10 October, 2009

GRUPTERJEMAH.COM

m


 


 SENTUHAN YANG TEPAT







Kami adalah sekumpulan penterjemah yang matang dalam menterjemah teks laras perbankan dan kewangan.  Kemahiran kami bukan sahaja terletak pada keupayaan kami menterjemah teks sumber dengan mesej yang jelas, malah kami juga menitikberatkan soal  tatabahasa yang betul, penggunaan istilah yang tepat, pemilihan kata-kata yang sesuai dan ungkapan yang bersahaja dan murni. 

Kami menguasai bidang penterjemahan dalam laras kewangan dan perbankan berdasarkan pengalaman kerja kami. Rata-rata antara kami berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang kewangan dan kesemua ahli kumpulan kami pernah bekerja di institusi perbankan.  Kini sebahagian antara kami telah pun mencebur diri sepenuh masa dalam bidang ini sebagai kerjaya tetap dan sumber rezeki untuk keluarga.   

Kami berkelayakan menterjemah setelah masing-masing memiliki diploma dalam bidang penterjemahan daripada Persatuan Penterjemahan Malaysia. Harga perkhidmatan kami kompetitif mengikut pasaran.  Anda boleh menghantar beberapa muka surat teks yang mahu diterjemahkan untuk menguji kebolehan dan keupayaan kami. 

Hantar teks anda dengan segera 
Kami terjemah mengikut cita rasa
Murni bahasa ungkapan bersahaja
Semua pihak pasti gembira

2 comments:

  1. Salam... teruskan cikgu. saya menyokong dari belakang...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Saya bukan cikgu. Saya masih bekerja di Bank. Apa-apapun, terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

    ReplyDelete