10 December, 2009

Cerita Sedih Di Pantai Remis


Petang tadi, ketika dalam perjalanan menuju ke Taiping dari Lumut, setelah dua hari bermalam di Pulau Pangkor, kami melewati Pantai Remis dan berdepan dengan satu peristiwa yang benar-benar menyayat hati.  Gambar-gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya...


Photobucket


Si Ibu tidak mahu meninggalkan anaknya yang telah dilanggar kereta (bukan kereta kami) dan dia tetap berada di sisi anaknya yang telah mati di tengah-tengah jalan.  Sewaktu kami sampai di tempat kejadian, seorang penduduk di kampung berkenaan telah membawa Si Ibu dan Si Anak itu ke tepi jalan.  Walaupun kedua-duanya telah dipindahkan, Si Ibu masih tetap bersama-sama anaknya, tanpa menghiraukan orang ramai yang berada di sekeliling kawasan itu.  Si Ibu nampak begitu sedih dan terus menatap Si Anak, sambil menguis-nguiskan kakinya pada Si Anak dengan harapan agar Si Anak akan sedar kembali.  Air liur Si Ibu terus mencucuran.  Adakah itu tanda kesedihan yang teramat sangat bagi seekor haiwan?  Sengaja saya tidak mahu menyebut nama haiwan ini kerana tiba-tiba timbul perasaan malu untuk menyebut nama itu kerana makhluk ini saya rasa lebih tahu erti kasih sayang berbanding dengan sebahagian daripada makhluk yang diberikan Allah akal dan perasaan, tetapi gagal menghayatinya. Wallahualam.

Gambar-gambar lain:






Sebak hatiku...

Saya menghantar entri ini dari sebuah Kafe Siber di Kamunting, Perak Darul Ridzuan.

31 comments:

  1. Binatang memahami erti kasih sayang.Sayang sungguh manusia yang kejam pada ibu,anak, suami, isteri....

    ReplyDelete
  2. sedihnya....saya x leh tgk keadaan macam tu, nanti terbawa2 sedihnya
    =(

    ReplyDelete
  3. Salam... saya begitu sensitif dalam hal seperti ini - saya tidak dapat menahan rasa sebak di dada :(

    * walaupun terjadi pada haiwan tapi saya tak boleh tahan :((

    ReplyDelete
  4. salam... mohon pelepasan untuk diulang tayang dalam blog saya pula. sekian... :)

    ReplyDelete
  5. sedih...tapi masih ada manusia yg campak bayi dalam lubang tandas..

    ReplyDelete
  6. itulah fitrah yg telah Allah kurniakan pd setiap makhluk.. kita nk kene lihat dan menilai ttgnya

    ReplyDelete
  7. salam....
    sedih tgk entry nie
    sya sangat sayang haiwan.

    orang malaysia sangat tidak perihatin terhadap makhluk2 seperti ini
    seperti yang di amalkan di negara barat,mereka sangat perihatin sekiranya ada kemalangan yang membabnitkan haiwan bukan mahu memuji negara barat tetapi kita sebagai orang(negara) Islam perlu lagi peka terhadap semua ini.

    ReplyDelete
  8. Tiba2 berlinangan air mataku membaca coretan ini.. betapa haiwan lebih memahami erti kasih sayang berbanding segelintir manusia! :(

    ReplyDelete
  9. kejadian ini telah bnyk terjadi dan telah dirakamkan..mungkin jg ada pengajarannya,yg mana kadang2 binatang lebih berperikemanusiaan berbanding manusia sndri

    ReplyDelete
  10. Saya tak suka bela binatang peliharaan, kucing pun tak pernah, tapi saya suka lihat binatang...

    saya sayu dengan apa yang terjadi... sedih nyerrr. Kalu saya kat situ, mesti saya nangis sama.

    ReplyDelete
  11. salam kenal,,, anda bertuah,,, kerana berada ditempat yang tepat pada masanya,,, untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri kejadian tersebut,,, moga memberi kesedaran kepada kita semua,,,tentang kasih sayang insan bernama IBU,,,

    ReplyDelete
  12. bnatang kdg2 lebih berperasaan daripada manusia,.

    ReplyDelete
  13. Entri yang menarik untuk renungan bersama. Betapa kasih sayang ibu kepada anaknya. Ada banyak pengajaran.

    ReplyDelete
  14. Tuan,
    Tajuk yang menarik, tuan sebenarnya kreatif dalam penulisan dan penyampaian. Naluri sayang itu menyegarkan kesedaran semua pembaca entri ini.

    ReplyDelete
  15. Salam saudaraku Abu Muaz, kita sebagai ibu bapa harus terus menerus menanamkan sikap berkasih sayang kepada anak-anak kita. Saya yang ramai ini memang selalu khuatir tentang perkara ini. Moga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada keluarga Abu Muaz.

    ReplyDelete
  16. Salam Liyana dan Umi. Anda mempunyai naluri keibuan yang perlu ada pada seseorang wanita. Walau bagaimanapun, naluri ini harus terus dipupuk dan dibaja. Terapkan kepada anak-anak (jika mempunyai) dan keluarga. Sesungguhnya, Allah menyintai orang-orang yang saling berkasih-kasihan antara sesama mereka. Wallahualam.

