31 January, 2010

Isteri melamar untukku...


 "Semoga berbahagia" kata arwah emak dengan nada sinis, sambil bangun menuju ke bilik dan menghempas daun pintu dengan kuat. Arwah emak begitu marah apabila isteriku meluahkan hasratnya untuk meminangkan untukku seorang gadis bekas pengikut Arqam, Norlaila namanya. Emak antipoligami. Abah pun tidak bersetuju, tetapi abah tidak melenting seperti emak.Yang pasti mak dan abah tidak merestui hasrat itu.

Norlaila (bukan nama sebenar) berpurdah seperti ini.

Kami mengenali Norlaila kerana si gadis itu selalu berkunjung ke kedai kami. Lama kelamaan  hubungan isteriku dan Norlaila menjadi akrab. Menurut isteriku, Norlaila memang cantik, kulitnya putih mulus. Cun kata orang sekarang. Aku tidak pernah melihat wajahnya walau sepicing pun, kerana terlindung dik purdah. Berapa kali aku cuba menjeling  dan mengintai wajah di sebalik purdah itu, tetapi gagal. Semasa kami membawa si gadis genit makan di luar pun, aku masih tidak dapat mengintai wajahnya kerana dia menyuap makanan melalui bawah jilbab.

  Cinta Kecil?

Aku pernah membawa Norlaila berjalan-jalan, bersama-sama mahram, iaitu anak-anakku. Semasa sedang berdua, aku bertanya, apakah perasaan awak kepada saya. Dia menjawab dengan tersipu, "suka". Selang beberapa minggu selepas itu, isteriku meneruskan hasratnya melamar Norlaila. Aku menunggu di rumah. Norlaila bersetuju. Mana lelaki yang tidak memberi reaksi positif jika mengalami peristiwa yang semacam ini. Menurut isteriku, tidurku  setiap malam selepas hari itu sangat nyenyak dan senyum meleret-leret di muka. Kononnya, pada pandangan isteriku, aku seronok. Hakikatnya, perasaanku bercampur baur dan lebih cenderung pada kekhuatiran. Siapa yang tidak khuatir? Aku benar-benar khuatir rumah tangga bahagia yang kami bina bersama akan hancur musnah dengan kehadiran orang ketiga. Selepas hari itu, kami tidak henti-henti menunaikan solat hajat berjamaah, memohon petunjuk Allah. Akhirnya...



Allah menghantar bala tenteranya memberitahu kami siapakah gadis di sebalik purdah itu. Tanpa pertolongan Allah, mustahil kami dapat mengetahui sejarah lampau si gadis Ketereh, Kelantan ini. Tidak payahlah dihuraikan apa yang telah berlaku. Yang pasti, setelah peristiwa tersebut, isteriku tidak berani lagi menawarkan peluang kedua kepadaku untuk beristeri. Aku tak kisah kerana bagiku isteriku sudah hampir sempurna dalam serba serbi.


Luahan Hati Babah:
Cerita di atas adalah antara beberapa cebis kisah hidup yang pernah babah lalui. Bagi babah, isteri babah memang hebat dan sangat berani ketika itu. Katanya "apa salahnya kebahagiaan kita dikongsi bersama-bersama orang lain". Hati babah yang naik kecut dibuatnya. Perasaan bercampur baur antara seronok nak berkahwin lagi dan takut kebahagiaan yang ada musnah bak kata orang tua-tua "yang dikejar tak dapat, yang dijinjing berciciran". Selama hampir 23 tahun kami berkahwin tidak pernah kami merasa tidak bahagia. Allah mengasihi keluarga kami. Kepadamu wahai isteriku, inginku katakan, seandainya kau tidak berbuat syirik kepada Tuhanmu, aku pasti yang menantimu di akhirat ialah syurga firdaus, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai... Amin...






84 comments:

  1. assalammualaikum

    wah apalah cerita di sebalik purdah tu ya...
    isteri babah memang dah sempurna

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Normah. Cerita lama. Isteri tak baca lagi. Dia tengah beradu...

    ReplyDelete
  3. aiwah..! Tuankah itu di puncak mahligai?

    ReplyDelete
  4. memula CP baca, ingatkan baba citer pasal org lain, rupanya kisah babah sdri..

    hmm walaupun cerita lama, kdg2 kembali menjelma di fikiran kan babah..

