06 April, 2013

Pedoman mengundi oleh Dr. Maza...

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya) Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).



Di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan. Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36). Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

Teruskan bacaan di sini.



 

Ikuti nasihat ulama, insya-Allah kita tidak akan tersesat...

Berbondong Remaja Inggeris Memeluk Islam...

LONDON (Arrahmah.com) – Menurut kajian terbaharu, di England, selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1.500, termasuk banyaknya musalla. Berdasarkan data British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulannya, Al-Jazeera melaporkan. Jumlah mualaf jelas terlihat di dalam penjara, dan jumlah remaja yang masuk Islam di sekolah, seperti dinyatakan oleh KC pada Sabtu (30/3/2013).



Koresponden Al-Jazeera mengunjungi beberapa masjid dan pusat Islam di London dan menemukan bahawa antara sejumlah mualaf terdapat begitu banyak remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luksemburg, dan Sweden. Koresponden tersebut berbual dengan Alexandra (12), puteri dari Lauren Booth, yang merupakan adik ipar mantan Perdana Menteri Inggeris, Tony Blair. Gadis itu mengatakan bahawa setelah memeluk Islam dia telah mengubah ibunya dan dia memutuskan untuk mengikuti teladan sang Ibu juga. Alexandra menjadi Muslim pada Ramadhan lalu. Perlu diingat bahwa setiap tahun sekitar 5,000 orang Inggeris memeluk Islam. Hal ini juga dilaporkan oleh juruhebah dan wartawan TV di London, Christian Backer, menurut BNews.kz. “Di England, lima ribu warga Inggeris dalam setahun memeluk Islam.

Di negara-negara Eropah yang lain juga menunjukkan angka-angka yang serupa. Uniknya, sebahagian besar mualaf adalah perempuan kulit putih, kelas menengah, dan kaum terpelajar. Mereka semua bersetuju bahawa Islam adalah agama yang benar, yang memberi mereka nilai, cara hidup yang tidak mereka temukan dalam peradaban Barat, nilai-nilai tradisional dan peranan perempuan, yang dalam peradaban Barat sebahagian besar telah hilang,” katanya. (banan/arrahmah.com).


 
Alhamdulillah...