26 March, 2010

Anak Derhaka...


Ada orang berkata "sabarlah pada karenah anak-anak, takut nanti ketidaksabaran kita menjadikan anak itu derhaka". Kalimah ini kedengaran lunak di pihak ibu bapa, tetapi "awas" pada sang anak! Syariat agama tidak sedemikian lunaknya...


Adakah anak yang menderhakai orang tuanya terlepas daripada nista derhaka jika ibu bapanya rela dan tidak mengeluh atas perbuatan anak mereka itu? Adakah anak derhaka akan terlepas daripada murka Allah jika  ibu bapanya redho dan terus memanjakan mereka?

"No way man...".

Allah tetap mengutuk kederhakaan si anak walaupun orang tuanya sendiri tidak berasa kesal hati atas perbuatan anaknya itu, kerana perkara derhaka bukan hanya urusan orang tuanya sahaja, tetapi Allah menganggapnya sebagai hal yang besar. Meskipun orang tua yang diderhakai tidak mengutuk atau mendoakan akan keburukan anaknya itu, Allah tetap akan membalas sikap durjana anak tersebut di dunia dan di akhirat.

Contohnya:
Seorang anak yang mengutuk orang tuanya dari belakang. Kutukan itu tidak didengari dan tidak diketahui oleh ibu bapanya. Tetapi Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Maka Allah akan membalas dengan menimpakan nasib yang sangat jelek terhadap anak yang durhaka seperti itu, walaupun orang tuanya sendiri ikut berduka atas nasib yang dideritai anaknya.


Siksa atas anak yang derhaka diberi secara kontan oleh Allah di dunia, seperti penderitaan sakit (jasmani mahu pun rohani), sukar mencari nafkah (selalu kesempitan wang meskipun berpendapatan besar), hidup yang sering kacau atau berantakan dan lain-lain. Di akhirat, siksa yang lagi hebat menanti anak yang derhaka...

Oleh itu,
Wahai kawan-kawanku...
Jagalah tingkah laku dan tutur katamu terhadap ibu bapa, di depan, mahupun di belakang mereka...

Perhatikan hadis-hadis di bawah ini:

"Dua kejahatan yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini, (iaitu) zina dan derhaka kepada ibu bapa" (riwayat Thabarani).

"Segala dosa diampuni Allah daripadanya, mana yang Ia kehendaki, kecuali dosa kepada ibu bapa. Derhaka kepada ibu bapa mencepatkan balasan bagi yang derhaka itu dalam hidupnya di dunia sebelum matinya" (riwayat Bukhari dan Muslim).

"Segala dosa dapat diundurkan daripadanya (siksanya) oleh Allah, mana-mana sahaja yang Ia kehendaki, sampai pada Hari Kiamat, kecuali derhaka kepada ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah akan menyegerakan siksa bagi orang yang melakukan derhaka kepada ibu bapa dalam penghidupan dunia sebelum matinya" (riwayat Thabarani dan Hakim).

"Rasulullah s.a.w. ditanyai tentang dosa-dosa besar. Baginda berkata "Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa dan membunuh orang dan menjadi saksi palsu" (riwayat Bukhari).








13 comments:

  1. Salam..
    Baik ibubapa kadangkala tak bertempat. Jika didik anak ikut sunnah dan Al Quran, insyaAllah anak2 menjadi anak yg soleh. Anak2 adalah kain putih dan ibubapalah yg mencorakkannya. Anak2 adalah ujian Allah yang besar buat ibubapa.

    ReplyDelete
  2. Salam, Saya rasa maksud sabar dengan karenah anak2 tu adalah kita sentiasa mendoakan anak2 apabila mereka terpesong dari jalan syariah dan menangani dengan cara berhikmah. Jika kita tidak sabar, mungkin kita akan memaki hamun mereka dan naluri remaja mereka akan bertindak menderhakai kita.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  3. salam babah..

    terima kasih kerana mengingatkan saya..
    semoga saya di jauhi dr menjadi anak derhaka.. begitu juga pada anak2 saya..aminn

    ReplyDelete
  4. ingatan yang sangat baik. kadangkala kita terlupa .t.kasih babah.

    ReplyDelete
  5. Banyak dosa saya pada ibu bapa..
    :(

    kalau mak minta tolong buat kerja,saya suka ckp kejap lg..

    sdgkan dlm quran kalau kita menyebut ah pun dah dikatakan derhaka,lebih-lebih lagi mengata mereka di belakang,melawan kata mereka..

    astaghfirullah!

    ReplyDelete
  6. Ingat mengingati....amalan yang baik untuk disebarkan....

    ReplyDelete
  7. salam babah, ingin sy kemukakan 1 persoalan hrp babah & sesiapa sj dpt mmberikn pandangan . seorang gadis berumur 30thn ingin berkahwin dgn jejaka pilihannya tp ditentang oleh ibubapanya ats sb jejaka trsebut tlhpun mmpunyai 2 isteri. gadis tsb brtindak brkahwin secara senyap dgn pasangannye & mmbelakangkan keluarga. adakah ini dianggap sbg derhaka? apa pulak hukumnye bila si gadis td sering mmburukkan ibubapanya sedangkan die adalah seorang pendidik yg sepatutnya mmberi tauladan kp. pelajar & masy. setempat. trima ksh ats sgala pndangan

    ReplyDelete
  8. Salam Insan Tak Bernama. Jawapan pada soalan kedua memang jelas kederhakaan si anak pada kedua ibu bapanya. Untuk soalan yang pertama, bagi pendapat babah bergantung pada situasi sebenar. Perlu diingat tidak semua bantahan kepada ibu bapa dianggap derhaka terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum. Jika ibu bapa memerintahkan/mengarahkan kita melanggar hukum yang bertentangan dengan kehendak Allah, maka tindakan kita membantah arahan itu tidak dianggap derhaka. Walau bagaimanapun, segala bantahan yang ingin dilakukan terhadaporang tua kita hendaklah dilakukan secara yang berhemah dan berhikmah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. jgn le derhaka siksanya amat pedih

    ReplyDelete
  10. Mudah2an kita dihindari dari menjadi golongan ini...

    p/s: tiba2 rindu pada bonda yg jauh di mata :'-(

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum mybabah

    kekadang
    anak2 derhaka ni terhasil dari ibu bapa yang terlebih dahulu derhaka

    ReplyDelete
  12. ambil ikhtibar dari kisah-kisah yang terdahulu....jangan diulangi

    ReplyDelete
  13. Salam Samsudin

    Teringat kisah alqamah yang taat kepada Allah tp derhaka kpd ibunya.. mudah2an kita tidak begini.. Amiin

    ReplyDelete