Sedih...
Apabila di sekolah kesilapan begini masih berlaku!
Keceriaan bukannya kecerian
Geram...
Apabila pihak berkuasa masih mengabaikan ejaan yang betul!
Pangsapuri bukan apartment
Alor Star bukan Alor Setar
Kecewa...
Apabila orang politik juga tidak ambil kisah!
Relevan bukan releven
Meluat...
Apabila bahasa Inggeris terus diutamakan!
Panggilan kecemasan bukan emegency calls
Meloyakan...
Apabila kenakalan "budak-budak" lambat diperbetulkan!
Mungkin pihak yang berkenaan tidak pandai membaca
Menggeletek...
Apabila kesilapan tidak disengajakan berlaku!
Didakwa bukan didakwah
Simpati...
Apabila Si Jahil cuba memandai-mandai!
Tempat letak kereta bukan kapak ("car park")
Kaget...
Apabila masalah serupa juga berlaku di seberang!
Begitulah ceritanya...
Awas "Paparazi" akan mengekori anda!
Nota:
1. Hentam kromo bermaksud:
i. Melakukan sesuatu dengan sesuka hati.
ii. Tanpa pertimbangan lain yang wajar.
2. Semberono bermaksud:
i. Tidak hati-hati (tidak difikirkan baik-baik), sembarangan, kurang teliti.
ii. Kurang sopan (perkataan, perbuatan), kurang manis (dlm erti kiasan).
3. Menggeletek bermaksud mencuit (mencubit) supaya jadi geli.
4. Kaget bermaksud terkejut, terperanjat.
Terima kasih Ibnu Hashim (http://www.ibnuhasyim.com) atas kebenaran menyiarkan semula beberapa gambar di atas.
Kitar semula gambar-gambar daripada entri yang lalu...
terimakasih.. perkongsian ilmu yg sangat menarik dan berguna. Adakala kita tidak sedar sedang melakukan kesalahan ejaan...
ReplyDeleteAssalamualaikum, kesalahan ejaan memang sering terjadi kalau kita kurang perihatin...terima kasih.
ReplyDeleteSalam Babah,
ReplyDeleteTahniah atas paparan "kecacatan" penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda. Teruskan usaha Babah.
Waalaikumsalam Azieazah dan MuslimatLipis. Jika kita peka dan rajin membuat sedikit rujukan (cth Kamus), insya-Allah kesilapan dapat dikurangkan, terutamanya pada penulisan rasmi. Yang tak rasmi, terpulang. Tetapi, kebiasaan dalam urusan tak rasmi banyak mendorong kita membuat kesilapan. Wallahualam.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Saudaraku Md Nizar. Dorongan daripada orang yang lebih arif seperti anda bagaikan menerima sebutir intan yang amat berharga. Jazakaullahu khairan kathira.
ReplyDeletekat alor gajah.. simpang empat jadi simpang ampat.. =)
ReplyDeleteSalam Putra. Jika nama khas,lebih-lebih yang telah diwartakan seperti Dewan Bandaraya (patut dieja bandar raya), Edaran Otomobil Nasional (patut dieja automobil)dan banyak lagi yang disalah eja, tidaklah mengapa atau tidak menjadi kesalahan.
ReplyDeleteSalam babah.... huhuhu... ni la akibatnya bila bahasa asing lebih diutamakan dari bahasa ibunda.. tahniah UMNO kerana telah dan sedang memperjuangkan bangsa dan bahasa melayu agar terus pupus ditelan zaman. hidup najib... hahaha...
ReplyDeleteSalam TUAN SAMSUDIN,
ReplyDeleteTahniah setinggi-tingginya. Usaha tuan, dengan izin Allah SWT, akan dirahmati dan diberkati. Tentang 'apartment' boleh digunakan, tetapi ejaannya 'apartmen'. Ttg Alor Star, kalau tak silap saya, pemerintah PAS telah menukarkannya kembali kepada Alor Setar. Teruskan usaha tuan, teruskan!
Salam Bujang. 1Malaysia kena tipu. He..he..
ReplyDeleteSalam Munsyi Azhar. Terima kasih. Saya akan selidik sama ada Alor Setar telah diwartakan atau tidak. Setahu saya Kota Setar sahaja yang dieja sedemikian. Jika kembali ke blog ini, sms saya di talian 013-3510250. Saya ingin berbicara dengan tuan.
ReplyDeletemmg mrk lepas pndang, mrk lebih besar2kan bahasa eng dr bahasa sendiri, matematik pun dlm bahasa ing :(
ReplyDeleteSalam Maiyah. Sejak dari mula apabila matematik diajar dalam BI, saya sudah meramalkan tindakan ini akan mendapat tentangan hebat daripada pejuang-pejuang bahasa. Alhamdulillah, jangkaan saya tepat walaupun proses penentangan agak perlahan.
ReplyDeletewah..banyak betul kesalahan ejaan..
ReplyDeleteHmmm...Liyana, begitulah apabila bahasa Melayu dipinggirkan. Orang semakin tidak peduli.
