04 April, 2013

Kami tidak gentar...

"Demi yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, jika dibentangkan lautan dan engkau menyeberanginya, nescaya kami akan bersamamu. Dan kami tidak gentar menghadapi musuh pada esok hari.. "

PAS/PR PILIHANKU







 

Insya-Allah kami akan terus istikomah dengan perjuangan Islam...

Alasan Lego Tarik Balik Mainan ‘Jabba The Hutt’

LEGO - Mainan yang diminati anak-anak ini, salah satu produknya kini menjadi mainan yang dianggap berbau ‘pornografi.’ Kerana itu perusahaan Lego mengakhiri dan menarik semua set mainan “Jabba the Hutt.” Syarikat Denmark ini akhirnya bersetuju untuk menarik set mainan Star Wars yang dilengkapi dengan bangunan berupa masjid yang dihuni oleh raja kejahatan semua alien, Jabba bertubuh gemuk yang sedang merokok, lengkap dengan boneka penari yang menampakkan perut.



“Mainan cabul semacam ini tidak layak untuk masuk ke bilik tidur anak,” kata Melissa Gunes, jurucakapTurki-Austria Cultural Association (TCA), pada bulan Januari lalu. Kritikan juga muncul kerana istana Jabba buatan Lego ini menyerupai Masjid Hagia Sophia di Istanbul, Turki. “Set mainan ini jelas menunjukkan prasangka perkauman dan sindiran kesat terhadap orang Asia dan Timur Tengah sebagai orang-orang dengan kepribadian licik dan kriminal,” kata Birrol Killic, Presiden TCA pada hari Isnin (1 April 2013).

“Permainan ini bernuansa ‘dinamit pedagogis’. Jelas ini menggambarkan Muslim sebagai teroris,” tambah Killic. Perusahaan Lego awalnya menolak untuk menarik mainan ini. Namun kerana banyaknya kecaman daripada lembaga budaya dan Muslim, Lego akhirnya mau menarik produk ‘Jabba The Hutt,’ yang mengandungi elemen anti-Islam. Keputusan itu diambil setelah pertemuan di Munich antara tokoh masyarakat Turki dan badan eksekutif Lego. [sm/islampos/aby]



 
Jika Islam bersatu, kafir akan tunduk...

Lim Guan Eng bubar DUN esok kerana...

PETALING JAYA: "Saya pilih esok untuk membubarkan DUN Pulau Pinang kerana esok hari Jum'aat, penghulu segala hari."






 

LGE lebih bermaruah daripada kebanyakan Menteri UMNO...

A. Samad Said: Pesanan PRU13

Jangan lupa...


Kerana penindasan terus berlaku...


Hayati...
BOBROK SIASAH


Kita mengidami kedamaian
  harum santun sebuah negara
  di tengah marak bara siasah.
Dalam gerak kejutan sejarah
  tekad murbawan sekukuh waja.
Kita merindui keadilan
  gandingan asas landasan sasa,
  ... ucapan batin serahsia jiwa;
  setiap ukir dan fikir bangsa
  bakal mengerdip seindah rasa.
Kita menghajati keikhlasan;
  yang berulang mercup, keganasan,
  dan berulang terus, kebobrokan!
Kita tak lagi kekal insani
  untuk pelihara demokrasi.
Kita mengidami kedamaian;
  kita merindui keadilan;
  kita menghajati keikhlasan.
Tapi, yang berulang, keganasan;
  yang terus berulang, kebobrokan.

22 Mac, 2013 A. SAMAD SAID


Tepuk dada, tanya iman...






 

Takbir (3X)...