30 March, 2013

Cristiano Ronaldo semakin menghampiri Islam...

ADA peristiwa penting yang ditinggalkan oleh pertandingan bolak sepak Kelayakan Piala Dunia Kumpulan F antara Portugal dan Israel, beberapa minggu lalu.



Cristiano Ronaldo, ikon bola sepak Real Madrid, menolak bertukar jersi dengan pemain Israel. Alasannya? “Saya sekarang berada di bumi Palestina!” demikian tegasnya seperti dikutip daripada laporan Shabestan, wartawan televisyen Aljazeera dan dikutip daripada Republika.

Pada akhir pertandingan, ketika rakan-rakannya berpelukan dengan pemain pasukan nasional Israel untuk saling bertukar jersi, CR7 tampak hanya bersalaman sambil terus berjalan melewati pemain tuan rumah. Beliau tetap mengenakan jersi kebesarannya dengan nombor 7 itu hingga masuk ke bilik persalinan. Sikap boikotnya itu, dikutip stopwar.org.uk, Isnin (25/3/2013), sebagai bentuk dukungan terhadap Palestin. Di Youtube, adegan pemain termahal di dunia itu dapat disaksikan dalam video berjudul ‘Cristiano Ronaldo refused to exchange his T-Shirt with Israel players’. Banyak tanggapan yang muncul setelah melihat video itu. Pemilik akaun Yraoulaa memberi komen, “Paaaaaaaalestine, GOOOO CR7.” Malah sebuah akaun bernama Farooq Hammad mendoakan agar Ronaldo masuk Islam atas sikapnya itu. “May Allah guide him to right path,” demikian tulisnya.

[sa/islampos].




 

Semoga Allah membuka pintu hatinya menerima Islam dan kesannya, Insya-Allah amat besar...

Senyum Pagi Ahad...

1.  Mengapa Sabah goyang?


2. Coklat BN a.k.a UMNO yang sudah "expired"...



3.  Adik Dato' Seri Najib baru dapat IC...



4.  Cara Kerajaan mencegah rakyatnya daripada merokok...


5.  Kempen keselamatan di jalan raya...



6.  Makcik yang bijak dan faham politik...



7.  Arahan mengundi yang bijaksana...



Senyumlah, kerana senyum itu sedekah...






 

Maaf ya, gurau aje...

Kami sudah bersedia untuk berperang...

Segala kelengkapan perang telah tersedia. Panglima sudah berada di atas belakang kuda...


Jet pejuang sudah sedia untuk berlepas...


Kereta kebal bersiap menunggu arahan...


"Chopper" juga sudah berputar kipasnya...



Kenderaan kecil juga menunggu semboyan...



Roket sudah berada di pelancarnya...


Tentera sudah berarak menuju medan pertempuran....



Masyarakat Tiong Hua sudah mengangkat bendera...



Masyarakat India juga siap menerima arahan pucuk pimpinan...



Menuju Putrajaya....





 

Insya-Allah, kita berjaya!

Fadilat memelihara wuduk...

SUNGGUH berbahagia orang yang selalu berada dalam keadaan berwudu' dalam hari-harinya. Dia senantiasa ada dalam keadaan suci dalam menjalani hari, baik siang maupun malam.




Allah Ta’ala berfirman: “Hai sekalian orang yang beriman! Jikalau engkau semua berdiri hendak bersolat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai ke siku dan sapulah kepala dan basuhlah kakimu sampai ke mata kaki … Allah tidak menghendaki untuk membuat kesempitan (kesukaran) atasmu semua, tetapi hendak engkau menyucikan dan menyempurnakan kurnianya kepadamu, supaya kamu semua bersyukur.” (QS. al-Maidah: 6).