    ReplyDelete
  5. Salam..:)

    Amat tinggi keimanan isteri sdra, tidak menentang poligami kerana padanya menentang maknanya menentang sunnah...menentang sunnah pasti sdra tahu!

    ReplyDelete
  6. Salam Seri Bulan. Saya selalu berada di puncak mahligai. Setiap detik dalam kehidupan dinikmati dengan syukur!

    ReplyDelete
  7. Salam CP. Cerita ini cerita lama yang sudah berlalu lebih 10 tahun. Sang perempuan sudah pun berumah tangga. Dengar cerita, perkahwinannya gagal. Saya tumpang berduka sebab dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam wayang kehidupan saya.

    ReplyDelete
  8. Salam Razak. Sekarang isteri saya tidak begitu lagi. Katanya, masa muda dulu beliau berani bersaing dengan sesiapa pun untuk memenangi hati saya. Tetapi apabila sudah berumur begini, rasanya tak mampu lagi bersaing dengan orang muda, sama ada dari segi tenaga atau bentuk badan. Tetapi Khadijah, ummul mukminin tidak begitukan?

    ReplyDelete
  9. Salam babah.kalau dua-dua merajuk P.Ramlee suruh kahwin tiga.

    ReplyDelete
  10. Babah..

    Alhamdulillah dan turut bahagia melihat Babah dikurniakan keluarga yang bahagia, jaga famili baik2 tau.. terutama hati anak2 dan isteri :)

    ReplyDelete
  11. jike isteri kite dah cukup sempurna, buat ape nak tambah isteri yer x.. semoga encik samsuddin dan keluarga terus bahagia dalam melayari kehidupan yang fana nie, insyaAllah.. :)

    Putera Melaka,
    Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
    e-Store StormReaders - http://stormreaders.net/zulfadhli

    ReplyDelete
  12. Salam Abu Muaz. Jika ikut hawa nafsu memang nak lebih daripada itu, lebih-lebih lagi semua syarat mencukupi,tenaga, wang ringgit dan kemampuan lain. Namun demikian, pertimbangan yang jitu perlu dibuat kerana jika salah langkah ibadat kepada Allah pun akan terjejas. Cubalah tanya kawan-kawan kita yang berpolagami (jarang yang berjaya...)

    ReplyDelete
  13. Salam Nida. Isteri babah cukup segalanya. Babah sedar babah telah banyak menyakiti hatinya. Banyak kali juga babah membuat dia menangis kerana "kenakalan" babah. Moga dia terus tabah dan babah pula tidak nakal lagi...

    ReplyDelete
  14. Salam Mybabah..saya setuju dgn pendapat Ahmad Zulfadhli, bukan bermakna saya menentang poligami tp klu nak berpoligami tu, biarlah ada alasan yg kukuh utk kawen lg..betul tak mybabah..??Rasulullah setia dgn Siti Khadijah,kan mybabah??..huhu

    ReplyDelete
  15. Salam Ahmad. Jika Ahmad belum berumah tangga, satu resepi babah ialah pada malam pernikahan, babah solat hajat sebanyak yang mungkin mohon Allah teruskan pernikahan itu jika hasilnya baik atau batalkannya jika membawa mudharat kepada hidup babah. ALlah restu. Sehingga sekarang kami aman sejahtera. Belum pernah bermasam muka lebih daripada 1 jam walau sudah berkahwin lebih 23 tahun...

    ReplyDelete
  16. Salam Suri. Rasulullah s.a.w. mengahwini isteri-isteri yang lain selepas kewafatan Khatijah. Tak tahulah itu tanda kesetiaan atau tidak mahu melukakan hati ummul mukminin. Tetapi semasa Aisyah, hal ini tidak berlaku. Rasulullah juga amat menyintai Aisyah...

