02 April, 2013

Ujian terhebat bagi para munafik adalah solat subuh berjamaah...

Inilah ujian yang sesungguhnya. Ujian yang sangat sulit, namun bukan satu hal yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini *bagi seorang laki-laki* adalah solat Subuh secara rutin berjamaah di masjid. Sedangkan bagi wanita, solat Subuh tepat pada waktunya di rumah.



Setiap orang dianggap gagal dalam ujian penting ini, manakala mereka solat tidak tepat waktu, sesuai yang telah ditetapkan Allah swt. Sikap manusia dalam menunaikan solat wajib cukup beragam. Ada yang mengerjakan sebahagian solatnya di masjid, namun meninggalkan sebagian yang lain. Ada pula yang melaksanakan solat sebelum habis waktunya, namun dikerjakan di rumah. Dan, ada pula sebahagian orang yang mengerjakan solat ketika hampir habis batas waktunya (dengan tergesa-gesa).

Yang terbaik antara mereka adalah yang mengerjakan solat wajib secara berjamaah di mushala/masjid pada awal waktu. Rasulullah saw. telah membuat klasifikasi yang dijadikan sebagai tolok ukur untuk membezakan antara orang mukmin dengan orang munafik. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata bahawa Rasulullah saw. bersabda: " Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah salat Isya' dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Apabila Rasulullah saw. meragukan keimanan seseorang, beliau akan menelitinya pada saat solat Subuh. Apabila beliau tidak mendapati orang tadi solat Subuh (di masjid), maka benarlah apa yang beliau ragukan dalam hati. Di sebalik pelaksanaan dua rakaat di ambang fajar ini, tersimpan rahasia yang menakjubkan. Banyak permasalahan yang bila dirunut, bersumber daripada pelaksanaan salat Subuh yang diperkecilkan. Itulah sebabnya, para sahabat Rasulullah saw. sekuat tenaga agar tidak kehilangan waktu emas itu. Pernah suatu hari, mereka terlambat solat Subuh dalam penaklukan benteng Tastar. 'Kejadian' ini membuat seorang sahabat, Anas bin Malik selalu menangis bila mengingatnya. Yang menarik, ternyata Subuh juga menjadi waktu peralihan dari era jahiliyah menuju era tauhid. Kaum 'Ad, Tsamud, dan kaum pendurhaka lainnya, dilibas azab Allah swt. pada waktu Subuh. Seorang penguasa Yahudi pernah menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam, kecuali pada satu hal, iaitu bila jumlah jamaah solat Subuh mencapai jumlah jamaah solat Jumaat.



 Memang, tanpa salat Subuh, umat Islam tidak lagi berwibawa. Tak selayaknya kaum muslimin mengharapkan kemuliaan, kehormatan, dan kejayaan, bila mereka tidak memperhatikan solat ini.

Artikel sepenuhnya di sini.




 
Ya Allah, istokamahkan aku berjamaah subuh di Masjid...

Pastor Rusia meramalkan dunia akan diwarisi oleh Umat Islam...

RUSIA (voa-islam.com) – Isnin (25/03/13) di internet telah tersebar video seorang pastor Rusia yang membuat pengakuan bahawa masa depan dunia adalah di tangan kaum muslimin dan mereka yang akan mewarisi bumi dan memakmurkannya.

Pastor itu menyebutkan alasan-alasan kaum muslimin mewarisi bumi iaitu kerana mereka mempunyai keinginan untuk menegakkan syiar-syiar agama mereka sepenuhnya. “Ketika muslimin mengerjakan shalat ‘Id, mereka menggentarkan jiwa raga orang-orang yang lalu lalang kerana menyaksikan mereka yang berjumlah puluhan ribu sujud merendah diri kepada Tuhan mereka” ujar pastor.


Dia seterusnya berkata pemandangan seperti itu tidak dimiliki oleh orang-orang masihi (Nasrani). Mereka tidak melihat di gereja melainkan wanita-wanita tua. Pengakuan pastor ini juga disebabkan kisah yang diceritakan oleh seorang wanita tua Rusia. Wanita itu bercerita bahawa ada seorang pemandu teksi muslim yang tidak meminta bayaran daripadanya kerana menganggap wanita tua itu sebagai ibunya. Terlebih ketika waktu solat, ia segera menunaikan solat dan tidak meminta bayaran. Sedangkan pemandu Nasrani tetap akan meminta bayaran dengan berkata “Ini pekerjaanku”.[usamah/imo]

 
Akhlak Islam sebenar membuatkan Islam tersebar...

Hassan Jati dihimpap kayu jati...

Sebelum ini media UMPorno, macai-macai UMPorno menyebar fitnah Anwar sebagai dalang insiden Lahad Datu, termasuk Hassan Jati. Hassan Jati dalam satu demo di hadapan Masjid Negara sebulan lalu memfitnah Anwar sebagai tali barut tentera Sulu yang menceroboh secara haram di Sabah.



Rupa-rupanya orang itu ialah rakan karib kepada puak-puak UMporno...



KUALA LUMPUR: Rupa-rupanya orang yang paling dikehendaki polis kini kerana dipercayai terlibat dengan gerakan teroris Sulu yang menceroboh Lahad Datu dikatakan pernah kelihatan bersama-sama dengan Datuk Seri Najib Razak dalam satu program berkaitan dengan Palestin. Menurut gambar-gambar yang disiarkan oleh beberapa blog, 'Datuk Seri' berkenaan bukan saja bersama Najib bahkan juga bersama lain-lain pemimpin Umno.

Bersama Tengku Adnan, Setiausaha Agung Umno
Antaranya Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor. Semalam media melaporkan, polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Bersama Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno




Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran. Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran. "Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.

Sebelum ini, para pencacai Umno dan pemimpinnya mendakwa Datuk Seri Anwar yang terlibat dalam membawa masuk pengganas Sulu. Anwar pula dalam ceramahnya yakin kenyataan seorang tertuduh dalam kes ini bahawa ada orang mengupah beliau sebagai usaha untuk mengaitkan beliau.

Sumber berita: Harakahdaily.


 
Hassan Ali terus senyap. mungkin tengah pengsan dihempap jati...