16 February, 2010

Aku Pemburu Jin 5



Setelah memenuhi syarat pertama, syarat kedua rasanya lebih berat. Itulah sebabnya mengapa saya agak kurang yakin bahawa seseorang wanita boleh menjadi Pemburu Jin. Namun begitu, tiada yang MUSTAHIL dalam hidup ini.




Syarat Kedua: Mempunyai sikap "membujur lalu, melintang patah", "berani kerana benar" dan  "benci pada kemungkaran".
Walaupun ada sedikit perasaan gentar di hati, pantang sekali perasaan itu terpancar pada wajah . Ingatlah, hanya Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui isi hati dan perasaan manusia. Hatta, malaikat Raqib dan Atid pun tidak mengetahui niat yang tersimpan di dada manusia. Kedua-dua malaikat itu hanya mula mencatat baik buruk amalan manusia hanya selepas amalan itu dilakukan.  Jika begitu, apalah kelebihan yang ada pada jin dan syaitan. Jika anda takut sekali pun, jin dan syaitan tidak mengetahuinya, melainkan anda menggigil ketakutan, lari bertempiaran dan terkencing dalam celana (seluar). Syaitan dan jin tidak mengetahui kewafatan Nabi Allah Sulaiman sehingga patah tongkatnya yang reput dimakan anai-anai.  Oleh itu, sikap garang, tubuh badan yang tegap, suara yang tinggi dengan tempikan dan sifat-sifat keberanian lain (walaupun di dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu) merupakan antara aset penting untuk menjadi Pemburu Jin yang hebat.




Syarat kedua yang saya tetapkan di atas diperteguh dengan dalil-dalil di bawah:

i. "Kemudian Kami tundukkan kepadanya (Nabi Sulaiman) angin yang berhembus dengan baik menurut ke mana sahaja yang dikehendakinya, dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya pakar binaan dan penyelam. Dan syaitan yang lain ada yang diikat dalam belenggu" (As-Shad: ayat 36-38);

ii. Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Saidina Umar r.a. :"Sesungguhnya syaitan betul-betul lari daripada engkau wahai Umar!" (Riwayat Imam Ahmad, Turmizi dan Ibnu Hibban);

iii. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya saya betul-betul melihat syaitan-syaitan jin dan manusia lari bertempiaran daripada Umar" (Riwayat Turmizi dengan Isnad Sahih); dan

iv. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang mukmin itu dapat mengheret syaitannya sebagaimana salah seorang daripada kamu mengheret untanya dalam perjalanan" (Riwayat Iman Ahmad).

v. Seorang sahabat bernama Ya'la bin Murrah menceritakan pengalamannya bersama Rasulullah s.a.w., katanya: "Aku melihat Rasulullah s.a.w tiga kali yang orang lain tidak melihatnya sebelumku, juga tak seorang pun melihatnya sesudahku. Aku keluar bersama baginda dalam satu perjalanan. Apabila sampai di tengah jalan, kami melewati seorang perempuan sedang duduk bersama anaknya. Perempuan itu berkata: " Wahai Rasulullah, anakku ini terkena bala', dan aku juga terkena bala' daripadanya. Pada hari ini sahaja, entah beberapa kali, aku tidak tahu". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bawa kemari". Perempuan itu pun mengangkat anaknya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu baginda mendudukkan di antaranya dengan tengah kenderaan. Kemudian membuka mulutnya dan meludah tiga kali, lalu baginda bersabda: "Dengan nama Allah, Aku hamba Allah, aku menghalau wahai musuh Allah". Rasulullah s.a.w. dapat menghalau jin itu dengan amaran, tengkingan dan kutukan, tetapi ini tidak cukup. Sesungguhnya kerana kekuatan, keyakinan dan hubungan baiknya dengan Allah mempunyai pengaruh yang besar.

Bersambung...












17 comments:

  1. Salam Indra. Persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku di depan...

    ReplyDelete
  2. Salam Mybabah,
    Sy nak bertanya sikit,betul ke hantu takut pada Buah Pinang Bukit.
    Arwah nenek saudara saya pernah letakkan buah pinang bukit kat empat penjuru rumah anak dia(bapa saudara saya)Sebelum ini rumah yg bapa saudara saya baru pindah tu mmg ada pengacau,tapi lepas Arwah nenek saudara saya letakkan buah pinang bukit tu dah xde gangguan.