    ReplyDelete
  17. Salam TUAN SAMSUDIN,
    Kalau isteri saya seperti isteri tuan, saya boleh kena sawan! Gurau saja. Mungkin taun boleh berkongsi tip kebahagiaan rumah tangga dgn pembaca yang lain. Haruslah tip yang realistik dan tidak diadakan-adakan, seperti kebanyakan penceramah agama yang saya sendiri tidak yakin, mereka melakukan apa-apa yang disarankan. Pengalaman luas tuan pasti dapat membantu golongan 'mentah' seperti kebanyakan pembaca blog hebat ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  18. Salam Tuan Munsyi. Hidup saya penuh dengan warna warni (colourful). Kadang-kadang saya khuatir orang kurang percaya. Itu sebab saya keluarkan tidak sekali gus. Selepas ini saya akan khabar zaman persekolahan saya yang indah sebagai ketua murid, pelari pecut Selangor (tahun 1981) dan peserta sekolah pertama menyertai SUKMA. Saya juga pernah bergiat cergas dalam aktiviti perdukunan dan pernah merawat Allahyarham Sudirman (ini lagi menimbulkan keraguan pembaca). Insya-Allah panjang umur, saya akan ceritakan kepada generasi muda betapa dalam diam kita boleh membina bakat yang bagus dan yang pelik-pelik. Semoga Allah tidak menjadikan babah seorang munafik yang berbohong apabila berkata-kata.

    ReplyDelete
  19. salam mybabah,

    1st,
    saya kagum dengan isteri tuan. tahniah kerana dapat isteri yg sebaik, tabah dan berani . tak ramai wanita yg mampu berfikir sebegini. saya juga pernah fikir +ve tentang poligami ni. banyak kelebihan dari pihak isteri juga. tapi.. hanya berfikir sahaja. hakikatnya? saya pun tak mampu kot nak berkongsi kasih? entah...

    2nd,
    pasti ada cerita disebaliknya kenapa tak menjadi kan?
    hanya tuan dan isteri, gadis tersebut yg tahu kenapa dan mengapa.

    yang pasti,
    setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. kasihsayang tuan & isteri makin bertambah kan,

    tahniah!!

    ReplyDelete
  20. salam...babah....baiknya isteri babah.....kalau saya tak mampu....huhuhu....

    ReplyDelete
  21. Salam Samsudin,

    Terkedu membaca N3 ini. Semoga rumahtangga samsudin aman damai, cukup bahagia dengan apa yang Allah dah kurniakan. Amiin.

    ReplyDelete
  22. Salam BluE. Pertanyaan ini yang saya tunggu. Selepas saban hari kami memohon pentunjuk Allah, maka ramai pengunjung kedai datang menceritakan berita tak baik tentang si gadis itu termasuk Tuan Haji Zabidi, bekas penasihat undang2 Abuya Shaari. Sehingga sekarang Zabidi merupakan kawan baik saya. Kedai kami kedai buku-buku agama. Oleh itu, golongan tersebut ramai yang datang. Saya juga sempat membuka sebuah TASKI untuk dijaga si gadis. Banyak juga wang habis ketika itu. Beberapa tahun lepas saya mendapat berita si gadis sudah berkahwin dan perkahwinnya hanya bertahan selama enam bulan sahaja. Tentang cerita buruk yang lain, tak payah ceritalah. Hanya sebagai iktibar, "pakaian tidak menggambarkan apa2". Selepas peristiwa itu, perniagaan kami merudum hingga terpaksa ditutup kerana orang lebih percaya tohmah dan mehnah si gadis berkenaan daripada kami, perniaga yang ingin mencuba nasib berniaga sendiri...

    ReplyDelete
  23. Salam Alimaz. Itu dulu, sewaktu kami muda belia. Sekarang isteri saya tersangatlah cemburu sebab "hubby" dia selalu pasang badan. Saya faham lumrah manusia dan saya faham perasaan isteri saya. Dia tetap isteri solehah.

    ReplyDelete
  24. Salam Werdah. Jika kita imbau peristiwa lampau, kita seakan-akan menjalankan watak kita. Yang menentukan cerita ialah Pengarah Yang Agong. Kita hanya berdoa agar kesudahan cerita biarlah "Happy ending"...

    ReplyDelete
  25. salam my babaah

    huhuhuhu
    takut pulak saya baca citer ni

    tp isteri babah mmg sgt berani
    saya kagum

    huhuhu

    saya doakan babah skluarga bahagia hingga selamanya..

    amin;)

    this story reminds me about something..huhu

    ReplyDelete
  26. Salam Jane. Apa nak ditakutkan. Dalam pentas dunia ini, kita hanya pelakon dan Pengarahnya ialah Allah azzawajjala. Tugas kita hanya berdoa dan terus berdoa jangan jemu. Rasulullah s.a.w. pernah berkata, "Qadar Allah tidak akan berubah kecuali dengan doa". Solat adalah doa dan jangan diragui "The Power of Solat"...

