01 February, 2013

1 Februari Hari Jilbab Sedunia

REPUBLIKA.CO.ID, NEW YORK -- Puluhan wanita non-muslim di seluruh dunia merancang mengenakan jilbab, pada hari Jumaat (1 Februari 2013). Rancangan itu merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Jilbab Sedunia yang pertama.

Hari Jibab Dunia ini dicetuskan oleh Muslimah New York, Nazma Khan. Ia melihat jilbab boleh menjadi simbol toleransi dan kerukunan antara umat beragama. Selain itu, peringatan ini diharapkan dapat mendorong pemahaman yang lebih baik orang non-muslim terhadap Islam. "Saya membesar di Bronx dan mengalami diskriminasi karena jilbab. Waktu itukami sering dianggap seperti batman atau ninja," kata beliau. Dari masa lalunya itu, ia tergerak untuk membuat satu kegiatan bagi mempromosikan jilbab. Beruntung, gagasanya ini disambut baik wanita di seluruh dunia. Beliau juga dihubungi sejumlah organisasi wanita di England, Australia, India, Pakistan, Prancis dan Jerman.

Salah seorang peserta, Esther Dale (28), warga California, Amerika Syarikat, berkata masih ada yang salah faham tentang jilbab. Padahal, jilbab itu mencerminkan kesopanan. Tetapi masih ada yang menganggap pemakaiannya adalah terpaksa. "Itu sama sekali tidak benar," kata beliau seperti yang dipaparkan onislam.net, Jumaat (1 Februari). Dale merupakan wanita non-muslim yang mengambil bahagian dalam acara itu. Dale yang merupakan penganut Mormon, memahami pentingnya agama dalam kehidupan harian. Untuk itu, ia merasa stigma yang mengelilingi jilbab tidak perlu berlaku. "Ini kesempatan yang baik. Anda seharusnya tahu membuat penilaian yang tepat tentang apa yang dikenakan seseorang," katanya.



Seorang lagi peserta, iaitu Jess Rhodes, wanita asal Inggeris, yang mengambil bahagian dalam acara tersebut memutuskan untuk ikut serta dalam acara tersebut setelah mengetahui tentang program tersebut melalui internet. "Jujur, saya tidak begitu tahu bagaimana mengenakannya, tapi ini merupakan suatu yang menarik, kerana ia berkaitan dengan pilihan hidup seorang muslimah," kata Jess yang merupakan seorang mahasiswi. Jess mengatakan ibu bapanya sempat terkejut dengan apa yang dilakukannya. Namun, beliau cuba menjelaskan apa tujuannya. "Reaksi ibu bapanya sedikit terkejut. Memang wajar mereka terkejut, tapi semuanya telah saya jelaskan dan akhirnya mereka mengerti," kata beliau. Menurut Jess, reaksi ibu bapanya mencerminkan keadaan sebenar tentang pandangan masyarakat Inggeris terhadap jilbab. Kerana itulah, beliau semakin terdorong untuk mengambil bahagian. Beliau percaya, kempen ini akan membantu menjelaskan kepada masyarakat salah faham tentang Islam. "Saya akan sampaikan pengalaman ini kepada dunia," ujar beliau.

Widyan Al Ubudy, wanita yang berasal Australia merupakan antara individu yang mempromosi program tersebut kepada Jess. Bagi beliau, program seperti ini sangat penting perlu disertai wanita non-muslim kerana melalui mereka, salah faham tentang Islam dapat diperbetulkan.




Mybabah baru tahu adanya Hari Jilbab Sedunia. Hmmm...menarik...
Read more...

Anak cucu Rasulullah s.a.w. yang dilupakan dan dipinggirkan...

Penyebaran dakyah dan propoganda Syiah dan Yahudi dengan cerita-cerita Israiliat dalam dunia Islam bukan baharu. Ia berlaku sejak zaman Khulafa al-Rashidin lagi, meskipun ada pihak mengatakan ia telah bermula sejak Nabi s.a.w masih hidup, dengan jarum halus yang dipelopor oleh kaum Yahudi yang sejak awal sudah membenci Islam.


Halusnya propoganda mereka, sehingga ramai ulama dalam kalangan ahli sunnah wal jamaah terlepas pandang dan menerima propoganda itu sebagai fakta yang benar daripada Rasulullah s.a.w.  Kini banyak pihak mula sedar akan hakikat ini dan timbul usaha untuk menilai semula sejarah Islam yang telah dianggap benar oleh masyarakat umum ahli sunnah wal jamaah supaya dapat diperbetulkan daripada penyelewengan.

Usaha pemurnian sejarah Islam kini terdapat di sisipan kanan blog Mybabah.com di sini. Cerita-cerita sejarah yang terkandung di dalam Koleksi Pemurnian Sejarah Islam ini, Mybabah ambil daripada blog Darulkausar.net di sini. Koleksi ini akan bertambah dari semasa ke semasa jika diperoleh fakta baharu daripada pelbagai sumber.

Sebagai permulaan, sila saksikan video ceramah oleh Maulana Muhammad 'Asri Yusuf tentang fakta mengapa hanya seorang dua sahaja anak dan cucu Rasulullah s.a.w. dipopularkan dalam sejarah Islam, sedangkan yang lain dilupakan dan dipinggirkan...




Terus pembacaan anda di sini.

 
Read more...

Mari ikhlaskan doa untuk orang lain....

Antara amalan mulia yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. ialah berdoa untuk saudara seagama yang lain tanpa pengetahuannya. Amalam ini menyebabkan para malaikat berdoa agar kebaikan yang dipohon itu juga menjadi miliknya. Doa seperti ini juga adalah mustajab sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Daripada Abu Darda’ r.a. bahawa dia mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya : “ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.” (Riwayat Muslim).


Dalam satu riwayat lain juga daripada Abu Darda’ r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Doa seorang muslim kepada saudara muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara muslimnya dengan doa yang baik, dan berkatalah malaikat itu, amin!, engkau juga beroleh manfaat yang sama.” (Riwayat Muslim).

Daripada Ibnu Umar r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib (tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu)” (Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi).



Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa berdoa untuk kebaikan saudara muslim kita. Jangan doa kita hanya semata-mata untuk diri kita sahaja. Begitu indah dan cantiknya ajaran Islam. Islam mendidik kita agar tidak tidak mementingkan diri sendiri. Apatah lagi janji Rasulullah s.a.w. bahawa doa yang dipanjatkan untuk orang lain tanpa pengetahuannya akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t dan diaminkan oleh para malaikat,makhluk Allah s.w.t yang terpelihara daripada dosa.





Ya Allah, berikanlah kesejahteraan kepada seluruh umat Islam di dunia...

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...