makmum: Amin...
Selepas doa diucapkan, baharulah kena tempatnya kita menyebut amin, seperti:
Imam: Ya, Allah ya Tuhan kami, ampun dosa-dosa kami.
Makmum: Amin...
Nota:
Hal di atas merupakan satu contoh perbuatan yang tidak kena pada tempatnya kerana kejahilan, seperti orang bertanyakan nama anda, tetapi anda menjawab "umur saya 46 tahun". Jika dengan manusia kita perlu bertertib ketika berkata-kata, inikan pula dengan Allah Azzawajalla.
Bersambung....
salam,
ReplyDeletediharap saudara tidak menggunakan hukum akal semata-mata dalam menterjemahkan dan mentafsirkan bab-bab mengenai hukum-hakam dan tata-susila berkaitan syariat.
dalam bab "doa" misalnya, telah dihurai dan diperincikan dengan sejelasnya oleh Rasulullah (saw) juga dihuraikan lagi di dalam perbagai kitab oleh para ulamak dan imam yang masyhur...
wallahuaklam.
cpt la enti laen pulak. nk tgk perkara2 jahil, samada online selalu, jahil ke tidak.
ReplyDeletehttp://fitridzulkifli.blogspot.com
Salam. Saya tidak mempertikai hukum hakam. Saya ingin meletakkan akal anda di tempat yang tinggi bukan di lutut. Anda kena baca dulu entri ini betul-betul sebelum komen...Jangan jadi jahil...
ReplyDeletePeringatan: Mohon pembaca membaca entri sebelum membuat komen.
ReplyDeleteSalam sahabat...
ReplyDeleteaku masih jahil lagi bab2 begini ;)
Salam sahabatku Awang. Satu perkara tentang jahil yang tidak dinyatakan di dalam kamus adalah hadirnya ilmu pengetahuan terlebih dahulu, tetapi ilmu itu ditolak dan amalan nenek moyang diteruskan. Inilah erti sebenarnya jahil...Itu sebablah orang-orang yang menolak kebenaran dan ilmu pengetahuan dipanggil jahiliah...
ReplyDeleteSALAM BABAH...
ReplyDeleteNAMPAKNYA ADA YANG KURANG JELAS DAN KURANG BERSETUJU DENGAN TULISAN BABAH...NYATA MANUSIA SANGAT BERBEZA PENDAPAT WALAUPUN DICIPTAKAN OLEH TUHAN YANG SAMA IAITU ALLAH S.W.T...
BAGI SAHABAT YG KURANG JELAS ATAU BERSETUJU DENGAN TULISAN BABAH HAMBA NASIHATKAN CUBALAH BACA LAIN-LAIN ENTRY BABAH DAN KENALI CARA BABAH BERFIKIR DAN MENYAMPAIKAN SESUATU..
KERANA HARUS DIINGAT BERBEZA PANDANGAN BUKAN BERERTI PANDANGAN ITU SALAH...KADANG-KALA BANYAK PERKARA PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM MENGHUKUMKAN SESUATU AGAR IANYA SESUAI DENGAN KEADAAN SEMASA..
ISLAM SENDIRI MEMPUNYAI PELBAGAI MAZHAD BAGI MENYESUAIKANNYA DENGAN KEADAAN DAN KEPERLUAN MANUSIA..APAKAH PERBEZAAN MAZHAD INI MERUPAKAN SATU KESALAHAN??JANGANLAH KITA TERLALU TAKSUB DENGAN ILMU YANG KITA ADA..BUKALAH MINDA MEMPELAJARI ILMU ORANG LAIN SELAGI TIDAK SALAH DISISI ISLAM..
AKHIR KATA MAAFKAN HAMBA JIKA TERSALAH BICARA ATAU TERSALAH BERHUJAH..HAMBA JUGA PUNYAI KELEMAHAN DAN MASIH LAYAK DIGELAR INSAN YANG JAHIL KERANA MASIH BANYAK ILMU ALLAH S.W.T YANG HAMBA BELUM TUNTUT..
Salam Jebat Berani. Biar jahil dahulu kemudian menjadi cerdik dan terus cerdik, daripada menganggap diri cerdik, menuduh orang jahil dan dia terus jahil...
ReplyDeleteSalam Samsudin.
ReplyDeleteBanyak juga kata yang sama erti dengan jahil yang belum pernah kak dengar. Mungkin ada yang ikut loghat daerah tertentu agaknya.
Salam Babah...
ReplyDeleteDungu, goblok pun sama ngan jahil...
betul la babah, banyak beno yang jahil daripada bodoh sampaikan doa pon masih jahil ye, tu tak kira yang 'aaaaaammmmmmiiiiiiin' masa mengaminkan bacaan fatihah dalam solat
ReplyDeleteada jugak yang mengomen tanpa membaca....ishhhh jahil sungguh...
ReplyDeletesy x bape pndai bab jahil
ReplyDeletesalam babah
ReplyDeletememang ramai yang marah bila disebut bodoh atau jahil, tapi kalau diajar2 tak faham2 juga pastu berlagak cerdik, tu kategori mana pulak tu ye?
barangkali di sini pengomen tersebut maksudkan dan tanggapan mybabah kurang tepat menurut usul-fiqh...........
ReplyDelete"Sebagai mukadimah, elakkan daripada menyebut "amin" (bermaksud: perkenankanlah ya Allah doa kami) apabila pembaca doa (contoh: imam) baharu memulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah dan salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana anda boleh dianggap jahil jika terus berbuat demikian. Pujian-pujian kepada Allah dan Salawat ke atas Nabi ialah permulaan doa yang belum boleh dianggap doa dan tidak perlu diaminkan. Cuba perhatikan contoh di bawah:
Imam: Segala puji bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Pentadbir seluruh alam. Salawat dan Salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, rasul yang mulia... sekalian rasul dan segala pujian itu tertentu kepada Allah yang memiliki sekalian alam...
Makmum: Amin..."
Semakin banyak saya belajar, semakin banyak yang saya tidak tahu...
ReplyDeleteEntri yang bagus Babah! Setuju dengan entri ini.
ReplyDeleteJahil...
Mmm mungkin manusia sekarang makin malas nak belajar, mengkaji dan kurang berfikir...
Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Orang Arab jahiliyah mempunyai ilmu dan kepakaran yang bukan kepalang. Mahir ilmu sejarah, mahir ilmu keturunan, mahir ilmu jejak tapak kaki, mahir ilmu musim, mahir ilmu peredaran alam, mahir ilmu bintang (nujum), mahir ilmu bahasa, mahir ilmu perang dll. Tapi tetap dipanggil jahiliyah (jen is orang jahil). Yangni jenis jahil apa pula?
ReplyDelete