    ReplyDelete
  27. salam babah,.,
    babah memang sgt2 bertuah krana mmpunyai isteri yg sungguh mukia sikapnya,.
    sekarang,boleh dibilang berapa kerat sahaja isteri yg mmbenrkn suami kahwin lain.,.

    em,.
    tp,apakah kisah wanita itu ye,.,.

    ReplyDelete
  28. kalau orang lain yang cerita, saya tak mahu percaya. moral cerita ini saya rasalah .. sayang awak kepada isteri bertambah kuat dan teguh selepas peritiwa itu kan ? maksud saya bila mengenangkan dia sanggup berkorban sebegitu rupa ..
    jadi sangatlah zalim kalau awak mempersia-siakan dia.

    ReplyDelete
  29. salam
    semoga Allah sentiasa merahmati kak Rahila, bagi saya dia memang wanita hebat

    ReplyDelete
  30. haih.. adakah saya mampu menjadi seperti isteri babah???
    rasanye saya lebih menjadi seperti bonda babah..kekekekeke

    ReplyDelete
  31. semoga berbahagia ke akhir hayat uncle..:)

    ReplyDelete
  32. Salam CikTI. Nama sebenar gadis tersebut sudah saya berikan. Sedikit penjelasan telah saya jawab dalam komen terhadap pertanyaan Cik BluE. Sesiapa yang boleh mengesahkan cerita ini dari perspektif di gadis silalah. Dunia ini kecil. Carilah wanita bernama Yuslaila (bekas pengikut al-Arqam) nescaya jawapan terdapat di sana.

    ReplyDelete
  33. Salam Pak Hamzah. Hal ini telah lama berlalu. Kawan saya seorang doktor, yang menentang habis-habisan hasrat isteri saya kini sudah pun berkahwin dua. Malangnya dia menceraikan isteri pertama. Kadang-kadang saya beri "hint" juga pada isteri sama ada pelawaan dulu masih terbuka. Tetapi, sudah tak ada peluang kedua lagi Pak Hamzah. Katanya dia sudah tak mampu nak bersaing. Masa-masa depan, saya tidak dapat menjangka. Apa-apapun, saya sangat sayang isteri saya...Di sini saya sertakan no telefon bapa saya di kampung 03-90211595. Bapa saya sudah uzur, tetapi saya rasa dia masih ingat. Dia sangat sayangkan menantunya yang seorang ini...

    ReplyDelete
  34. Salam Ros. Jika ada rezeki, kita akan berjumpa dan boleh berkenalan dengan isteri saya. Auranya hebat. Musuh boleh menjadi kawan karib. Yang baharu kenal, akan terus terpaut...

    ReplyDelete
  35. Salam Nafira. Jaga suami baik-baik. Apabila dia mula nakal, susah dibendung. Di luar sana terlalu banyak dugaan buat sang suami... Jangan badan...

    ReplyDelete
  36. Salam BK. Babah sekeluarga sihat. Hanya beberapa hari lalu demam urat kerana angkat "weight" secara drastik di Gym. Sekarang agak pulih sebab dah telah dua biji pil sakit urat. BK sihat ke?

    ReplyDelete
  37. gelang patah kat johor...kg pok ker?

    ReplyDelete
  38. Best..Babah..
    hisss...tahniah!
    payung emas tu dah dapat separuh tu..
    hee..
    memang tidur pun boleh tersenyum punya lah..!!!

    ReplyDelete
  39. salam babah,

    mcam2 dah babah lalui, semoga keluarga babah semakin bahagia dan terus bahagia

    ReplyDelete
  40. Salam Black_mel. Papap tanda Gelang Patah hanya gambar hiasan.Tiada kena mengena dengan cerita. Tetapi ungkapan Patah tak tumbuh hilang tak berganti penuh maksud yang tersirat.

    ReplyDelete
  41. Salam LB. Jika dahulu isteri dapat payung emas, tajuk N3 kali ini mungkin berbeza. Entah-entah sama dengan tajuk filem P. Ramlee. Biasanya apabila halangan pertama dapat dilepasi, halangan kedua tidak menjadi masalah...

    ReplyDelete
  42. Salam Mohamad. Semoga dia Mohamad dimakbulkan Allah amin...

