21 April, 2013

Keutamaan Selawat Nabi s.a.w. dan lafaz-lafaznya yang sahih...

Islamedia - Daripada Anas bin malik r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di surga kelak)”[ Hadits Riwayat An-Nasa’i dan Ahmad].


“Bahawasanya Nabi s.a.w. telah bersabda, “Orang yang bakhil (kikir/pelit) itu ialah orang yang apabila namaku disebut disisinya, kemudian ia tidak berselawat kepadaku (dengan ucapan-red) صلى ا لله عليه وسلم (“shallallahu ‘alaihi wa sallam””). [Hadits RiwayatAT Tirmidzi dan Ahmad]

Banyak berselawat kepada Rasulullah s.a.w. merupakan tanda cinta seorang muslim kepada baginda kerana para ulama mengatakan: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya” Inilah Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih:

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
“Ya Tuhan kami, limpahkanlah shalawat ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.” (An Nasa’i: 1292, shahih)

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat lain, iaitu:

1. Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah r.a.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (HR Al Bukhari dan Muslim)

2. Daripada Abu Humaid As Sa’di r.a.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri baginda dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Al Bukhari dan Muslim).

3. Daripada Abi Mas’ud Al Anshari r.a
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah, berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas seluruh alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Muslim)

4. Daripada Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari r.a (jalan kedua)
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَآلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad, nabi yang ummi, dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Abu Dawud no. 981, shahih)

5. Daripada Abi Sa’id Al Khudri r.a
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” (HR Al Bukhari)

6. Daripada seorang lelaki, Sahabat Nabi s.a.w.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya,isteri-isterinya, dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Ahmad, shahih).

7. Daripada Abu Hurairah r.a.
 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ وبَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Ath Thahawi dalam Musykil Al Atsar 3/75, An Nasa-i dalam Amalul Yaum wal Lailah no 47, shahih)

8. Daripada Thalhah bin ‘Ubaidullah r.a.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” (HR Imam Ahmad, shahih).

DR Abdul Basith Abdur Rahman dikutip daripada Fimadani



 

Masih segar dalam ingatan bagaimana Mybabah tidak dapat mengawal perasaan sebak yang teramat sangat di sisi baginda s.a.w....Mybabah ditenangkan oleh seseorang yang berbangsa Arab...

Kajian Ilmiah: Sunnah tidur miring ke kanan...

Kedudukan tidur juga memberi kesan terhadap kesihatan kita. Tidur berbaring dengan kedudukan terlentang adalah perbuatan yang kurang sihat, sebab ia akan menekan atau menyesakkan tulang belakang, bahkan kadangkala boleh menyebabkan kita terasa untuk membuang air kecil.

Tidur menelungkup tidak baik untuk pernafasan. Tidur dengan bertumpu pada sisi kiri badan (menghadap ke kiri) boleh menghimpit kedudukan jantung sehingga peredaran darah terganggu dan pengedaran darah ke otak berkurangan. Dengan berkurangnya pengedaran darah ke otak, tidur pada kedudukan kiri boleh juga mengakibatkan kita sering mengalami mimpi-mimpi yang tidak baik (nightmares), serta berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).

Kedudukan tidur terbaik menurut kajian ilmiah adalah dengan bertumpu pada sisi kanan tubuh (menghadap ke kanan). Fakta yang telah diuji melalui kajian perubatan moden ini bersesuaian dengan anjuran Rasulullah s.a.w. dalam sunnah, jauh sebelum era teknologi seperti sekarang. Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepada para pengikut baginda untuk tidur berbaring pada sisi badan bahagian kanan. Dalam sunnah, kedudukan tidur diusahakan agar kepala menghadap ke utara dan kaki mengarah ke selatan, sehingga tubuh tidak menolak arus/medan magnet konstan mengaliri sekujur tubuh daripada kutub magnetik utara menuju ke selatan dan berpengaruh baik terhadap sistem saraf kita. Hendaknya mendahulukan kedudukan tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berlaku perubahan posisi di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan hadis Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710).

Salah satu adab tidur adalah dianjurkan untuk miring ke kanan, dan di sebalik sunnah Nabi s.a.w. ini ternyata banyak sekali hikmah dan manfaat yang boleh kita ambil dari segi kesihatan.