    ReplyDelete
  17. Salam Ampuan Awang. Saya dengan hati terbuka memberi kebenaran kepada anda menyiarkan apa-apa sahaja yang terdapat di dalam blog ini. Terima kasih kerana terus menyokong saya. Hari ini tepat 2 bulan usia blog saya. Anda adalah antara sahabat yang dari mula menyokong saya. Jazakaullahu khairan kathira.

    ReplyDelete
  18. Salam Mazru. Salah satu daripada tujuan artikel ini adalah untuk memberi sindiran kepada manusia yang kadang-kadang martabat mereka jauh lebih rendah daripada haiwan. Dalam konteks ini ialah manusia (lelaki dan perempuan) yang membuang anak sendiri. Mereka sudah tidak ada sifat peri kemanusiaan...

    ReplyDelete
  19. Salam Maiyah. Saya rasa Maiyah adalah antara insan yang benar-benar dapat menyelami peristiwa yang saya paparkan kali ini. Betapa tidak ramai orang di sekeliling kita prihatin tentang nasib orang lain. Betul tak Maiyah?

    ReplyDelete
  20. Salam m4rilyn. Saya sudah banyak kali juga ke luar negara. Di negara-negara maju, soal keprihatinan terhadap haiwan ini amat jauh ke hadapan berbanding dengan negara kita. Sesiapa yang menganiaya haiwan boleh disumbat di penjara. Kadang-kadang terasa malu mengakui negara kita negara Islam tetapi pada masa yang sama apa-apa yang kita lakukan tidak sejajar dengan kehendak Islam. Wallahualam.

    ReplyDelete
  21. Salam Kakcik Seroja. Daripada wajah anda saya sudah dapat melihat bahawa anda adalah seorang yang penyayang...

    ReplyDelete
  22. Salam syahbandar87. Jika haiwan boleh memprotes, pertama sekali yang mereka protes ialah penggunaan kata perikemanusiaan, iaitu secara simbolik mengatakan bahawa sikap "perikebinatangan" adalah satu sikap buruk, sedangkan sikap segelintir manusia yang dikatakan berperikemanusiaan itu tidaklah sebaik mana. Manusia harus terus memikirkan tentang perkara ini...

    ReplyDelete
  23. Salam Shaiful dan Azieazah. Memang benar kami sekeluarga amat sedih berdepan dengan peristiwa ini. Suasana di dalam kereta sunyi sepi sepanjang perjalanan selepas peristiwa itu. Namun, hati saya menjadi sejuk selepas melihat gelagat anak-anak saya juga turut menunjukkan perasaan sedih. Sesungguhnya, ini satu pengalaman yang amat berharga kepada kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  24. Salam Sham. Betul kata Sham. Ibu tiada tandingannya di dunia ini. Atas sebab itu, saya meletakkan gambar ibu di penjuru sebelah kiri blog ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan ibu dan bapa kita supaya mereka senantiasa dilimpahi Rahmat oleh Allah Azzawajalla.

    ReplyDelete
  25. Salam CikTi. Benar kata anda. Kadang-kadang haiwan lebih berperasaan daripada manusia meskipun akal mereka tidak sepintar manusia (ada orang kata haiwan tidak berakal). Perasaan berkasih sayang seperti ini bukan datang secara tiba-tiba. Ia perlu dipupuk dari semasa ke semasa. Sepanjang saya menziarah blog CikTi, elemen-elemen ini telah pun Cikti terapkan kepada pembaca-pembaca CikTi. Teruskan usaha itu.

    ReplyDelete
  26. Salam saudara-saudaraku Shapiai dan Rusdi. Terima kasih kerana terus menyokong blog ini. Walaupun fokus blog ini adalah untuk meningkatkan ilmu kebahasaan, tetapi saya juga akan terus menyelitkan cerita-cerita semasa yang boleh menjadi iktibar sambil memasukkan isu-isu bahasa di dalamnya. Saya sedar ilmu bahasa saya tidaklah sebagus mana. Dengan selalu menulis seperti ini saya percaya saya boleh memperbaiki keupayaan saya menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Persekitaran di tempat kerja tidak banyak membantu saya mengembangkan minat ini kerana bahasa utama kami di bank ialah bahasa Inggeris. Di Internet pula, penggunaan bahasa terlalu banyak yang rancu. Oleh itu, usaha-usaha yang anda lakukan banyak membantu kami (saya dan "bloggers")lain memperbaiki kelemahan yang ada. Untuk pengetahuan saudara-saudaraku, hari ini genap usia blog ini 2 bulan. Alhamdulillah, ramai juga peminatnya. Jadi, selepas ini saya perlu lebih berhati-hati menulis kerana takut mwnyampaikan ilmu bahasa yang "sesat" pula...

    ReplyDelete
  27. Salam Shifu67. Kita akan menempuh pelbagai ragam kehidupan yang semakin menyongsang...

    ReplyDelete
  28. Salam iqbal. Saya, isteri dan anak-anak yang menyaksikan secara langsung peristiwa ini terkedu. Tak tahu apa nak kata. Suasana diam menyelubungi kami agak lama juga. Semua membisu melayan perasaan masing-masing...

    ReplyDelete