28 March, 2013

Enam Perkara Allah sembunyikan...

Enam perkara Allah sembunyikan ...



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: 'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .' Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu : 1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat. 2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat. 3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran. 4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan. 5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu). 6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari. #wahai rakan rakan ku yg dikasihi sekalian, sebarlah ilmu ini, agar semua kwn kwn kita diluar sana kembali ke pangkal jalan, ikut islam sebenar benarnya, sesiapa yang mengajak kebaikkan, pahala seseorang yang diajak kebaikkan itu dapat padanya tanpa dikurangkan sedikitpun. inshaAllah...

Sumber cerita di sini.




  
Masya-Allah

Rasulullah s.a.w. dan cinta sejati...

Teladan dalam kisah cinta terbaik tentunya datang daripada insan terbaik sepanjang masa: Cinta Rasulullah s.a.w.. kepada Khadijah tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal dunia. Alkisah ternyata Rasulullah s.a.w. telah memendam cintanya pada Khadijah sebelum mereka menikah lagi. Ketika sahabat Khadijah, Nafisah binti Muniyah, menanyakan sama ada Nabi s.a.w. bersedia menikahi Khadijah, maka Beliau menjawab: “Bagaimana caranya?” Ya, seolah-olah baginda memang telah menantikannya sejak sekian lama.



Setahun setelah Khadijah meninggal dunia, ada seorang wanita shahabiyah menemui Rasulullah s.a.w. Wanita itu bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak menikah? Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar." Sambil menitiskan air mata Rasulullah s.a.w. menjawab, "Masih adakah orang lain setelah Khadijah?" Kalau sahaja Allah tidak memerintahkan Muhammad s.a.w. untuk menikah lagi, maka nescaya baginda tidak akan menikah untuk selama-lamanya. Nabi Muhammad s.a.w. menikah dengan Khadijah layaknya para lelaki. Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya karena tuntutan risalah Nabi s.a.w., Baginda tidak pernah dapat melupakan isteri baginda ini walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal dunia. Masih banyak lagi bukti-bukti cinta dahsyat nan luar biasa antara Rasulullah s.a.w dan Khadijah. Subhanallah...



 

Harap mybabah dan mymama pun begitu...

Harta dan keluarga adalah fitnah...

Harta yang kita miliki adalah fitnah (dugaan) yang dapat melalaikan kita daripada beribadah kepada Allah SWT. Akan tetapi, harta juga dapat mendekatkan kita kepada Allah SWT jika kita sentiasa mensyukurinya.


Attantawi mengatakan dalam buku tafsirnya, "Yang dimaksudkan dengan harta adalah fitnah, iaitu, ketika harta itu membuat seseorang mengabaikan kewajibannya sebagai hamba dalam beribadah kepada Allah s.w.t"

Tetapi, ketika harta itu boleh membuatnya lebih dekat kepada Allah s.w.t. dengan banyak membelanjakannya ke jalan yang diredhoi Allah s.w.t maka, harta itu akan menjadi kebaikan yang membantunya di akhirat nantinya.

Isteri kita juga boleh menjadi dugaan jika kita tidak mampu bersyukur, misalnya mempunyai isteri yang cantik atau membiarkannya dalam kekufuran. Allah berfirman:

 وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَةِ اللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
"Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat Allah?" (Q. S. An Nahl : 72)


وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai dugaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar. (Q.S. Al Anfal : 28).



 

Terima kasih Allah kerana memberiku kecukupan dalam harta dan kasih sayang keluarga...

BN tamat tempoh 9.3.13

KUALA LUMPUR, 27 Mac — Putrajaya perlu mendedahkan segala projek yang melibatkan implikasi kewangan, termasuk perjanjian yang telah ditandatangani semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa (LIMA) Langkawi kerana mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) dipilih rakyat telah tamat pada 9 Mac lalu, gesa Datuk Mahfuz Omar. Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan, mengambil kira tarikh Pilihan Raya 2008 yang dilaksanakan pada 8 Mac, mandat BN seharusnya tamat pada tarikh sama tahun ini kerana tempoh lima tahun itu telah tamat.



 "Kerajaaan sementara tak boleh putuskan projek libatkan implikasi kewangan, hanya jalankan tugas harian," kata Naib Presiden PAS itu ketika sidang media di Ibu Pejabat parti tersebut di sini. "Kerajaan sekarang ini sudah habis mandat, ini jenayah demokrasi dilakukan BN dalam usaha untuk mereka terus kekal berkuasa ... Satu rampasan kuasa tanpa senjata hak rakyat telah berlaku," tegas Mahfuz (gambar). "Adalah sangat memalukan kerana tindakan ini menimbulkan krisis kepercayaan terhadap ahli perniagaan, pelabur, dengan menepikan kuasa rakyat." Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tegas Mahfuz masih lagi belum mengumumkan pembubaran Parlimen, sedangkan sepatutnya selepas tamat tempoh lima tahun, rakyat perlu diberi hak untuk kembali memilih peminpin mereka. "Apabila berlaku sedemikian rupa, saya bimbang kerajaan banyak buat keputusan memberikan implikasikan kepada negara ... sepatutnya kembalikan kepada rakyat untuk rakyat pilih," tegasnya. Jelasnya, kerajaan sementara hanya berkuat kuasa setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tanpa boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan. DUN Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama berhadapan pembubaran secara automatik pada tengah malam ini. "Dalam sejarah tidak pernah berlaku perkara ini," kata Mahfuz lagi. "Dari segi menghormati hak demokrasi rakyat, tak pernah berlaku tamat tempoh lima tahun itu."





 

Bahaya jika menggunakan barangan tamat tempoh!

Dr. Asri: Berdosa @ Haram undi UMNO

Bukan aku cakap, tapi bekas Mufti yang cakap...


Aku hanya boleh buktikan aje...





 

Teringat kata Najib "Haramjadah"!