20 April, 2013

Tujuh (7) Kali Umrah Bersamaan Pahala Sekali Haji: Betul ke?

Selepas sesi tazkirah bersama Ustaz Abdul Ghafur dan Ustaz Akbar Azmi, baru saya sedari dari mana asal usulnya umrah berulang kali yang dikejar oleh masyarakat Nusantara.


Dikatakan 7 kali umrah maka pahalanya sama dengan sekali haji. Hadisnya berbunyi; "Haji, Haji, Haji, Haji, 7 Kali umrah sekali Haji".

Hadis ini diriwayatkan oleh pemandu teksi Mekah. Ya, HADIS RIWAYAT PEMANDU TEKSI MEKAH menurut Ustaz Abdul Ghafur yang belajar di Mekah dan berguru juga dengan Sheikh Yusuf al-Qardhawi.

Kini pemandu teksi yang mencipta serta menyebarkan hadis palsu sebegini telah ditangkap oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Amar Makruf Nahi Mungkar. Namun masyarakat Nusantara masih terus melakukan umrah berulang kali kerana hadis riwayat pemandu teksi itu tadi. Lebih menyedihkan apabila disampaikan perkara ini kepada jemaah yang lain, mereka beralasan takkan mutawif tak tahu sedangkan dia kata ini hadis sahih. Wallahi, ini suatu pendustaan atas nama Baginda SAW. Perbuatan mengulangi umrah beberapa kali dalam satu perjalanan tidak diketahui daripada sunnah Nabi dan para sahabat. Nabi SAW pernah berada di Makkah selama 19 hari waktu Pembukaan Makkah, baginda tidak keluar ke tanah halal untuk berihram umrah. Baginda pernah berada di Makkah 3 hari sewaktu Umrah Qadha’, tanpa melakukan umrah lain pun. Begitu juga para sahabat.

Kata Ash Sheikh `Abdul `Aziz Bin Abdullah Bin Baz رحمه الله : “ Ada pun mengerjakan `umrah berulang kali selepas selesai mengerjakan haji dengan keluar untuk berihram ke Tan`im, Ji`raanah atau lainnya, sebagaimana yang dilakukan oleh sebahagian orang padahal sudah mengerjakan `umrah sebelum haji, tidak mempunyai satu dalil pun yang menunjukkan disyariatkan amalan ini. Bahkan nas-nas yang ada menunjukkan bahawa yang utama ialah meninggalkannya kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan para sahabat رضي الله عنهم tidak pernah melakukannya setelah mereka menyelesaikan haji , kecuali `Aaishah رضي الله عنها . Beliau mengerjakan `umrah adalah kerana beliau belum lagi mengerjakan `umrah bersama orang lain ketika masuk Makkah kerana datangnya haidh. Kerana keuzurannya beliau meminta izin Nabi صلى الله عليه وسلم untuk mengerjakan `umrah , sebagai ganti umrahnya yang telah diniatkan sejak dari Miqat dan Nabi صلى الله عليه وسلم mengizinkannya .

Dengan demikian beliau telah mengerjakan `umrah sebanyak dua kali, iaitu `umrah yang dilakukan bersamaan dengan amalan hajinya dan `umrah secara tersendiri. Oleh itu sesiapa yang mempunyai kes sama seperti `Aaiahah رضي الله عنها maka tidak mengapa dia mengerjakan `umrah selepas selesai haji kerana mengamalkan hadith ini dan memberi keluasan kepada umat Islam . Namun begitu, tidak diragukan lagi, selain `umrah yang telah mereka lakukan ketika masuk Makkah , adalah menyusahkan orang ramai dan menyebabkan berasak-asakan serta boleh menyebabkan kecelakaan , di samping menyalahi sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم . “ Saya hanya berkongsi ilmu yang dipelajari dan terpulang kepada sesiapa untuk mengikutinya atau tidak kerana sesungguhnya hanyalah Allah yang mampu memberikan taufiq dan hidayah. Saya mohon siapa yang mempunyai dalil dari kitab hadis tentang 7 kali umrah pahala sekali haji untuk kongsikan dengan saya agar saya dapat meluaskan lagi ilmu pengetahuan saya.

Sumber artikel di sini.

  
Wallahualam.

Read more...

19 April, 2013

Berita Buruk: Masjid Bersejarah di Bulgaria Kini Menjadi Sebuah Bar...

MASJID Taskopru di Kota Plovdiv, Bulgaria telah lama digunakan sebagai bar dan restoran. Umat Muslim setempat terganggu oleh kehadiran restoran yang menyajikan minuman keras di masjid bersejarah di Bulgaria tersebut.



Berbagai-bagai usaha telah dilakukan umat Muslim di sana untuk mengembalikan fungsi masjid itu. Namun “pemilik rasmi” masjid Taskopru menuntut tebusan sebanyak 600,000 Euro kepada Mufti daerah Plovdiv. Kisah tragis masjid, yang merupakan salah satu peninggalan arkitektur Ottoman abad ke-16, dimulai saat terjadi gempa pada tahun 1928. Untuk memperbaiki menara masjid yang hancur akibat gempa, sebahagian tanah masjid dijual, tetapi perbaikan tidak dapat diselesaikan kerana tidak cukup sumber kewangan. Masjid itu kemudian ditutup untuk ibadah sampai terbentuknya rejim komunis di Bulgaria pada tahun 1944.