Bagi para ahli wudu', mereka berwudu' bukan hanya untuk melakukan ibadah tertentu, akan tetapi semua aktiviti dan kegiatannya selalu dalam keadaan memiliki wudu' (suci). Mereka yang ahli wudu' akan tampak daripada parasnya yang bercahaya. Bukan solekan yang membuat mereka menarik dipandang, melainkan basuhan air wudu' yang memberikan aura kesolehan dalam dirinya.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya umatku itu akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan bercahaya wajahnya dan amat putih bersih tubuhnya atas sebab bekas-bekasnya berwudu’. Maka oleh itu, barang siapa yang dapat antara kamu semua hendak memperpanjang (menambahkan) bercahayanya, maka baiklah ia melakukannya dengan menyempurnakan berwudu’ itu sesempurna mungkin.” (Muttafaq ‘alaih).

Wudu memiliki keajaiban yang luar biasa. Pahala bagi orang yang mengekalkan salah satu ibadah bersuci ini digambarkan dalam hadis yang berikut. Dari Abu Hurairah r.a.., ia berkata: “Saya mendengar kekasihku Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perhiasan-perhiasan di syurga itu sampai daripada tubuh seseorang mu’min, sesuai dengan anggota yang dicapai oleh wudu yakni sampai di mana air itu menyentuh tubuhnya, sampai di situ pula perhiasan yang akan diperolehnya di syurga.” (HR. Muslim).

Wudu' dapat menggugurkan kesalahan-kesalahan seorang muslim. Daripada Usman bin Affan r.a.., dia berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Barang siapa yang berwudu' lalu memperbagus wudu'nya (menyempurnakan sesempurna mungkin), maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.’” (HR. Muslim).

Dalam hadis lain dikatakan, daripada Abu Hurairah r.a.. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang hamba yang Muslim atau mu’min itu berwudu', lalu ia membasuh mukanya, maka keluarlah daripada mukanya itu semua kesalahan yang disebabkan ia melihat padanya dengan kedua matanya dan keluarnya ialah beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir. Jika ia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluarlah dari kedua-dua tangannya itu semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir. Selanjutnya apabila ia membasuh kedua-dua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dijalankan oleh kedua-dua kakinya beserta air atau beserta tetesan air yang terakhir, sehingga akhirnya keluarlah ia dalam keadaan suci daripada semua dosa.” (HR. Muslim).

Dalam sebuah redaksi hadis yang panjang, Nabi s.a.w. bersabda: “… Sesungguhnya umatku yang akan datang itu ialah dalam keadaan bercahaya wajahnya serta putih bersih tubuhnya atas sebab berwudu' dan aku adalah yang terlebih dulu daripada mereka itu untuk datang ke telaga (haudh).” (HR. Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a.. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sukakah engkau semua kalau aku tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?” Para sahabat menjawab: “Baiklah, ya Rasulullah.” Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Iaitu menyempurnakan wudu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya) banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath. Itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan).” (HR. Muslim).

Para ahli wudu' akan selalu berusaha menyempurnakan wudu'nya. Mereka berusaha menghayati falsafah daripada aktiviti wudu' yang dilakukannya. Wudhu' mereka melampaui batasan fikih wudu'. Wudu' mereka sudah mencapai ke aspek kejiwaan dan hikmah tertinggi daripada aktiviti membasuh sejumlah anggota wudu'. Dengan membasuh muka, mereka berharap wajah mereka terlindung daripada dosa yang dilakukan mata. Ketika membasuh tangan mereka berharap tangan mereka terjaga daripada dosa yang belum dilakukan dan dibersihkan daripada kekhilafan yang dilakukan pada masa lalu. Saat mengusap kepala, mereka berharap agar fikiran mereka terlindung daripada fikiran-fikiran yang tidak syar’i. ketika membasuh telinga, semoga hal itu dapat menghapuskan dosa yang dilakukan oleh telinga. Dan ketika membasuh kaki, mereka berdoa agar Allah senantiasa membimbing mereka agar tetap berada di jalan yang lurus (Islam). Begitulah keajaiban wudu yang ritualnya hanya ada di dalam ajaran Islam. Semoga kita senantiasa menjadi ahli wudu' sepanjang hari memelihara kesucian jiwa, fikiran, hati, lisan, dan seluruh tubuh kita. Wallahu ‘a lam.




