Sememangnya saya meminati iklan. Iklan mencetus kreativiti. Iklan terkini yang menarik perhatian saya ialah iklan tentang pembaziran yang menyebut perkataan "mottainai" yang menurut pengiklan berkenaan ia bermaksud "alahai membazirnya". Iklan ini saya dengar saban hari di radio Hot FM. Makna yang diberikan pada perkataan "mottainai" itu mungkin tidak tepat atas alasan ungkapan "tiada lagi mottainai" pada akhir iklan. Jika diterjemahkan ayat itu, ia akan berbunyi "tiada lagi alahai membazirnya".
Mottainai (もったいない, 勿体無い) is a Japanese term meaning "a sense of regret concerning waste when the intrinsic value of an object or resource is not properly utilized." The expression "Mottainai!" can be uttered alone as an exclamation when something useful, such as food or time, is wasted. In addition to its primary sense of "wasteful," the word is also used to mean "impious; irreverent" or "more than one deserves."
Terjemahan Wikipedia
Bercakap soal pembaziran, sebenarnya bukan orang Jepun sahaja yang membenci pembaziran. Bangsa-bangsa lain di dunia juga membenci sikap buruk ini. Dalam peribahasa Melayu “beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis” jelas membawa maksud peri pentingnya sikap berwaspada dan berjimat cermat dalam kehidupan supaya tidak susah pada kemudian hari.
Jika diamat-amati, perkataan "mottainai" lebih berbentuk rayuan supaya orang ramai tidak melakukan pembaziran. Dalam perbendaharaan kata Melayu pula, pembaziran digambarkan sebagai berboros, membuang-buang, mubazirkan,membelanjakan berlebih-lebihan, berroyal-royal, berporah-porah, cabar dan buar. Jelasnya, perkataan Melayu lebih tegas dalam membenci sikap pembaziran ini.
Pandangan Islam tentang pembaziran malah lebih tegas lagi.
Allah berfirman yang mafhumnya berbunyi, "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya" (Surah al-Isra, ayat 27). Ini suatu gambaran yang agak keras kerana syaitan itu maklhluk yang amat ingkar terhadap perintah Allah.Berhubung dengan larangan pembaziran ini juga, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi sedekah miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iatu mengada-ngadakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.
Ibnu Qaiyyim al-Jauziah, seorang ulama dan tokoh dakwah Islamiah ada mengatakan bahawa terdapat sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia, iaitu:
1. Ilmu pengetahuan: Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
2. Amalan: Membazir jika dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas.
3. Kekayaan: Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
4. Hati: Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
5. Tubuh badan: Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
6. Cinta: Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau mendahului cinta kepada-Nya.
7. Masa: Membazir jika tidak diuruskan dengan sebaiknya.
8. Akal: Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna pada agama.
9. Zikir: Membazir jika tidak memberi kesan pada hati.
Contoh Pembaziran
Gambaran "rumah saudara syaitan" mengikut Surah al-Isra, ayat 27
Kesimpulan:
Mottainai...
Nota Bahasa Melayu:
Cabar = 1. kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros;
Buar = Boros, tidak hemat.
Mafhum = 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;
Mafhum = 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;