    ReplyDelete
  43. Salam..
    Alhamdulillah...org perempuan jika mencintai suami dgn ikhlas, seboleh2nya nk membahagiakan suaminya. Suami saya pernah berkata, bohong kalau lelaki tak ada hasrat nk kawin lebih dr satu. Tp kemampuan diri dr segala segi perlu diambil kira agar rumahtangga yg sedia ada tak terabai dan yg baru juga tak tercuai. Isteri yg ikhlas tak akan berkira dgn suami cth mcm isteri babah. Saya pun tak berkira sbb tu saya boleh faham perasaan isteri dan faham perasaan babah sbb suami saya pun pernah nk kawin dgn kawan baik saya. Cuma jodoh tiada mcm babah juga...mungkin itulah yg terbaik utk kita tanpa kita ketahui...Allah Maha Mengetahui lagi Maha Adil!

    ReplyDelete
  44. Salam Niza. Komen ikhlas yang menyusuk hati nurani babah. Terima kasih. Apa yang babah lihat, perkahwinan kedua ada bersebab, sekurang-kurangnya berlaku apabila ada perselisihan dengan isteri pertama. Dalam kes kita, tidak begitu. Macam suka-suka. Alasan yang tidak konkrit. Dalam keadaan itu, jarang menjadi kenyataan. Namun, sempat juga Babah tidur tersenyum seperti kata isteri babah...

    ReplyDelete
  45. Salam SIP. Saya pernah berjumpa perempuan yang jauh lebih hebat (isteri saya tidak hebat mana). Kata mereka tanggungjawab isteri berat, maka kalau dapat dipindahkan sebahagian maka terlepas daripada dosa tidak menunaikan tanggungjawab itu. Itu semua banyak berlaku dalam zaman babah, mungkin sekarang tidak. Wallahualam.

    ReplyDelete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Salam Cikgu Jang. Ha..ha..Takkan lelaki kot. Baru borak pasal budak dengan isteri kejap tadi. Kami pun rewind cerita lama. Salah satu sebab, belum apa-apa dah cemburu dan "put pressure" pada isteri. Lain-lain, biarlah jadi rahsia dalam hidupku. Masa tu angau juga babah. Nak teroka tanah baharulah katakan...he..he..

    ReplyDelete
  48. alaah ceritanya sedikit tergantung la..x tau apa kes dngn wanita purdah tu..siapa dia sbnrnye sehinggakan x jadi babah nk kawen ngan dia.hehe..mungkin jg kalau babah x g tau namanya maka elok juga diceritakan smpi habis,.x dela mengaibkan dia sngt.hnya untuk pengajaran kpd semua..

    dan sy terfikir jg bagai boleh istri babah berniat nk cari madu sorang..hmm..murni betul hati istri babah...cuba cari skrng,istri manna yg sanggup.haha..mmg x kn ade la..jarang sngt2 perempuan sanggup dimadukan..hehe.

    dan ttng babah pulak..hmm..kalau sy kt tempat babah pun x mudah2 nk menolak kn.haha..bukan senang nk tunggu istri sanggup dimadukan..bonus tu..ye mmg betul ada sedikit perasaan bimbang itu dan ini,namun kita sebagai seorang lelaki pd masa yg sama tidak dapat jgk disembunyikan sedikit persaaan kegembiraan disebalik khabar yg baek seperti ini.hehe..namun baek dielakkan jika msh bnyk perkara tidak sempurna..

    ReplyDelete
  49. Salam.

    Sungguh hebat dan selari dengan firman.

    Allah akan menolong orang yang ikhlas.

    ReplyDelete
  50. salam babah, saya harap hari 'itu' akan tiba dalam masa terdekat, insya Allah. Kirim salam kt kak rahila ye...

    ReplyDelete
  51. babah.. mohon copy yer.. hehehe.. x bagi pun nak jugak.. hehehehe

    ReplyDelete
  52. Salam Babah...
    Suspen pada mulanya,ingatkan kisah hidup orang lain...rupanya kisah silam hidup babah...mulianya hati isteri babah...tahniah,babah dikurniakan isteri yang cantik dan solehah...moga rumahtangga babah bahagia dunia akhirat...

    ReplyDelete
  53. tp org nak simpan jer untuk bakal isteri nnt

    ReplyDelete
  54. isteri yang hebat, semoga Allah telah pun menganugerahinya payung emas walau hasrat tak kesampaian.. sekurang-kurangnya dia ikhlas... pastilah perasaan cinta dan hormat babah lebih tinggi dari sebelumnya.. semoga kita semua dirahmati Allah dan dikurniakan kebahagian dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  55. apakah tindakan kerajaan terhadap blog celaka ini?