 

Insya-Allah, marilah kita bersama-sama kekal dalam berwudu'!

Penampilan Rasulullah s.a.w. untuk dicontohi...

Cebisan kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah gambaran penampilan diri yang amat istimewa, baik dari segi personaliti maupun sosial. Secara fizikal, sikap, tingkah laku, tutur kata, pemikiran, emosi hingga keikhlasan hati dan keluhuran jiwa baginda terpancar dalam sebentuk keperibadian yang nyata, menyentuh dan membekas begitu dalam pada sanak saudara, para sahabat bahkan musuh-musuhnya sekalipun. Tak heranlah, tatkala sesudah Rasulullah s.a.w. wafat, ketika sahabat bertanya kepada Aisyah bagaimanakah gambaran akhlak Nabi s.a.w. selama hidupnya? Aisyah ra, tidak mampu menahan linangan air mata penuh khidmat dan kerinduan yang menggigit sanubari saat berkata, “Segalanya begitu menakjubkan bagiku.” Dan pada waktu lain beliau menjawab, “Sesungguhnya Akhlak beliau adalah Al-Quran.



Tidak ada pilihan terbaik dalam mencontohi penataan prestasi diri kecuali daripada apa-apa yang Rasulullah s.a.w. ajarkan, sebagaimana terakam dalam pelbagai kutipan hadis yang berikut:

Sebelas Penampilan Jasmaniah Rasulullah

Sesungguhnya Allah itu indah dan senang dengan keindahan. Bila seseorang iantara kamu (bermaksud) menemui kawan-kawannya hendaklah dia merapikan dirinya. (HR Muslim)

Apabila kamu memelihara rambut, hendaklah dimuliakan (disisir, dirapikan agar tidak acak-acakan) (HR Abu Dawud dan Ath Thahawi)

Siapa yang mengenakan pakaian, hendaklah pakaian yang bersih. (HR Arh-Thahawi)

Jangan meremehkan sedikitpun (enggan melakukan) perbuatan ma’ruf meskipun hanya menjumpai kawan dengan wajah yang ceria. (HR Muslim).

Abu hurairah ra berkata, sesungguhnya Rasulullah tidak pernah berbicara dengan seseorang melainkan beliau menghadapkan wajahnya pada wajah teman bicaranya dan Rasulullah tidak berpaling darinya sebelum selesai berbicara. (HR Ath-Thabrani).

Siapa yang tidak memiliki keramahtamahan berarti ia tidak memiliki kebaikan.(HR Muslim)

Penataan emosi, tutur kata dan tingkah laku. Seseorang (baru benar-benar dikatakan) muslim adalah (manakala) muslim lainnya selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. (HR Bukhari-Muslim).

Barang siapa membanggakan diri sendiri, dan berjalan dengan angkuh, maka dia menghadap Allah sementara Allah murka kepadanya. (HR Ahmad).

Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan suka pada kemurahan hati, dermawan dan suka pada kedermawanan … (HR Attirmidzi).

Jika salah seorang antara kalian (kaum muslimin) bertemu dengan saudaranya, maka ucapkanlah. “assalamu’alaikum warahmatullah.” (HR Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Bertaqwalah kepada Allah di manapun kamu berada dan iringilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik, nescaya (hal itu) akan menghapusnya. Dan bergaulah dengan manusia dengan akhlak yang luhur. (HR Attirmidzi).


 

Allahumsalli 'ala Saidina Muhammad, wa'ala ali Saidina Muhammad...

Selamatkan akidah satukan ummah...


Yang meluluskan BN, yang difitnah PAS...


Sehingga terbina rumah Bonda Allah...





 

Lahanat BN...