Salah satu tindakan pertama daripada rejim baharu adalah menyita masjid berkenaan. Selama runtuhnya rejim komunis pada tahun 1989, harta tanah yang disita itu mulai dikembalikan. Namun Masjid Taskopru yang diharapkan agar dikembalikan kepada pejabat mufti setempat, justeru diberikan kepada dua warga Bulgaria berdasarkan keputusan pengadilan. Sejak awal 1990-an, orang-orang yang merebut masjid telah menyewakan masjid dan halamannya kepada orang-orang yang menggunakannya sebagai “Warung Yunani,” restoran Italia, dan bar. Setiap harinya restoran ini menyajikan minuman beralkohol yang terletak di halaman masjid . Mufti kota Plovdiv, Ahmed Ersin mengatakan bahawa, “hal ini sangat disesalkan bagi kami, masjid tetap tertutup untuk ibadah. Bahkan saat ini lebih menyedihkan lagi, di mana masjid digunakan sebagai bar yang menjual aneka minuman beralkohol.” Umat Muslim setempat telah lama berusaha memujuk “pemilik masjid” agar mau memulihkan fungsi masjid sebagai tempat ibadah umat Islam. Warga Muslim juga terus mengumpulkan dana untuk membeli masjid Taskopru di pusat kota tersebut. Namun “pemilik rasmi” masjid meminta tebusan sebesar 600,000 Euro hanya untuk bangunan masjid saja, tanpa halaman yang digunakan sebagai bar dan restoran. Pejabat Mufti hanya mampu menawarkan setengah daripada jumlah tersebut. Mufti Mustafa Alis Haji mengatakan, “Kami tidak mempunyai pilihan lain, selain mengajukan kes masjid ini ke pengadilan.” [sm/islampos/wb]


 
Masya-Allah. Ampunilah kami ya Allah kerana mengabaikan hal ini..

Read more...

Tiada upacara bertafakur untuk Magaret Thatcher dalam Liga Inggeris...

Seminggu lalu Margaret Thatcher, mantan Perdana Menteri Inggeris menutupi usianya. Entah kerana memang Thatcher seorang yang sangat “keras” semasa memerintah, atau juga kerana sentimen yang lain, tidak ada upacara bertafakur dilakukan dalam semua pertandingan Liga Inggeris akhir minggu ini.


Padahal biasanya, seorang tokoh yang dianggap berpengaruh selalu dihormati kematiannya dengan cara bertafakur sebentar. Misalnya dalam pertandingan antara Liverpool melawan Reading di Stadium Madjeski. Memang ada upacara bertafakur namun ternyata bukan untuk Thatcher, melainkan untuk memperingati tragedi Hillsborough. Tragedi Hillsborough menelan kematian 96 orang penyokong Liverpool yang mati akibat berdesak-desakan untuk menyaksikan pertandingan di separuh akhir Piala FA pada 15 April 1989 itu.
Thatcher meninggal pada usia 87 tahun pada Isnin setelah dihinggapi penyakit angin ahmar, namun Liga Utama Inggris dan Liga Bola Sepak tidak meminta kelab-kelab untuk secara rasmi memperingati meninggalnya mantan perdana menteri itu.

Persatuan Para Penyokong Bola Sepak, yang mewakili para peminat sukan itu di England, bersetuju dengan keputusan untuk tidak mewajibkan kelab-kelab mengadakan upacara bertafakur untuk Thatcher.
“Seandainya ada kelab-kelab yang ingin mengadakan upacara bertafakur atau memperingati kematian Margaret Thatcher, itu adalah urusan mereka masing-masing,” demikian bunyi pernyataan organisasi berkenaan.

Dalam hal yang bersangkutan, kematian Magaret Tatcher yang mendapat julukan 'Si Wanita Besi' ini bukan sahaja tidak ditafakurkan, malah disambut dengan perayaan penuh suka cita serta cacian terhadap dia. Surat kabar the Daily Mail melaporkan, Selasa (9/4), perayaan pertama daripada beberapa pesta yang dirancang telah dihadiri lebih dari 200 orang terlihat bersuka ria berkumpul di Distrik Brixton, selatan London.



Saat itu, sekelompok orang ramai terlihat menari conga, meminum champange sehingga mabuk, dan meneriakkan kata-kata, 'Maggie, Maggie, Maggie, mati, mati, mati'. Sepanduk-sepanduk yang dibawa oleh sekelompk orang yang kebanyakan sudah mabuk juga tertulis, 'Bersukacitalah Thatcher sudah meninggal'. Padahal, banyak antara mereka itu terlalu muda untuk mengingati Thatcher ketika memegang jawatan perdana menteri.

Sebagai rekod, mantan Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr. Mahathir juga hadir di London untuk memberi penghormatan terakhir kepada Magaret Thatcher.

 
Hinanya kematian jika kita dibenci...

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...