    ReplyDelete
  56. "apa salahnya kebahagiaan kita dikongsi bersama-bersama orang lain"- SHAHDU BETUL AYAT NI!

    ReplyDelete
  57. salam singgah babah,
    kecekalan seorang isteri harus dikagumi...saya sndri berada dlm situasi yg sama namun dlm bentuk drama yg berbeza.alhmdllah, kami msh brsama mlh semakin brtambah baik...bukan mudah sbnrnya tp perlu kuat menangkis godaan syaitan...moga babah trus mengkagumi isteri sebaik isteri babah...insyllah

    ReplyDelete
  58. Salam Syah. Sedikit sebanyak sebab tak jadi, ada saya ceritakan dalam menjawab komen kawan-kawan di atas. Tetapi yang lebih besar daripada itu ialah terserlah sgt ketidaksesuaian beliau dengan isteri saya. Satu perkara yang saya tak syok dengar apabila dia kata kami (saya dan isteri) macam belangkas, pergi ke mana-mana berdua-dua dan siap pegang tangan lagi. Belum apa-apa sudah cemburu bagai nak rak...Saya takut sgt dia tak tahu makna adil. Keadilan antara saya dan dia dan keluarga yang ada seramai 8 orang...

    ReplyDelete
  59. Salam Leenoh. Ikhlas bukan datang secara tiba-tiba. Hakikatnya ia perlu dipupuk dan yakin kepada qada dan qadar Allah s.w.t. umpama kita bersedekah, selepas itu kita tahu orang yang kita beri sedekah itu telah menipu kita. Adakah ikhlas kita tercabut daripada hati lantaran rasa ditipu?

    ReplyDelete
  60. Salam Ros. Hari 'itu' apa? Saya sudah tiada mengharap apa2. Rasanya, semua sudah cukup...

    ReplyDelete
  61. Salam Bujang. Copy tak jadi masalah. Persoalannya, keyakinan orang pada cerita itu. Nampak macam terlalu ideal. Nanti jika dah ada calon dan selepas calon kedua yang lain, hubungi teacherrahila@blogspot.com untuk mendapat khidmat nasihat...

    ReplyDelete
  62. Salam Cemomoi. Kalau nak komen terlalu melambung tentang isteri, nanti dia baca, timbul riak pula. Mungkin kalau berbeza pun, isteri saya sangat rajin membaca al-Qur'an dan al-maksurat dan setiap malam ajar anak-anak mengaji. Tugas saya diambil sepenuhnya. Dulu tugas itu tugas saya...

    ReplyDelete
  63. Salam Omen. Ayat itu telah disahkan oleh isteri. Beliau telah membaca tulisan saya ini kesemuanya tanpa bantahan. Mulanya saya khuatir, perspektif saya dan dia berbeza. Tetapi dia diam. Oklah tu. Pagi-pagi lagi isteri sudah telefon dari sekolah menanyakan respons kawan-kawan lain...

    ReplyDelete
  64. Salam Girl. Hakikatnya ramai yang mempunyai pengalaman yang seakan-akan sama-sama. Apa-apapun percayalah ajal, maut, rezeki dan pertemuan adalah milik mutlak Allah azzawajal...

    ReplyDelete
  65. Salam Husin. Terima kasih. Masa-masa depan masih tak ketahuan. Semoga tiada yang merumitkan...

    ReplyDelete
  66. Salam Babah,
    Suatu pendedahan berani, kalah rancangan "TERJAH" tu. Saya amat menghormati keihklasan isteri Babah dalam hal ini dan saya percaya, keadaan seperti itu amat amat amat jarang berlaku. Namun, saya lebih terkesan dengan tindakan Babah yang menggunakan mekanisme yang betul untuk membuat penilaian yang sewajarnya... kita berserah kepada Allah melalui solat dan berdoa kepada-Nya. Dalam keadaan seperti itu, saya percaya hanya Dia yang mampu memberikan petunjuk dan hidayah.

    ReplyDelete
  67. salam ziarah ya kekandaku Mybabah....terlebih dahulu ribuan terima kasih atas kesudian belanja saya hari ini...semoga pertemuan kali pertama ini akan membuatkan jalinan ukhwah ini berkekalan dan dirahmati allah....cerita yang menarik...dan pastinya orang yang sudah berumahtangga akan mengalami situasi yang tak jauh beza dengan mybabah...semoga apa yang telah mybabah bina selama ini bersama isteri tercinta kekal hingga ke akhir hayat....