    ReplyDelete
  3. salam samsudin..

    memang benar kata Allah dan RasulNya Muhammad saw, bahawa syaitan tu sebenarnya lemah, cuma biasanya manusia yang selalunya bertaklid buta (dgr cerita-cerita yang tak betul)sahaja yang takut kepada syaitan ni sebab tulah jika tak tahu hakikat bahawa manusia sebenarnya lebih kuat daripada syaitan; manusia lebih takutkan syaitan ( dikatakan hantu) daripada Allah. kak suka baca cerita tentang jin ni, meningkatkan kefahaman.Cuma agak lambat dapat dtg ke sini.

    ReplyDelete
  4. SALAM BABAH...MAKIN BERAT RASANYA CABARAN UNTUK MEMJADI PEMBURU JIN INI....NYATA SEKALI BUKAN CALANG-CALANG MANUSIA YANG BOLEH MEMJADI PEMBURU JIN INI...

    ReplyDelete
  5. nice info....mmg patut juga tahu benda2 ni untuk pelindung..

    ReplyDelete
  6. salam babah...pompuan boleh ka jadi pemburu jin

    ReplyDelete
  7. Salam saudaraku Ijoks2009. Seperti manusia, makhluk lain juga mempunyai naluri tidak suka pada sesuatu. Contohnya, manusia tidak suka pada bau-bau busuk dll. Saya berpendapat, mungkin jin tidak suka pada pinang bukit, bukan takut. Saya ada beberapa senarai barangan yang tidak digemari oleh Jin. Barangan inilah yang dijadikan bahan untuk menghambat mereka. Semoga roh nenek saudara Ijoks dilimpahi rahmat oleh Allah...

    ReplyDelete
  8. Salam Werdah. Pengalaman saya menunjukkan 99% orang yang dirasuk jin ialah wanita. Apabila dirasuk iin, aurat terdedah sana sini sehingga ada yang terbogel. Alangkah aibnya. Inilah yang saya maksudkan mengapa ilmu seumpama ini wajib dipelajari, terutamanya oleh waris lelaki. Kita sibuk mengadakan hospital untuk wanita seperti hospital bersalin, tetapi apabila masuk bab kerasukan, kita biarkan sahaja pada bomoh yang 90% daripadanya seperti haruan makan anak...

    ReplyDelete
  9. Salam Jebat. Anda sudah mempunyai ciri-ciri yang dikatakan. Mohon petunjuk Allah jika berminat untuk berkecimpung dalam perkara ini. Allah kekasih kita, mengadulah. Jangan pemalu sangat...

    ReplyDelete
  10. bukan senang kan jd pemburu jin ni, org yg betul2 kuat dgn penuh iman bleh lakukan

    ReplyDelete
  11. Salam Ashabulz. Semua hal di dalam dunia ini perlu ilmu pengetahuan, termasuk bab yang sedang kita bincangkan ini...

    ReplyDelete
  12. Salam Alimaz. Wanita boleh menjadi pemburu jin jika jiwa mereka sekuat jiwa lelaki...

    ReplyDelete
  13. Salam Maiyah. Betul kata Maiyah...

    ReplyDelete
  14. Salam Babah...

    Bagi yang ingin memeburu jin ini perlu semangat yang kuat. Biasanya kaum wanita ini mudah lemah semangat (termasuk yang tukang taip ni), tu yg tak ramai boleh berkecimpung dalam arena ini.

    ReplyDelete
  15. Salam Nida. Sekurang-kurang Nida kena tahu. Manalah tahu dalam kalangan keluarga ada yang disergah jin, bolehlah Nida "bersilat" dan bagi jin tu satu "flying kick".

    ReplyDelete
  16. salam babah,
    saya ada kenalan yg boleh menghalau jin..ciri-ciri kenalan sy tu spt yg babah cerite kan..

    ReplyDelete