Yang berikut ialah manfaat tidur miring ke sebelah kanan menurut kajian perubatan:

Mengistirahatkan otak sebelah kiri. Secara anatomi, otak manusia terbahagi dua bahagian kanan dan kiri. Bahagian kanan adalah otak yang mengawal saraf organ tubuh sebelah kiri dan sebaliknya. Umumnya kita menggunakan organ tubuh bahagian kanan sebagai anggota tubuh yang dominan dalam aktiviti seperti makan, memegang dan lainnya.Dengan tidur pada posisi sebelah kanan, maka otak bahagian kiri yang mengawal saraf segala aktiviti organ tubuh bahagian kanan akan terhindar daripada bahaya yang timbul akibat peredaran darah yang melambat saat tidur/diam. Bahaya tersebut meliputi pengendapan bekuan darah, lemak, asid sisa oksidasi, dan peningkatan kecepatan atherosclerosis atau penyempitan pembuluh darah. Sehingga jika seseorang berisiko terkena strok, maka yang berisiko adalah otak bagian kanan, dengan akibat kelumpuhan pada sebelah kiri (bahagian yang tidak dominan).

Mengurangi beban jantung. Keduduksan tidur ke sebelah kanan yang rata, memungkinkan cairan tubuh (darah) teragih secara merata dan tertumpu di sebelah kanan (bawah). Hal ini akan menyebabkan beban aliran darah yang masuk dan keluar jantung lebih rendah. Kesan posisi ini adalah denyut jantung menjadi lebih lambat, tekanan darah juga akan menurun. Keadaan ini akan meningkatkan kualiti tidur.

Tidur miring ke kanan membuat jantung tidak tertimpa organ lainnya. Hal ini disebabkan kedudukan jantung yang lebih condong berada di sebelah kiri. Tidur bertumpu pada sisi kiri menyebabkan curah jantung yang berlebihan, kerana darah yang masuk ke atrium juga banyak yang disebabkan kerana paru-paru kanan berada di atas. Sedangkan paru-paru kanan mendapatkan eadaran darah yang lebih banyak daripada paru-paru kiri.

Mengistirahatkan perut. Perut manusia berbentuk seperti tabung berbentuk koma dengan hujung katup keluaran menuju usus menghadap ke arah kanan bawah. Jika seseorang tidur ke sebelah kiri maka proses pengeluaran chime (makanan yang telah dicerna oleh perut dan bercampur asid lambung) akan sedikit terganggu, hal ini akan memperlambat proses pengosongan perut. Hambatan ini pada akhirnya akan meningkatkan akumulasi aid yang akan menyebabkan hakisan dinding perut. Posisi ini juga akan menyebabkan cairan usus yang bersifat basa bias masuk balik menuju perut dengan akibat hakisan dinding perut dekat pylorus.

Meningkatkan pengosongan kandung hempedu dan pankreas. Adanya aliran chime yang lancar akan menyebabkan keluaran cairan hempedu juga meningkat, hal ini akan mencegah pembentukan batu kandung hempedu. Keluaran getah pankreas juga akan meningkat dengan posisi miring ke kanan. Meningkatkan waktu penyerapan zat makanan. Saat tidur pergerakan usus meningkat. Dengan posisi sebelah kanan, maka perjalanan makan yang telah tercerna dan siap diserap akan menjadi lebih lama, hal ini disebabkan posisi usus halus hingga usus besar ada di bawah. Waktu yang lama selamat tidur memungkinkan penyerapan bias optimal. Merangsang buang air besar (BAB). Dengan tidur miring ke sebelah kanan, proses pengisian usus besar sigmoid (sebelum anus) akan lebih cepat penuh, jika sudah penuh akan merangsang gerak usus besar diikuti pengenduran otot anus sehingga mudah buang air besar.

Mengisitirahatkan kaki kiri. Pada orang dengan pergerakan kanan, secara ergonomis guna menyeimbangkan posisi saat beraktiviti cenderung menggunakan kaki kiri sebagai pusat pembebanan. Sehingga kaki kiri biasanya cenderung lebih merasa sakit daripada kanan, apa lagi kaki posisi paling bawah di mana aliran darah balik cenderung lebih lambat.

 

Pembuktian saintifik sunnah nabi .s.a.w. hebat...