ReplyDeleteTuan Samsudin,
ReplyDeleteTeruskan usaha baik dan terancang sebegini, yang menarik juga tentang 'KAPAK' itu... sampai macam itu jadinya...
Satu lagi nombor telefon 'LAKU', apakah maknanya itu?
Tahniah tuan kerana paparan sebegini.
Salam Sifu Rusdi. Pada mulanya perhatian saya hanya pada tajuk sahaja. Stelah tuan tanya, baru perasan ada no panggilan untuk "LAKU". Nantilah saya cuba-cuba telefon. Kadang-kadang hairan juga. Papan tanda untuk orang ramai, tetapi kita yang membacanya tak faham...
ReplyDeletewah...sungguh lawak dan menyedihkan...
ReplyDeletesilap,tersilap atau sengaja silap?
oh!...bahaya sungguh...boleh tersesat orang
salam babah.,
ReplyDeletesuka sangat maklumat ni.,.
salam Tuan, Pertamanya,terima kasih banyak2 kerana sudi menjenguk ke laman saya di Sesumur Sawah Di Ladang,. Kemudian yang teramat setinnggi penghargaan keran sudi menjemput saya untuk bertamu di blog tuan yang sudah pastinya sangat ilmiah dan menggembirakan saya. Semoga ukhwah antara kita sentiasa terjalin dan berlakunya lebih banyak perkongsian ilmu antara kita. Setinggi penghargaan kepada tuan sekeluarga.
ReplyDeleteSalam Iqbal. Hidup kita ini pelbagai. Ada suka, ada duka. Ada sedih, ada ketawa. Ada ketika kita marah dan ada ketika kita ketawa. Jika semua elemen ini dapat kita adun dengan baik, insya-Allah tiada yang terlepas daripada jangkauan kita. Walau bagaimanapun, kita semua masih belajar dan masing-masing menuju ke arah itu.
ReplyDeleteSalam CikTi. Babah gembira kerana berjaya mengembirakan orang lain seperti CikTi. CikTi semakin dewasa (semalam sambut hari jadi yang ke berapa?) dan semakin memahami mesej yang tersirat bukan sahaja yang tersurat. Hari-hari saya baca blog CikTi, walaupun agar sukar. Namun tujuannya jelas, iaitu untuk mengembirakan orang lain dan saya salah seorang daripada mereka.
ReplyDeleteSalam Cikgu Zam. Insya-Allah selepas ini kita akan saling bertukar-tukar fikiran dan mendapat keberkatan daripadanya.
ReplyDeleteape kate kalau xpyh gune alphabet dah.. kembali kepada tulisan jawi..
ReplyDeleteSalam Sabariah, jika tukar kepada tulisan jawi akan berlaku kiamat di Malaysia....
ReplyDeleteTuan Samsudin,
ReplyDeleteTuan telah tersalah hantar komen dalam entri baharu saya berjudul 'Alam Baharu', komen @ tulisan tuan itu ditujukan kepada rakan saya iaitu Azhar Salleh...
memang lawak dan lewahnya kita dengan bahasa ye... ngapa orang melayu sendiri tak mau mendaulatkan bahasanya sendiri
ReplyDeleteSalam Rusdi. Maaf atas kealpaan saya.
ReplyDeleteSalam Cemomoi. Gembira mendapat komen Cemomoi kerana agak lama cemomoi menyediri. Selamat menyambut Maal Hijrah.
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya..
Satu usaha yg baik utk memartabatkan bahasa yg dipandang sebelah mata oleh kerajaan..
Alor Setar tu, memang dah ditukar kembali keasalnya oleh kerajaan Pas sebab ejaan tu mengambil sempena nama pokok SETAR... tak ada pokok STAR.
Terima kasih Shaniza. Harap Kerajaan PAS tidak sekadar menukar secara menyebut sahaja tetapi perlu juga mewartakan nama berkenaan supaya menjadi rasmi.
ReplyDeletebabah,,
ReplyDeletetrima kasih ats komen ikhlas,.,
tapi,,
sudah dinyatakn dlm entry,,
siapa yg rase tahu atau alim mengenai bnda nih.,
manala tahu antara kita ada yg tahu atau mmg arif pasal bnda ni.,
harap maaf babah,.
cikti bkn berniat mmpermainkan hukum Allah,.
sbb tu wujud persoalan di situ,.
sbb sape yg arif,,boleh bagi maklumat yg boleh dikongsikan.,
sbb tu bnde nu dtmbulkn..,.
dan bagi yg kurang arif,,atau ragu2 tntang bnde ni,,boleh turut sama mndpt input dpd yg lebih alim
(that entry has been deleted)
Salam CikTi. Ruang kecil bersaiz 3"X4" ini sangat tidak sesuai untuk memperdebat sesuatu yang serius seperti isu agama. Babah perhati dalam kalangan pembaca tegar Cikti ramai remaja dan golongan biasa. Oleh itu, kurang sesuai. Babah pernah melihat beberapa blog yang berbalah tanpa penghujung dalam isu seumpama ini. Namun, itu sekadar nasihat. Mohon maaf, jika ia menyinggung perasaan anda.
ReplyDelete