Banjir dan bahasa Melayu
Dek lumrahnya fenomena banjir dalam kehidupan kita, maka banyaklah kata istilah atau kata sinonim lain yang boleh digunakan bagi menggambarkan keadaan itu, seperti bah (air naik, air pasang), bena, kojoh, empoh, sebak, lembak dan pelbagai lagi kata lain mengikut dialek setempat. Selain air bah, perkataan-perkataan lain yang dinyatakan di atas amat jarang sekali diguna pakai pada masa ini, meskipun perkataan-perkataan itu terkandung dalam Kamus Dewan.
Bena - ombak, air bah; air ~ air pasang;
Kojoh - digenangi atau dibanjiri air (sawah dan lain-lain), sebak;
Empoh – (air sungai dan lain-lain) melimpah, bah, banjir, sebak;
Sebak - hampir akan bah (sungai), penuh dan banyak airnya, digenangi air: air sungai telah tenang tidak berarus lagi menandakan air sudah ~ pasang;
Lembak – melembak, melimpah (kerana air terlalu banyak atau mendidih), meluap.
Rujukan: Kamus Dewan Edisi ke-4
Namun, kata-kata yang tersebut di atas telah lama dilupakan orang, sehinggalah suatu masa nanti, saya yakin kata-kata ini akan hilang sedikit demi sedikit daripada perbendaharaan kata kita.
Mujurlah ada perumpamaan yang menggunakan kata bah, “sekali air bah, sekali pantai berubah”. Jika tidak, nescaya perkataan bah juga akan bersama-sama mengiringi perkataan Melayu lain meluncur ke liang lahad.
Sambungan e-Tip Bahasa Melayu
Penggunaan kata penegas hanya dan sahaja bersama-sama dalam satu ayat adalah salah. Ini kerana hanya dan sahaja mempunyai maksud yang sama, iaitu "yang satu-satunya".
Contoh:
Salah: Guru itu akan berada di Kuala Lumpur hanya seminggu sahaja.
Betul: Guru itu akan berada di Kuala Lumpur hanya seminggu.
Betul: Guru itu akan berada di Kuala Lumpur seminggu sahaja.
2. Justeru itu
Ungkapan ini tidak terdapat dalam kamus bahasa Melayu yang diiktiraf. Ungkapan justeru itu sebagai alternatif kepada ungkapan oleh itu, oleh yang demikian dan lain-lain adalah salah sama sekali. Justeru (tanpa itu) digunakan dengan tepat untuk menggambarkan maksud kebetulan, tepat, benar atau malahan dan bahkan.
Contoh:
Salah: Kami semua akan mematuhi segala peraturan.
Salah: Kita semua harus akur pada arahan itu.
Tetapi,
Awak, anda, engkau dan kamu boleh diikuti oleh kata bilangan jika orang yang dilawan bercakap itu lebih daripada seorang.
Betul: Kamu semua.
3. Kami/Kita semua
"Kami" dan "kita" digunakan bersama-sama "semua" adalah salah. "Kami" dan "kita" sudah merupakan kata jamak. Contoh:
Salah: Kami semua akan mematuhi segala peraturan.
Salah: Kita semua harus akur pada arahan itu.
Tetapi,
Awak, anda, engkau dan kamu boleh diikuti oleh kata bilangan jika orang yang dilawan bercakap itu lebih daripada seorang.
Contoh:
Betul: Awak berduaBetul: Kamu semua.
Salam Tuan Samsuddin,
ReplyDeleteNasib bahasa Melayu. Orang Melayu yang menggali kuburnya, dan orang Melayu jugalah yang menguburkannya. Cuma tidak ditalkinkan sahaja.
ada roti canai banjir jgk ke??..hehehe.... bahasa melayu tetap jadi bahasa kita, don't worry, ...!!..
ReplyDelete