30 January, 2013

Lebih dari 100 Jenazah Syuhada Ditemui di Sungai Quwaiq, Aleppo...

Hidayatullah.com: 30 Januari 2013
Kelmarin, lebih 100 jenazah syuhada Syria dijumpai di Sungai Quwaiq, Aleppo (Halab), di utara Syria. Sebahagian besar mayat adalah dalam keadaan tangan terikat dan dengan kepala berlubang karena tembakan peluru. Dalam kalangan syuhada itu termasuk dua anak berusia sekitar 11 tahun dan 15 tahun.

Anggaran jumlah korban berbeza-beza. Para aktivis menyatakan jumlah korban adalah 106, sementara BBC melaporkan jumlah korban hanya 71 orang. Beberapa video amatur yang dimuat naik ke YouTube memperlihatkan pemandangan yang mengerikan. Mayat yang bergelimpangan basah berlumpur dan masih berdarah-darah terlihat di sekitar pinggiran Sungai Quwaiq.

Kebanyakan menunjukkan tanda-tanda bahawa para syuhada itu baru sahaja dibunuh, namun ada juga mayat yang mulai membusuk. Wartawan The Daily Telegraph, Ruth Sherlock, menggambarkan bahawa terjadi kesibukan yang luar biasa. Sejumlah truk pickup disediakan tidak jauh daripada para jenazah, sementara begitu banyak orang menjerit dan menangisi jenazah-jenazah yang hendak diangkut untuk disemadikan itu.

Walau bagaimanapun, tidak terdapat pengenalan diri pada tubuh para syuhada itu. Seorang penduduk Bustan al-Qasr bernama Muhammad Abdul Aziz menyatakan bahawa saudaranya hilang ketika melalui kawasan yang dikuasai rejim Bashar al-Assad dan hingga kini belum diketahui nasibnya. Masih banyak lagi penduduk Aleppo yang datang ke tepian sungai itu untuk mencari kalau-kalau ada anggota keluarga mereka yang sudah menjadi mayat itu.



Menurut sukarelawan di sana, para syuhada itu adalah mereka yang diculik dan dibunuh oleh tentara rejim Bashar al-Assad. Sungai Quwaiq berhulukan Turki, namun mengalir ke Aleppo melalui daerah-daerah yang dikuasai oleh rejim Bashar al-Assad.

Revolusi Syria sudah berlangsung 23 bulan lamanya dengan meragut nyawa 70,000 syuhada.




Ya Allah, selamatkan saudara-saudaraku di bumi Syria...
Read more...

Mari belajar memangkah @ mengundi

Pilihan raya umum akan diadakan tidak lewat dua bulan dari sekarang. Mungkin dua minggu lagi atau sebulan lagi. Allah sahaja yang tahu. Yang pasti, masa bagi menentukan pemimpin mana yang akan menerajui negara untuk lima tahun akan datang semakin hampir dan pasti berlaku dengan izin Allah, meskipun Menteri Perdana tidak mahu @ ragu-ragu @ takut untuk mengadakannya dalam masa terdekat. Ada orang kata Big Mama belum dapat mimpi tentang tarikh yang sesuai bagi memenangkan parti 1Melayu  itu. Big Mama amat mempercayai fungsui dalam apa bentuk tindak tanduk. Big Mama kata percaya kepada fungsui sebahagian daripada iman (strategi). Itu kata orang. Mungkin fitnah. Tetapi orang percaya fitnah sebab parti 1Melayu kata mereka boleh menang dengan majoriti yang bertambah, namun sampai sekarang belum ada tanda yang Parlimen akan dibubarkan. 

Lima tahun sudah berlalu. Selama itu politik di negara ini terus bergolak.  Saban hari berita tentang skandal pemimpin dibualkan orang. Pembangunan hanya tinggal retorik. Lima tahun lepas anda mungkin telah membuat pilihan siapa pemimpin yang anda yakini dapat menjaga hak anda sebagai warganegara. Rupanya pilihan anda salah. Apa yang berlaku ialah hak anda yang dicabul. Jangan ulangi lagi kesilapan ini. Buatlah pilihan dengan tepat, "Tepuk dada tanya iman". Ya, selepas lima tahun berlalu, anda mungkin sudah lupa bagaimana cara yang paling bijak memilih pemimpin atau lima tahun lepas anda baru sahaja tamat persekolahan yang menandakan anda masih belum baligh untuk berpolitik, lebih-lebih lagi untuk membuang undi.