    ReplyDelete
  68. Salam. Komen Cikgu Nizar tidak pernah mengecewakan saya apabila membaca. Komen yang matang dan menyenangkan. Komen yang dibuat setelah memahami betul maksud yang tersirat dan tersurat. Bahasa pula cantik susun aturnya, santun bunyinya. Terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete
  69. Salam Jebat Berani. Abang gembira satu hari ini kerana berkesempatan berjumpa dengan Jebat, orang muda yang matang, tinggi pengetahuan dan banyak pengalaman. Semasa abang seusia Jebat, panas baran selalu menghambat kematangan. Mungkin latar belakang hidup membezakan kita dari segi itu. Namun, aliran yang kita bawa nampak sejajar, menuju ke arah destinasi yang satu...

    ReplyDelete
  70. salam babah. lama saya tak berkesempatan untuk singgah.

    wah! hebat betul cubaan yang dilalui.. tahniah babah kerana memiliki keluarga yang amat bahagia.

    dan terima kasih untuk tips solat hajat pada malam pernikahan tu. memang itulah yang sebetulnya patut kita lakukan kan? kerana DIA adalah PERANCANG YANG PALING HEBAT.. DIA MAHA MENGETAHUI.

    ReplyDelete
  71. Salam Greenhall. Bila nak turun KL. Semalam babah makan-makan dengan Jebat Berani. Memang sah, Jebat Berani. Suka ada kawan-kawan yang berani, lebih-lebih lagi yang muda-muda. Terasa babah kembali muda He..he..

    ReplyDelete
  72. wat a story...!!....hahaha....tak sangka babah ader cerita mcam nih,..teruja saya.....sehingga saya nak tahu sape sebenarnya gadis berpurdah tuh,...wah, kalo diikutkan, sekarang ni babah kira ada banyak cawangan la ye,...oopppss!!...sory.....

    apa2 pun, tahniah la babah,....sebab dapat isteri yang sangat best....semoga babah berdua bahagia dunia akhirat....salam...~

    ReplyDelete
  73. Salam Daud. 23 tahun perkahwinan bukan satu masa yang singkat. Banyak liku-liku hidup berkeluarga sudah kami lalui. Kes yang diceritakan banyak kali juga berlaku. Tetapi yang lain itu terlalu "straight forward" dan tiada unsur-unsur yang dramatik. Jika sudah ketandusan cerita nanti mungkin babah "revisit" cerita-cerita itu...Gadis berpurdah itu, kini sudah kembali solo...

    ReplyDelete
  74. Assalamualaikum,

    Tak tau nak komen apa. Tapi saya lega bila akhir cerita. Tak jadi kawin.

    ReplyDelete
  75. Salam Kunang-kunang. Naluri perempuan...

    ReplyDelete
  76. salam..
    wah bertuah sungguh babah dapat seorg isteri yg solehah..segala puji milik Allah...terima kaseh berkongsi pengalaman

    ReplyDelete
  77. Waalaikumsalam. Mazru, harap-harap ada peluang kali kedua. Bukan dah tak sayang isteri, tetapi teringin. Moga komen ini tidak dibaca isteri...

    ReplyDelete
  78. salam babah,
    saya merenung kembali istilah cinta ikhlas yang perlu di beri perhatian. betapa beruntungnya keutuhan ikatan kekeluargaan yang berteraskan keimanan.Dunia ini hanya pinjaman."make meaning of it and live to the fullest! As I said during lunch, "you are phylosophical person"i admire traits, Keep it up! How I wish I could turn the clock!masih mencari cinta sejati dalam meniti usia..Cinta yang tidak pernah kecundang adalah cinta agung ALLAH s.w.t.

    ReplyDelete
  79. yang pasti epal tak sekuat dan setabah isteri babah.
    sangat tidak.
    takut jadi seperti watak ketiga dalam drama kehidupan babah pula.
    na'uzubillah.

    ReplyDelete
  80. Salam Lela. Sangat-sangat ingin mengetahui apa yang tersirat dalam kata-kata Lela. Nanti kita duduk berbual-bual...

    ReplyDelete
  81. Salam epal hijau. Yang lebih penting ialah belajar menjadi matang dalam segala aspek kehidupan.

    ReplyDelete