Baiklah, hari ini kita akan mengulang kaji bagaimana memangkah kertas undi dengan cara yang betul. Insya-Allah jika niat anda ikhlas, anda mungkin memperoleh pahala daripada Allah.s.w.t.

Senario 1
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang gambar Bulan dan Dacing Senget. Bulatkan hati untuk memangkah bulatan.




Senario 2
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang lambang Mata dan Dacing Senget, buka mata seluas-luasnya untuk memilih Mata.



Senario 3
Apabila anda membuka kertas undi, terpampang lambang Roket dan Dacing Senget,  sepantas roket pangkahlah Roket.


Nota:
KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS mengarahkan ahli parti mengundi calon PAS dari bukan Islam bagi melawan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13. Naib Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Majlis Syura Ulama sudah berijtihad bahawa PAS boleh bekerjasama dengan parti bukan islam dalam mencapai matlamat politik Islam. Teruskan pembacaan di sini.

Semoga dengan panduan memangkah yang serba ringkas di atas, dapat membantu anda memilih calon pemimpin masa depan kita yang lebih baik, berwibawa, jujur, amanah dan berwawasan untuk membawa Malaysia ke arah sebuah negara yang berkebajikan. Wallahualam.





Undi Bukan Rahsia...Undiku untuk PAS

Read more...

Bebalisme dalam politik: Belajar bertingkat-tingkat, bodoh berlapis-lapis...

Cuba baca apa kata Si Bebal tentang penubuhan PAS di bawah ini. Mereka buta sejarah rupanya...

Shah Alam – Pada awalnya orang Melayu bersatu menentang penjajah di bawah satu parti iaitu UMNO. Namun, apabila hanya seorang ulama daripada 10 yang ada diperlukan untuk mewakili pentadbiran khususnya untuk mengetuai dan menjaga kepentingngan Agama Islam di dalam Tanah Melayu, maka yang lainnya kecewa dan terus menubuhkan satu lagi parti kononnya parti untuk memperjuangkan Agama Islam.


Apabila pihak Inggeris mengetahui akan perkara ini, mereka cepat-cepat meluluskan parti tersebut dengan tujuan supaya orang orang Melayu berpecah-belah. Daripada mula tertubuhnya sehingga sekarang parti tersebut terus bergerak dengan agenda khusus untuk memusnahkan parti UMNO semata mata kerana dendam kesumat.

Setelah bertahun-tahun berusaha namun ianya gagal sama sekali dan akhirnya parti tersebut terpaksa mengambil pendekatan dengan mengkafirkan orang Melayu Islam yang ada dalam parti UMNO dengan tujuan supaya orang Melayu Islam semuanya menjadi ahli parti PAS dengan angapan tidak mahu diri mereka menjadi kafir. Setelah bertahun tahun dengan pendekatan tersebut didapati tidak juga berjaya akhirnya terpaksa bergabung dengan parti-parti pembangkang yang lain walaupun parti tersebut tidak sealiran dengan perjuangan mereka demi untuk mencapai cita-cita mahupun terpaksa menggadaikan perinsip perjuangan asal.



Apabila pemimpin-pemimpin mereka telah membolehkan agama lain menggunakan kalimah ALLAH kita mula merasa keliru dan terperanjat kerana keputusan dibuat oleh pemimpin mereka sebelum muzakarah Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh agama lain. Oleh itu, semua ahli Perkasa seharusnya bertindak dan bergerak bagi mempastikan orang-orang Melayu tidak terperdaya dengan agenda PAS yang kononnya ia parti Islam, sedangkan parti itu sekarang bukan memperjuangkan negara Islam, tetapi Negara Berkebajikan. Perkasa mahukan Negara ini di perintah oleh orang Melayu Islam dengan mengikut Perlembagaan Negara yang sedia ada.

Sumber berita di sini.




Ish-ish-ish....

Read more...

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...